expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

08 December 2017

YOU DID A GREAT JOB

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah masih boleh istiqamah untuk warnai blog ni dengan tulisan demi tulisan yang aku cuba untuk bagi manfaat pada orang lain. At least ada juga pahala bila dapat bantu orang lain kan?

So, dalam minggu ni aku mula menjiwai satu cerita Korea ni. Descendants of the sun. Okay bukan sebab pelakon korea yang berlakon dalam cerita tu okay. Suami aku lagi hensem daripada pakcik jong ki tu. Lagipun aku tak suka lelaki putih macam tu. Sekian.

Okay, aku suka layan movie tu sebab nilai positif yang ada dalam movie tu. Aku dapat tengok betapa dorang ni sangat appreciate orang lain. Maybe itu dah jadi budaya orang Korea? Itu aku tak buat research lagi. Dalam cerita ni semua orang berusaha nak selamatkan orang awam baik pihak bantuan perubatan dan jugak askar-askar dalam movie ni. Tapi yang bestnya bila semua orang dah berusaha dan bila tiba satu part dorang tak berjaya nak selamatkan seseorang, masing-masing bagi semangat, its okay.. u did great job. Dan aku tengok sepanjang cerita tu, tiap kali ada yang putus asa atau putus harapan, mesti dorang cakap.. tak ape.. awak dah buat yang terbaik.. Aku lagi suka kata-kata semangat macam tu berbanding dengan sabar lah.. awak kena terima semua ni.. Ini semua dugaan untuk awak..

Macam post aku sebelum ni bab menangis sebab dah penat nak hadap ujian tu, bukan orang tu dia tak usaha kan? Dia cuma kecewa je sekali sekala. So kalau kita bagi semangat dekat dia macam dalam cerita tu, mesti orang tu pun takkan lagi jauh hati dan cakap orang lain tak faham masalah dia. Cuba cakap.. takpe.. awak memang kuat.. awak dah buat dengan baik.. kan best.. so orang tu akan sedar yang dia memang dah usaha yang terbaik.. cuma dia perlu jugak untuk menangis..

so.. memang bagus sangat value dalam cerita ni. Aku malas nak komen part cinta dorang tu ke ape. Sebab bukan itu keutamaan aku bila tengok ceriat ni. Hehe..

so, kwenchana yo.. u did wel.. arasso? 

07 December 2017

MY ECTOPIC PREGNANCY 2016 PART II

Assalamualaikum..

Okay aku nak sambung balik kisah ectopic pregnancy aku ni..

So malam tu aku tunggu untuk dimasukkaan ke dalam operation theater.. Sadly, malam tu aku tak jadi kena operate sebab katanya patient terlalu ramai. Dengan ada yang kena apendiks la ape la. Sebab yang mampu buat Laparascopic tu cuma doktor tertentu je. malam tu nurse bagi aku makan dan suami aku plak just wait outside dan aku memang dah suruh dia balik sebab kesian nak kena tunggu je kat luar dengan tidur pun tak berapa nak lena. tapi suami aku cakap dia taknak sebab dia risau tiba-tiba  jadi pape. lagipun dia duk umah pun dia risaukan aku.

Esoknya aku sambung lagi puasa dan hanya air garam yang dicucuk dalam tubuh aku tu je la makanan aku. Memang kering habis dah bibir. hari tu aku punya tunggu but still tak di operate juga until malamnya. Tengah aku syok tidur sebab dah penat menunggu, nurse kejut aku supaya bangun dan tanggalkan semua barang kemas dan tukar baju untuk di operate. Aku blurr masa tu sebab dengan hujan lebat dekat luar ditambah dengan angin yang kuat. Serius macam syahdu sangat la masa tu. Aku call husband dan cakap nak operate dah. Masa tu dalam jam 12 malam kot. Aku pun dah lupa. 

Aku serahkan hp semua dekat suami dan aku naik ambulans. Yang lawaknya pakcik driver tu boleh tertidur masa tunggu aku. Nurse duk ketuk-ketuk van ambulans tu dengan angin kuatnya. Kenapa aku kena naik ambulans? Sebab aku nak kena operate dekat dewan bedah di Hospital Putrajaya. Suami aku ikut van ambulans dengan kereta. Aku turun sendiri je dari van sebab still boleh berjalan. Then aku kena duduk atas whealchair dan dibawa ke dewan bedah. Aku tak tahu suami aku kat mana masa tu. Tapi maybe dekat tempat menunggu la kan. Suami aku cakap dia tunggu aku kat tempat suami-suami semua tunggu isteri dorang bersalin. Macam-macam perangai suami aku tengok. Dengan doktor ada yang ambil nap kejap la. Dengan suami yang tersengguk la tunggu wife dorang. Pengalaman la kan.

So dalam perjalanan nak ke dewan bedah yang agak jauh jugak la bagi aku. tapi nurse tu yang tolak aku. So takpe la kan. Aku dengar alunan bacaan al quran yang menenangkan. So aku tak la cuak sangat. Then masa masuk dewan bedah tu aku kena transfer plak atas katil bedah,. Then tunggu doktor yang akan operate aku. dalam setengah jam jugak la menunggu turn tu. Aku pandang je siling yang putih tu sambil dengan doktor yang menanti patient kat situ borak pasal makanan la ape la. Dengan baju biru dorang tu la. Punye la life doktor kan. Tak lama kemudian datang la seorang doktor lelaki ni yang aku rasa indians kot. dari dialek dia cakap la. Aku pun dah dipakaikan dengan cap dewan bedah tu. So doktor tu cakap minta maaf sebab aku kena tunggu lama. memang lama weh.. tapi aku okay je.. Doktor tu explain la prosedurnya. Aku cuak jugak sebenarnya. tapi doktor tu cakap akan ade satu wayar masuk dalam kerongkong aku untuk isi gas dalam perutr aku supaya kembung dan aku memang totaly tak sedar ape berlaku. Then doktor akan tebuk 3 lubang dekat perut aku dan pusat untuk masukkan alatan dan kamera. aku angguk je pasrah. Masa tu aku macam masih berharap aku bukan mengandung luar rahim.

Kemudian aku ditolak masuk ke dewan bedah yang sejuk, banyak lampu dan serba putih. Macam dalam citer ER tu la biliknya. Tu first time aku masuk dewan bedah. Then doktor tu suntik ape entah kat tangan aku melalui drip yang dorang dah cucuk awal-awal lagi untuk masukan air garam. Tapi rasanya ada dia cucuk lagi satu kat tangan lagi satu ni dripnye. Aku pun tak ingat. Kemudian doktor tu pun serkup mulut aku dengan alat pernafasan tu dan mintak aku tarik nafas dalam-dalam. Actually aku sedut gas yang buat aku tak sedar. Dua kali tarik nafas, aku terus tak sedar.

Aku tak tahu berapa lama aku dalam OT. Tapi aku sedar-sedar nurse kejut panggil puan Atika...Puan atika.. aku tak mampu nak gerak sangat.. berat sikit kepala dan aku rasa perit sikit kat leher. Nurse tu cakap dah selesai. Aku tanya dah pukul berapa, nurse tu cakap dah 2 pagi. Aku pun tak sangka sebab memang tak sedar pape langsung. Dia bukan macam tidur tau. Ni dengan otak kau sekali mati. Tak fikir ape-ape. Aku tanya nurse tu betul ke aku ectopic. Nurse tu cakap ye dan tunjuk kat aku tiub dan janin tu dalam bungkusan plastik. Aku tak berapa jelas sangat sebab dah tak larat. Then aku kena tunggu lagi dalam ruang menunggu dekat bilik OT tu sementara nurse dari pusat bersalin amek aku. 

Tak lama tu nurse tu datang dan tolak aku nak bawak masuk dalam ambulans. Aku tanya mana tudung aku sebab kepala aku dah togel masa tu. Nurse tu bagi aku cap dewan bedah tu sebab tudung aku nurse tu dah bawak balik bilik aku. Katil aku ditolak depan suami aku. Suami aku cakap mula-mula dia tak perasan pun tu aku sebab berbungkus. Dia datang kat aku dan sedih tengok aku berbalut dengan selimut. tadi masa masuk aku boleh jalan sendiri lagi. Ni beraring kaku dah. So aku di bawa balik ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah dan aku kena stay dulu kat dalam wad dewan bedah dalam pusat tu. Suami aku kat luar tak boleh masuk. Aku suruh nurse panggil suami aku dan bila suami aku masuk aku suruh dia balik dulu dan datang pagi nanti untuk bawak apa yang perlu. Yela.. suami aku tak rehat kot. Huhu.. Lepas tu aku tidur je.. sambil nurse tu cek luka tebukan dan juga BP aku. Pagi tu suami aku datang dan papah aku pergi bersihkan diri kat toilet. nak jalan terhincut-hincut. tahan sakit tempat tebuk. Masa nak buang air aku perasan sedikit perit dan tekak aku masih perit jugak.

Bila nurse tengok aku macam dah boleh makan, dia bagi la aku makan nasi goreng dengan air. Cuma aku telan slowly je la. dalam jam 11 pagi macam tu, suami aku tolak aku naik whealchair ke bilik aku sendiri.Aku still tak boleh balik sebab doktor nak pantau. Doktor ada jumpa aku dan explain yang memang ada kehamilan luar rahim dan estimate dalam 2 minggu macam tu. Doktor cakap ovari aku okay. Tiub satu lagi pun okay. Esonya baru aku balik dan dapat MC 2 minggu dan berpantang.

