expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

25 December 2013

Tajdid Niat Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.. 

Semoga sahabat-sahabat semua dalam penjagaan Allah hendaknya. InsyaAllah.. 

Dalam fatrah untuk menghadapi peperiksaan ni, memang semua student busy dengan study masing-masing.. Ada yang study sampai lewat malam.. ada yang rileks brother, brother rileks aje bila nak exam ni.. dan ada juga la gaya masing-masing yang lain.. 

Semalam, ada berborak-borak dengan seorang hamba Allah ni tentang keberkatan dalam menuntut ilmu. Perkara ni timbul bila kami berdua mula merasa ada sesuatu yang kami tidak dapat dalam menuntul ilmu di menara gading ni.. Kami mula bermuhasabah diri masing-masing.. Timbul satu persoalan, kenapa ye ramai graduan universiti dengan ijazah pengajian islam tak mampu nak  syarah kitab dan sebarkan pada orang lain plak ye?? Tapi kite tengok ramai je di kalangan pendakwah yang lahir dari institusi pondok atau yang dari sistem pembelajaran seperti di universiti al azhar ni, mampu jadi ilmuan agama yang baik.. kenapa ye?? Saya juga menilai persekitaran dan cara student pengajian islam yang lahir dari universiti di negara kita.. Hmm.. ramai yang mengejar ketinggian markah dan juga sekadar menyiapkan task untuk dapatkan markah berbanding menghayati nilai ilmu itu sendiri.. Ini sekadar pendapat saya..


Saya hanya ingin berkongsi pendapat dan cetusan rasa yang saya rasa kita semua patut muhasabah diri bersama.. Sepanjang saya menuntut ilmu, saya tidak pernah meletakkan target untuk dapatkan pointer yang tertinggi sebagai satu matlamat.. Kerana saya tidak puas sekiranya saya hanya mendapat pointer yang tinggi tapi hakikatnya saya tidak mampu untuk hadam dan fahami ilmu yang saya pelajari.. Bahkan tidak mampu nak sampaikan kepada orang lain.. Kepuasan saya adalah apabila saya dapat fahami ilmu itu dan mampu berkongsi dengan orang lain.. Bagi saya itu adalah kepuasan menuntut ilmu yang sebenar.. Kalau kita lihat ilmuan terdahulu pun, tidak ada diletakkan penanda aras bahawa seseorang itu berilmu tinggi adalah berdasarkan pointer atau markah semata-mata. Namun, untuk situasi sekarang, mungkin juga perlu untuk mengukur tahap kefahaman kita. Cuma, saya merasakan bahawa itu bukanlah yang utama. Saya tidak tahu bagaimana pula dengan sahabat-sahabat yang lain.

Tapi, adakalanya saya juga hampir-hampir terdoktrin dengan sistem tersebut sehingga saya rasa saya hanyalah seorang pelajar yang ingin menjaga kuantiti markah setiap pengajian berbanding kualiti yang saya inginkan dalam setiap pengajian yang saya tempuhi. Hingga menyebabkan saya rasa saya bosan dan hilang arah sebenar tentang tujuan saya menuntut ilmu. Itu yang menyebabkan datangnya sifat malas dalam diri dan sebagainya. Sebab matlamat yang sebenar sudah lari dari destinasi. 

Oleh yang demikian, saya merasakan perlunya kita cek balik niat kita dalam menuntut ilmu atas sebab apa. Saya rasa tak perlu nak dikesalkan sangat sekiranya kita tidak mendapat the highest score atau kita ni tak dapat markah yang tinggi-tinggi tapi kita tak faham ape kita belajar. Yang perlu dikisahkan adalah, adakah kita mampu untuk memahami dan menyampaikan pada orang lain.. Kalau tak mampu, maknanya kita masih gagal walaupun kita dapat pointer tertinggi melangit sekali pun.. 

Maka, jom sama-sama kita tajdid niat supaya kita belajar bukan untuk pointer yang menjadi matlamat utama.. tetapi supaya ilmu itu menjadi bermanfaat untuk diri kita dan juga orang lain.. wallahualam..


No comments: