expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

03 December 2015

WARNA WARNI RUMAH TANGGA

Assalamualaikum. Masih mungkir janji untuk menulis dan mengisi ruang di sini. Kadang-kadang kerana kesibukan. Kadang-kadang sudah hilang perkataan dan madah untuk dibicara sedangkan dalam kepala sarat dengan pelbagai cerita. Hari ini cuba mencoret sesuatu yang InsyaAllah moga-moga bermakna.

Selalu orang kata, kahwin itu nikmat. Kahwin itu best. Kahwin itu menyeronokkan. Saya tak nafikan semua tu. Tapi jarang pula orang kata, kahwin itu sukar. Kahwin itu perit. Itu pun saya tak nafikan juga. Sebab fitrah dunia perkahwinan itu memang banyak warnanya. Bukan erti perit itu tanda tidak bahagia dan bukan juga sukar itu tandanya tidak cinta. Perit dan sukar itu kerana ujian dalam rumah tangga. 

Dahulu saya fikir, kenapa orang tua selalu berpesan. Bila berkahwin perlu banyakkan bersabar. Pada waktu itu saya langsung tak faham. Why? Apa kaitannya SABAR dengan RUMAH TANGGA?? Yang saya fikir waktu itu mungkin sabar dengan ujian seperti yang saya hadapi waktu bujang lah agaknya. Owh.. kalau macam tu small matters lah. (Amboilah). Selama saya hidup bujang pun insyaAllah saya mampu bersabar dengan apa yang berlaku pada diri saya. 

Tapi.. lepas berkahwin, now i realise. Something new happen. Ujian rumah tangga tak sama macam ujian waktu bujang. Ujian rumah tangga melibatkan dua hati. Ya.. dua hati. Sejauh mana kesabaran seorang suami nak hadapi keranah isteri dan sebaliknya. Kalau waktu bujang, bila tak sekepala dengan roomate, maybe boleh pindah bilik. Atau tak balik bilik. Atau minta maaf then lupekan apa yang terjadi. BUT.. dah kahwin, suami dan isteri adalah satu. Bila mana isteri buat hal, suami terluka dan sebaliknya. Dan tak boleh nak settle hanya dengan minta maaf sahaja. Atau dengan cara buat tak tahu. Atau keluar dari rumah tu. Dan masa itu, ku belajar erti SABAR yang dilafazkan oleh pakcik-pakcik mahupun makcik-makcik yang merupakan senior dalam hidup berumah tangga. Dalam masa kau tersinggung itulah kau perlu hadapi pasangan. Dalam keadaan kau terasa itu juga kau perlu berbincang. Dan dalam masa hati membara itulah kau perlu rasioanal.  Dalam keadaan itulah kau perlu doa kepada Allah moga dilembutkan hati kau sendiri untuk kasih pada pasangan. Pasangan yang juga pakaian yang menutupi segala aibmu dan kehormatanmu. Sukar.. tapi diriku belajar. Nah.. itulah sisi gelap rumah tangga yang akhirnya bila dah berbaik, kau rasai nikmatnya rumah tangga.

Belum lagi bila tiba ujian datang. Ujian kewangan itu biasa bagi pasangan yang baru berkahwin macam saya(baru setahun). Waktu itu yang tahu peritnya hanya kau dan pasangan. Kadang-kadang suami rasa down, kadang-kadang isteri rasa down. Tambah-tambah lagi "mereka" naikkan harga barang, tiket ktm, tol, minyak dll. Dulu, bila kehabisan wang, telefon saja father and mother di kampung. Kemudian cucuk ATM dengan girang. Kini, kau dan pasangan uruskan sendiri hal kewangan. Andai ketiadaan wang, tidak ada ATM suka hati seperti waktu bujang. Waktu itu SABAR mainkan peranan. Tiap-tiap bulan belajar perihal kewangan. Kadang-kadang perancangan tak berjaya. Kadang-kadang rezeki datang tidak terduga. Bila perancangan tak berjaya, bulan hadapan cuba cara lain pula. Dan kadang-kadang kau dan pasangan hanya tersenyum melihat duit berbaki RM50 untuk dikongsi berdua dalam masa seminggu. Adakalanya kau dan dia menikmati hari-hari cuti tanpa berbelanja di rumah sahaja. Adakala juga kau dan dia termenung panjang dan menghela nafas yang panjang pada waktu yang sama dek ujian peningkatan harga barang dalam negara. Lalu tertawa sebab mengeluh sama-sama. Itulah warna warninya.

Banyak lagi warna warninya rumah tangga untuk diceritakan. tapi itulah hakikatnya. Kadang-kadang kita hanya melihat sisi bahagia sahabat-sahabat dalam rumah tangga. Melancong ke sana sini, berjalan ke sana sini. Bergambar berpimpin tangan. Tapi kita tak tahu berapa banyak sisi pahit yang perlu dihadapi untuk dapatkan gambaran itu. Padanlah orang dulu-dulu walaupun tak punya harta tapi kekal bahagia. Kerana sisi pahit yang datang itulah yang membawa kebahagiaan. Dan kuncinya adalah SABAR.. wallahualam..

No comments: