expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

30 January 2015

Bina Keluarga Acuan Islam

Assalamualaikum.. salam Jumaat yang barakah..

Perkahwinan itu di dalamnya ada nikmat..
Lebih nikmat apabila punyai suami isteri soleh dan solehah..
Lagi indah tatkala Islam dihidupkan di dalam keluarga yang barakah.

Sebelum memulakan wadah bicara, ingin saya memohon maaf andai tersalah kata, terkhilaf fakta. Sekadar berkongsi apa yang saya rasa dan semoga kita semua mampu menjadikan keluarga kita keluarga yang mengikut acuan Islam dengan sebaiknya.

Jujurnya.. saya juga masih bertatih dalam usaha membina keluarga mengikut acuan Islam. Namun biar kita usaha bersama-sama semoga keluarga yang dibina juga akan kekal hingga ke Jannah insyaAllah. 

Adakalanya usai solat saya akan berfikir panjang. Dunia ini hanya sementara. Bagaimana aku mampu menjadikan diriku, pasanganku dan anak-anakku seorang mukmin dan muttaqin yang akhirnya mampu bernaung di Syurga Allah yang penuh nikmat dan barakah. Lantas saya merasakan bahawa semuanya bermula dengan diri kita sendiri serta doa yang tak putus kepada Allah s.w.t.

Sahabat yang tersayang..

Usahakanlah untuk membina keluarga yang semakin hari semakin dekat dengan Allah dan jadikan juga keluarga kita sebagai satu agen yang bermanfaat kepada masyarakat. Mungkin dengan cuba menghidupkan ruh Islam di dalam rumah tangga. Boleh bermula dengan hal-hal yang mudah. Banyakkan membaca Al Quran dan meriahkan kediaman kita dengan bacaan Al Quran. Allah tidak melihat hebat mana kita melakukan sesuatu ibadah tetapi yang dinilai adalah istiqamah. Benar.. bukan mudah untuk istiqamah, tapi at least kita cuba. Lebih baik bukan?

Saya dan suami juga adakala berbincang untuk improve rumah tangga kami agar sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah taala. insyaAllah ameen. Walaupun tidaklah banyak yang dapat kami lakukan, tapi kita usahakan bersama-sama. Benar, apabila dah berkahwin separuh daripada ketaqwaan itu kita telah miliki. Separuh daripada agama kita itu telah dipenuhi. Namun bukanlah semudah kata. Ianya perlu dibina dan dibina setiap hari. Adakalanya kita alpa dalam nikmat punyai suami atau isteri. Saling menguatkan agar sama-sama dapat bercinta hingga ke Syuga!!



Ada juga bukan mereka yang berkahwin tetapi masih hidup tidak beragama. Jadi, ianya perlu di usahakan. Sungguh indah jika dapat melihat keluarga yang dilimpahi dengan kebarkahan hidup beragama. Hidup beragama tidak semestinya pada pakaian. Tapi pada kefahaman dan amalan seharian terhadap apa itu Islam. Apa itu iman. Apa itu ihsan. Di dalam berumah tangga lah kita perlu mengambil peluang untuk beramal sebanyak yang mungkin. Tujuan akhir kita adalah untuk mati dalam keadaan yang terbaik di sisi Allah.

Andai kita sentiasa meletakkan dalam jiwa dan akal kita bahawa tujuan kita yang terakhir adalah mardhatillah dan juga khusnul khatimah, InsyaAllah kita akan terdorong melakukan perkara yang terbaik untuk pembinaan rumah tangga kita. Lebih baik lagi usahakanlah untuk mendorong setiap ahli keluarga kita berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Melahirkan anak-anak yang tahu mana yang hak dan mana yang batil.

Akhirnya, marilah kita sama-sama mencuba dan berusaha untuk membina keluarga acuan Islam yang sempurna. Sedikit demi sedikit lama-lama akan membungkit. Moga Allah redha usaha kita semua. InsyaAllah.

P/S: moga semua beroleh barakah.







No comments: