Aku menyelusuri kehidupan ini yang dibentangkan dengan pelbagai onak ranjau yang beracun.. Satu persatu meracuni fikiran dan mencorakkan tindakanku.. Di satu lubuk hati yang dalam, jiwaku merintih memohon pertolongan Allah.. Ya Allah, aku takut dengan diriku sendiri.. aku takut aku terlepas dari peganganMu.. Aku takut Ya Allah.. Aku takut tindakanku yang tidak terkawal ini menyebabkan Kau murka.. Hati ini selalu menjerit dan menangis.. Tidak tahu mahu diluahkan kepada siapa keran aku yakin mereka tidak akan memahami.. walaupun mereka yang saban hari mendengar masalahku...
Di dalam lubuk hati yang jauh ini, aku ibarat seorang anak gadis yang dalam ketakutan dengan dunia ini.. Aku yang sentiasa mencari jalan untuk menjaga iman dan maruahku.. semata-mata aku takut dengan azab Allah dan takut hilang redha Allah buatku.. Namun aku tak berdaya untuk menongkah segalanya sendirian.. Adakalanya aku memilih jalan yang salah semata-mata untuk mendapatkan apa yang aku mahu.. memelihara hatiku, imanku.. Kerana apa? Kerana aku terlalu takut.. jadi aku sanggup tempuhi jalan yang salah untuk matlamatku yang dalam.. Namun, niat itu tak menghalalkan cara.. Lantas aku mengeluh lagi.. menangis lagi.. Ya Allah bantulah aku.. fahamkanlah orang-orang disekelilingku tentang aku.. Aku yang Engkau kenali sebagai hambaMu.. Tolonglah aku..
Ya Allah.. matikan aku dalam iman.. berikan aku pengakhiran yang baik.. ampunkan aku... pelihara maruahku.. pelihara imanku.. jagalah aku...
No comments:
Post a Comment