expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

08 July 2013

Bukan Mudah Nak Kendali Bahtera Yeop..

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..  Dengan penuh rasa syukur saya menjemput saudara/saudari/sahabat handai/ guru-guru kami ke majlis kesyukuran bersempena pernikahan saya dan pasangan
  

Nurul Atika binti Rosli &; ..........


Ok... Ini bukanlah posting berkenaan dengan invitation wedding saya ye.. Sekadar gimik bagi post kali ini..

Saya menerima beberapa invitation wedding dari sahabat handai yang bakal mendirikan rumah tangga pada Syawal nanti... Mabruk alaikum saya ucapkan.. Kemungkinan besar tidak dapat menghadirkan diri.. ku kirimkan doa sahaj semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga,, insyaAllah amiiin...


Post kali ini mungkin ada kaitannya dengan perkahwinan dan blog saya ini sejak ianya ditubuhkan sememangnya tak pernah lari dengan isu perkahwinan kan teman-teman? Tak mengapa lah.. sekadar meraikan kehangatan situasi bagi sahabat yang bakal berumah tangga dan menyejukkan hati yang gundah gulana mereka-mereka kerana masih menanti bila tiba jodoh masing-masing.

Sekadar memberikan pendapat berkenaan dengan perkahwinan melalui perspektif diri saya berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat, keluarga sendiri dan juga pembacaan. Saya melihat perkahwinan ini sesuatu yang sangat memerlukan kekuatan mental untuk menanganinya. Bukanlah bermaksud dalam perkahwinan ini tidak memerlukan kekuatan dari sudut ekonomi, fizikal dan lain-lain. Tapi mungkin aspek mental itu lebih lagi diperlukan. Sebab apa? Saya melihat kebanyakan perkahwinan itu tidak berjaya kerana putus asa kerana pasangan tidak memahami, pasangan tidak bahagia kerana tidak tahan dengan sikap suami atau isteri disamping masalah yang melibatkan kewangan yang tak stabil dan lain-lain lagi.


Perkahwinan melibatkan komitmen dari dua belah pihak yang memerlukan kesefahaman. Dan kesefahaman itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibina. Perkahwinan itu sememangnya indah dan membahagiakan apabila dapat bersama dengan orang yang kita sayangi dan cintai. Namun kita perlu ingat, cinta sahaja tidak mampu membuatkan perkahwinan itu berjalan lancar. Kesefahaman itu memerlukan toleransi dan teknik komunikasi yang bijak untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kesefahaman dari aspek suami seoarang lelaki dan isteri sebagai seorang perempuan serta kesefahaman yang perlu dibentuk melalui dua individu yang berbeza. Bagi saya sendiri, untuk memahami kehendak diri diri sendiri serta membuat keputusan untuk sendiri juga adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Apatah lagi kita perlu membuat satu keputusan bersama yang melibatkan dua pandangan daripada individu yang berbeza. Maka disini perlunya kesabaran dan kekuatan mental untuk cuba memahami antara satu sama lain. Perbincangan tanpa rasa mementingkan diri itu perlu dan bagi wanita pula, kekuatan untuk mengawal emosi juga sangat perlu. Jika tidak, masing-masing memendam dalam perut sendiri. Sudahnya masing-masing rasa tak puas hati dan rasa sayang mula pudar dan berakhir dengan bergaduh kerana tidak sefahaman. Kalau berbincang pun, masing-masing tidak menjadi pendengar dan hanya ingin menang dengan pendapat sendiri.

Jangan macam ni ye...


Saya pernah bertanya dengan pengalaman sahabat-sahabat (kutip ilmu) berkenaan dengan hal ini. Bagaimana  mahu mendapat kekuatan mengharungi rumahtangga dengan pasangan dengan baik. Sahabat saya berkata, kuncinya adalah hubungan kita dengan Allah perlu kuat. Meletakkan pergantungan kepada Allah sepenuhnya. Fitrah wanita ini sememangnya Allah kurniakan dengan sikap sensitif dan punyai emosi yang boleh berubah-ubah. Jadi, untuk memandu emosi ini, wanita perlu memandu dengan akal yang bertunjangkan iman dan hidayah Allah. Hm2.. sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dan perlu kepada mujahadah yang tinggi. Menjadi seorang isteri yang cool dan tenang dalam membina rumahtangga bersama suami sangat sukar bagi saya dan saya sangat respect kepada isteri-isteri yang mampu mendidik diri seperti itu. Saya teringat akan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah yang menjadi penenang Nabi Muhammad di saat baginda terkejut dengan wahyu pertama. Cool dan tenang. Itu Ummul Mukminin dan kita juga tahu tentang Saidatina Aisyah yang juga punya sifat cemburu dan juga isteri-isteri nabi Muhammad yang lain. Kerana itu adalah fitrah yang Allah kurniakan. Namun itu bukanlah kelemahan.


Jadi.. bagi saya sendiri, perkahwinan itu bukan mudah untuk diharungi tetapi tidaklah saya tidak mahu bergelar isteri. Cumanya saya bimbang tidak mampu memikul beban dan tanggungjawab membahagiakan suami dengan baik kerana masing-masing tahu akan kelemahan masing-masing. Kan?? Disebabkan itu lah saya banyak mengkaji mengenai kaedah komunikasi dan cara memahami individu lain sejak dari sekarang. Kerana saya ingin mendidik diri saya untuk menjadi isteri yang cool dan tenang walaupun saya tahu sukar. Memang sukar untuk kita menjadi pendengar yang baik dan memahami berbanding kita meluahkan apa yang kita rasa pada orang yang mendengar.


Bagi yang mungkin pernah terbit dalam hati perasaan cemburu melihat sahabat-sahabat bernikah, saya cadangkan antum semua tidak melihat perkahwinan itu hanya bahagia kerana bergelar isteri semata-mata. Kerana di dalam perkahwinan itu memerlukan perjalanan yang panjang yang mana rasa cinta itu boleh berubah-ubah jika kita tidak pandai memelihara dan letakkanlah Allah sebagai tempat sandaran cinta. Perkahwinan ibarat bahtera yang adakalanya bakal dilambung ombak dan bergantung kepada pasangan tersebut bagaimana mahu kemudi bahtera. Jika tidak, bahtera boleh retak dan berkecai. Wallahualam.


p/s: Yang buat bertambah bahagia dan mendalam rasa cinta dalam perkahwinan apabila pasangan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku antara dua pihak dengan baik dan saling mengaku kesilapan dan berusaha menjadi lebih baik bagi baitul muslim yang dibina. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. So, kemudi bahtera elok-elok ye.. hehe.. Peace ^_^V. 

Note: Pemilik blog tak kahwin lagi. Just sharing pendapat aje.. tq..





No comments: