expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

16 December 2015

Menulis Dengan Hati

Assalamualaikum. Ayuh menulis dengan ikhlas dan datang dari hati. Jika mahu menulis apa yang ada di dalam benak hati ini memang rasanya sangat sukar sekali. Terlalu banyak yang ingin dicerita hingga tak tahu mahu mula dari mana. Biasanya tangan in akan mengetuk keyboard ini mengikut tajuk yang ingin diceritakan. Tapi kali ini, aku cuba untuk padamkan tajuk dan mula menulis dari hati ini. Hati yang sudah berusia hampir 27 tahun (lagi tak sampai sebulan).

Banyak sekali ujian dan kegembiraan yang datang dalam hidup ini. Sepanjang 26 tahun pluss-pluss ini. Sungguh terlalu banyak. Buat pemikiran dan sudut pandangku juga mulai berubah. Dari seorang kanak-kanak yang tidak mengerti erti masalah dan susahnya hidup dan seterusnya menjadi seorang remaja yang sringkali memberontak dalam hidup dan hanya memikirkan dirinya sendiri tanpa fikir orang lain dan seringkali ikut hati. dan akhirnya berpihak di bumi ini dengan gelaran dan tugasan sebagai seorang isteri yang menuntut aku menumpahkan kasih sayang sepenuhnya kepada suami. Dan semua itu membuatkan bukan aku sahaj bahkan manusia lain juga berubah,



Entah kenapa hatiku ini terasa mahu menangis. Dan sedikit sahaja lagi air mata mahu menumpahkan dirnya dari mata. Barangkali kerana aku menulis tentang rasa hatiku yang sebenar-benarnya. tanap mahu judgement dari orang sekelilingf. hanya menulis dari hati ini. Aklu memikir banyak perkara di sekelilingku. Aku melihat manusia di sekelilingku. Aku lihat mereka-mereka dan termasuk aku post pelbagai cerita di Facebook. Aku melihat ramai orang mahu cantik dan promosi pelbagai alat kosmetik dan produk kecantikan untuk cantik. Aku melihat semua orang menulis di Facebook soal peribadi dan macam-macam lagi. dan aku juga buat. Jauh di sudut hatri aku bertanya, kenapa ya manusia lakukan itu dan ini? Mahu dambakan siapa ya yang membacanya? Kamu-kamu yang mahu cantik, tahukah kita semua bakal ketemu yang esa? Aku yang hanya punyai sedikit kebaikan dan mungkin sudah muflis dek pendustaan dan dosa yang aku lakukan, tahukah aku bahawa aku juga akan pergi menghadapnya?

Ya.. walaupun kadang-kadang kita semua lupa dan leka dengan segala macam nikmat dunia.. Sibuk memikirkan masalah dalam kehidupan sehari-hari. Kadang-kadang kita tak jaga percakapan. Kadang-kadang kita riak, kita cemburu dengan kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Kita berubah di atas muka bumi Allah ini. Tapi aku tahu jauh di sudut hati kalian tetap fikir tentang MATI. 

Aku juga begitu. Seorang yang kadang-kadang lupa langsung tentang nikmat dunia. Kadang-kadang terlalu gembira. Berbuat dosa. Tapi semalam, entah kenapa rasa tak sedap hati. Ya Allah aku rasa aku banyak buat dosa hari ini. Aku hanya mohon andai hati ini terjaga dari buat dosa lagi. Peliharalah tingkah laku ku sebagai umat Islam dan hambaMu.

Ya Allah.. aku milikMu. tak punya apa-apa. Ampunkan dosaku dan suamiku. Jadikan kami pasangan yang beriman dan bertemu di syurgaMu. Aku takut andai aku tak ketemu suamiku dan ahli keluargaku di akhirat nanti. Ya Allah aku sayangi ahli keluargaku keranaMu. Maka peliharalah mereka. Sayangilah mereka. Jadikan kami ahli Jannatul FirdausMu. Ameen.

Moga curahan rasa ini juga menjentik hati kalian yang membacanya. Aku menulis dengan hati. Mari bersama ke syurga.

No comments: