expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

09 December 2015

JOM URUS KEWANGAN KITA

Assalamualaikum.. minggu lepas saya ada ikuti satu talk berkaitan dengan pengurusan kewangan bagi bakal graduan. Alhamdulillah satu perkongsian yang sangat bermanfaat. Lagi-lagi di saat kewangan negara yang makin meningkat sejak akhir-akhir ini. bukan mahu mengeluh. tapi itulah bebanan yang bakal ditanggung. Sejak GST dikenakan, saya dan suami sendiri agak ke laut bab pengurusan kewangan ni. Bukan mudah untuk uruskan kewangan bila tinggal di tengah bandar Kuala Lumpur yang everything need money. nak jalan kena ada duit sebab nak bayar tol. Jalan jam, duit minyak lagi. Dan baru-baru ni kenaikan harga tiket LRT dan juga KTM yang merupakan pengankutan utama saya ke kampus. Mahu tak huru-hara tu. dan tahun depan pula bakal berdepan dengan kenaikan harga tol dan elektrik. Ditambah lagi dengan beberapa subsidi bakal ditarik. Hurm. Termenung juga tu kadang-kadang saya dan suami nak berdepan dengan suami ini dengan hanya gaji milik suami sahaja. (moga Allah permudahkan juga rezeki saya dalam kerjaya kelak).


Dan berbalik kepada pengisian saya dapat semasa talk pengurusan kewangan tersebut sememangnya sangat bermanfaat. di sini saya akan kongsikan apa yang saya dapat dengan anda semua ye. Moga dapat dimanfaatkan insyaAllah.

Tips pertama : Jangan Beli Kereta

Sebagai seorang fresh graduate, setelah memeprolehi pekerjaan adalah dinasihatkan untuk tidak terlebih dahulu membeli sebuah kereta idaman. saya juga bersetuju dengan statement ini. Kata penceramah tersebut, kereta adalah satu pelaburan yang merugikan sebab memerlukan banyak perbelanjaan. Itu juga betul. Setelah bergelar isteri kepada seorang suami yang mempunyai sebuah kereta. (Suami beli kereta untuk kemudahan kami yang berkeluarga), memang banyak maintenance yang perlu dijaga. Bayaran bulanan, servis kereta, insurans tahunan, minyak, tol, caj baiki kerosakan kalau rosak. Banyak tu. Tidak membeli pulangan dalam bentuk duit (cash back) kepada kita. namun jika betul-betul perlukan kereta, adalah dinasihatkan membeli kereta yang murah dan memberi keuntungan kepada kita. Maksudnya dari sudut maintenance seperti penggunaan minyak yang lebih murah. Antara VIVA dengan VIOS, mana yang anda mahu beli? Anda tentukan. kalau nak beli kereta second, ni pendapat saya lah. Mungkin jangan kot. Sebab kita takut akan berlaku kerosakan, terpaksa tanggung kos nak baiki lagi. Kalau dapat kereta second yang berkualitti, ok la tu kan.

Tips kedua : Beli hartanah

Ok. Tips ini banyak dah dikongsikan oleh ramai orang di luar sana. Tak nafikan saya dan suami pun masih belum mampu untuk membeli sebuah rumah. Tapi InsyaAllah mungkin lepas saya habis belajar nanti. mohon doakan. yang pastinya, hartanah adalah merupakan satu pelaburan yang menguntungkan dan aset ini harganya akan semakin meningkat. Beli rumah di kawasan yang hot. Maksudnya kawasan tumpuan dan sewakan. Sekiranya anda perlu membuat bayaran kepada bank sebanyak rm400 sebulan, anda boleh sewakan dengan harga Rm600 sebulan dan dapat keuntungan sebanyak RM200 sebulan dengan tidak perlu membuat bayaran ke bank kerana telah dibayar oleh pihak penyewa. Berbaloi bukan. Namun, penceramah juga ada menyatakan setiap pelaburan itu ade risikonya. Itu biasa bukan. 

Tips ketiga : Simpanan

Untuk memulakan tabungan simpanan sememangnya sukar. Sejak dari kecil kita sering diajar oleh ibu bapa kita agar duit yang diberi dibelanjakan, lebih simpan. Dan perkara itu terus menjadi tradisi hingga kini. Dapat duit, belanja, lebih simpan. Bila ianya berterusan, adakah kita mampu membuat satu simpanan? Saya kira tidak sebab kita tak ade had untuk berbelanja. Bila ada lebih sahaja baru disimpan. Kita perlu ubah mentaliti supaya ada duit, simpan, lebih baru belanja. Saya akan cuba mulakan dengan diri saya sendiri untuk tips ini. Setakat ini alhamdulillah kami insyaAllah akan berjaya mencapai target untuk menyimpan. Saya rasa, bila kita menyimpan terlebih dahulu, kita lebih mengawal segala perbelanjaan kita sebab duit yang ada di tangan yang boleh dibelanjakan telah di hadkan. bagus bukan. Bagi yang masih bujang, saya sangat galakkan anda menyimpan. Walaupun anda tak tahu nak buat apa dengan simpanan itu, tapi satu hari nanti anda pasti memerlukannya. Simpan RM10 setiap hari pun, dalam setahun dah dapat RM3600. Cuma bagaimana kita untuk disiplinkan diri je.

Tips Keempat : Pelaburan

Dalam duit yang kita perolehi dari gaji itu, boleh juga dilaburkan. Labur lag di bank yang patuh syariah. Penceramah memberi cadangan untuk menyimpan dan melabur di Tabung Haji yang membolehkan anda memperolehi return dalam 5-6% setahun. Dan dengan pulangan ini, bukankah dapat membuat bayaran seperti insurans kereta dan lain-lain hutang? Ini yang suami saya amalkan lah. Pulangan daripada pelaburan digunakan untuk insurans dan servis bagi motor dan kereta. Pelaburan bertujuan untuk mencairkan duit yang kita simpan di bank.

Tips Kelima : Takaful

Ok. Bab takaful ini juga penting. Anda boleh search syarikat takaful yang patuh syariah untuk anda carum. Di dalam takaful ini ada yang memberikan perkhidmatan untuk insurans diri. Ada juga yang menyediakan medica card dan lain-lain. Saya juga masih study pasal ni. InsyaAllah bulan januari ini akan mencarum untuk saya dan pihak suami. Penting takaful ni sebab bimbang kalau jadi apa-apa pada kita, maka ada caruman untuk pengurusan diri kita yang terjadi apa-apa itu. Untuk medica card pula, boleh menampung kos perubatan sekiranya anda mengalami apa-apa penyakit yang memerlukan kos perubatan. Anda boleh search lagi ya tentang takaful ini.

Tips keenam : Catat perbelanjaan

Okey. yang ini wajib buat tau. Jadi kita tahu ke mana duit kita pergi. Alhamdulillah saya dan suami praktikkannya dan kami akan menilai apa lagi perbelanjaan yang boleh dikurangkan supaya kita tidak membazir dan dapat mengurus klewangan kita dengan baik. Tidaklah berbelanja sampai lupa diri je kan. Sekarang ni banyak dah apps di dalam android yang boleh di download untuk memudahkan anda mencatat perbelanjaan harian.

Ok lah. Itu sahaja yang saya dapat kongsikan. Jika saya tersilap harap dimaafkan. Ini hanya sekadar perkongsian. Oh ya. Satu lagi tips, jangan lupa lunaskan hutang dan jangan tambah hutang. Ingat tu.. Ok.. saya harap penulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua insyaAllah. salam.






No comments: