Assalamualaikum semua… Kaifa halukum? Harap semua sihat-sihat sahaja.. Ana sekarang dalam keadaan diuji dengan penyakit yang bagi ana sangat menyeksakan jugak lah.. penyakit ape tu tak perlulah tahu. Yang pasti semalam buat kali pertama ana dipaksa oleh kawan-kawan pergi ke hospital. Huhu.. tidaaaaak.. ana memang seorang yang degil untuk ke hospital atau klinik. Sebabnya ana rasa ana kuat dan mampu lagi hadapi sakit tu.. Huhuh.. ana ni memang perasan diri tough walaupun sebenarnye tak lah sangat. Kunun-kunun nak jadi iron women la kan. Pernah je waktu study kat maktab dulu, ana kena gastrik. Puas la kawan-kawan semua pujuk gi klinik. Tapi ana tak mahu sebab rase cam sket je. Dan malam tu ana tak berdaya nak bangun sampai tak pegi meeting and usrah ape sume. Malam tu jugak ana tak dapat tidur sebab badan rasa sangat sejuk kat dalam dan badan berpeluh kat luar. Perut ana ni rasa macam dipulas dan direntap. Huhu.. Allah sahaja yang tahu macam mane perasaannya. Pagi esoknya ana cume telan penadol kot. Rase macam sihat dah. Pergi lah kelas macam biasa dengan hepi nye.(berlagak betul ana ni) Tibe2 time social study class, ana nak muntah dan badan ana mule berpeluh balik. Mahu tumbang pun ade daaa.. lecturer ana bagi ana keluar dan kawan ana Aireen (rindu die) pegi la duduk kat luar jap dan akhirnya salah seorang lecturer perempuan suruh ana masuk surau pensyarah. Aireen picit-picit ana dan dia memang pakar la bab penyakit ni. Heheh.. last-last ana dipaksa oleh lecturer yang perempuan tu untuk pergi klinik dan dapat la ubat yang pelbagai dan kena cucuk.(huhuh..) dapat jugak mc 3 hari. Hehehe..
Itu cerita waktu di maktab. Di KIPSAS pula lagi dasyat sebab terus kena bawak pergi hospital. Petang semalam selepas exam Bahasa Inggeris 1 ana diserang kesakitan yang amat dekat tempat yang sakit tu. Petang tu jugak my sis and her husband came to visit me and she gave me some money and sedikit bekalan yang sedap tapi tak mampu nak fikir untuk makan sebab sakit yang amat. Berlaku la dialog antara kaka kana dan diri ana yang memang dah bergenang air mata sebab sakit. Nak balik tak boleh sebab esoknya ade last paper untuk exam dan ade ujian kenaikan tali pinggang taekwondo plak pada waktu malamnya
Kakak : nak pergi klinik tak?
Ana : Tak nak.. nanti kena cucuk.. huhuh ( punye la manja adik bongsu perempuan ni)
Kakak : dah sakit sangat tu? Esok exam jam berape?
Ana : Petang.. Tak nak pergi… huhu.. (air mata semakin laju menahan kesakitan)
Kakak ; hm.. takpe lah.. ape2 hal bagitahu..
(dialog ini telah diedit)
Punye lah ana ni manja sangat kan? Huhuh.. tapi memang takut pun nak pergi hospital atau klinik. Takut dapat tahu penyakit lagi teruk. Huhu..Dan lagi satu rase macam nanti ok lah tu walaupun dah nangis ape semua. (berlagak betul…haih) Lepas tu ana pergi ke bilik sahabat ana and kat situ memang dah tak boleh tahan dah. Ana nangis yang teramat2 sangat. Hanim yang muda dari ana setahun duk pujuk ana. “akak pegi klinik la akak.. akak kesian kat akak” huhu.. ana tetap tak mahu pegi.. lalu kak Af datang. Dia suruh ana pergi hospital. Ana cakap la ana tak nak. Takut ape semua.. huhu.. tapi kak Af dah call ustazah dan malam itu ana di bawa ke hospital menaiki van KIPSAS. Sampai di hospital, kakak ana yang tolong uruskan semua hal. Ana daftar kat unit kecemasan. Huhu.. kena amek temperature ape semua dah hingga lah jumpe doctor. Yang geramnya doctor tu plak yang tanye ana sakit ape. Kalau ana tahu, ana boleh ubat sendiri lah kan? Huhu.. setelah di check ape semua ana diberi jenis ubat yang akan diberi, Kalau bile dah habis ubat tak baik jugak, kena datang hospital buat operation. Kena tahan wad. Wawawa.. tak mahu.. Kemudian ana pergike bahagian farmasi untuk ambil ubat-ubatnye. Ubat antibiotic dan ubat jenis hisap. Sedihnye.. Ana sedih sebab dah susahkan banyak orang. Hai.. lepas ni kalau sakit kena pegi berubat. Cakap pada orang memang senang. Tapi bila kena pada diri sendiri langsung tidak beringat. Allah tak bagi kita semua menzalimi diri sendiri dan kalau dah sakit carilah ubat dan penyelesaiannya. Bila badan sihat, senang lah nak beribadah.
Kat sini nak ucapkan terima kasih pada semua yang telah membantu ana semalam sama ada secara langsung atau tidak langsung.. Terima kasih dan semoga Allah sahaja yang membalasnya. Huhu..
Ok lah.. hari ini paper last ana untuk final exam ni. Paper aplikasi computer. Doakan ana ye. Tak sabar nak holiday 3 bulan ni. Tapi cuti pun tetap busy jugak. Huhu.. ok.. salam sayang buat semua. Nak continue reading.. heheh (^_^)
No comments:
Post a Comment