So.. tu lah pengalaman Ectopic Pregnancy aku yang sangat akan aku kenang sampai bila-bila. For those yang mungkin bakal di operate sebab hamil macam ni, jangan risau.. Allah punya kuasa.. dan jangan takut kena bedah sebab doktor just nak selamatkan nyawa kite..

06 December 2017

KADANG-KADANG AKU MENANGIS

Assalamualaikum.. Aku cuba untuk konsisten menulis kali ini walaupun sometimes aku lupa nak menulis sebab sudah ada bahu untuk aku sandar dan bercerita secara halalan toyyiban. Off course la suami aku yang sangat hensem dan gojes itu.

Hari ni entah kenapa air mata aku tertumpah jua setelah berbulan-bulan aku happy dengan hidup aku dan fight dengan segala benda ujian yang datang dalam hidup aku dan hidup kami. Kadang-kadang sikap aku yang fikir aku kesian dekat suami aku yang terpaksa hadap segala mak nenek ujian yang Allah bagi pada aku dan mestilah suami aku membebel dengan apa yang aku rasa tu. Egoistic betul kau ni wahai seketul Nurul Atika Binti Rosli. Kau dah jadi isteri yang sangat comel dan di adore oleh suami kau, means masalah yang kau hadap tu masalah suami kau jugak. Huhu.. i'm sorry my dear husband. Ye lah.. selama ni aku ni terlalu suka bersendirian konon-konon diri terlalu kuat nak hadap sorang-sorang dan simpan masalah dan ujian tu sorang-sorang. Pastu orang cakap kau ni kuat la ape la whatever.. Aku kuat pun sebab doa kau dan kamu semua yang aku pun tak sedar. thank you very much untuk yang mendoakan dan menjadikan siapa diri aku yang sekarang.

So hari ni waktu Maghrib tadi aku menangis dengan tiba-tiba. Actually aku memang tak sihat hari ni dan rasa lemah sangat. Aku mula fikir satu demi satu ujian Allah bagi pada aku. Kali ni aku menangis tanpa lagu. Hanya air mata je yang keluar sebab aku tak mampu nak ungkap betapa aku sakit nak fight satu demi satu ujian dalam hidup aku. Bayangkan la sejak aku kecil ada je ujian yang bertandang. Aku digagalkan oleh lecturer aku yang aku pun tak tahu la ape niat dia tapi aku bersyukur jugak Allah tak lorongkan aku jadi guru TESL sebab bukan jiwa aku pun. Tapi after that aku kena hadap la saman dari KPM yang sepatutnya aku tak payah bayar dan statement ni diakui oleh pegawai dorang tapi dorang tak leh buat pape sebab kes dah lama. So dorang boleh cakap kat abah mama aku just bayar je la as bayaran yang dorang dah bagi aku untuk makan minum aku sepanjang foundation dulu. Serius la...  Tapi benda tu settle dah dengan bantuan family. Settle dengan aku kena bayar okay. Takpe la.. Allah je la yang balas pada pihak-pihak berkenaan yang aniaya aku. kalau kenang balik, sakit jugak hati innnih.. Nasib baik aku ni penyabar tau. Penyabar sungguh la. Allah tu maha adil okay. Aku tak cakap aku nak doa yang buruk-buruk. Tapi aku rasa aku dah nampak ape Allah balas dengan dunia KPM sekarang macam mana. Sebab tu bila orang ajak aku jadi guru interim, aku tolak mentah-mentah. Kenangan hitam weh. I cant tapi aku galakkan je sape yang minat jadi guru untuk teruskan minat anda. 


Then aku terfikir plak pasal ujian aku yang ada pengalaman Menagndung Luar Rahim sampai tiub belah kanan aku kena remove. Aku macam keep asking juga why me?? Sebab dalam family aku, adik beradik aku semua normal ke. Huhu. Dan yang kena macam aku ni julat dia 100 kelahiran cuma 1 je yang akan hamil luar rahim. Aku kena waktu nak final exam plak tu. Tengah sibuk-sibuk dengan FYP aku. Ekau rase macam mana? Nangis aku tau sampai basah baju suami aku yang gojes lagi. Aku kena puji suami aku sebab nanti dia baca blog aku ni. (ahaks.. sori abang.. u r my gojes husband). Then tiba-tiba after setahun plak doktor diagnose aku as pesakit PCOS. PCOS tu ape? sila rajin taip google dan search PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome. Dia macam menyebabkan ovari kau tidur dan tak aktif untuk keluarkan telur. Sebab hormon dalam badan tak stabil. Banyak jenis makanan yang aku kena avoid dan aku rasa siksa jugak la kadang-kadang. Tapi hikmahnya aku turun kg dan ukur lilit badan. Yeah!!. 

So, aku nangis fikir semua benda tu sebab aku rasa macam penat sangat nak kuat untuk hadapi semua ni. Mana ada pasangan yang tak nak anak. Tapi honestly bukan lah sebab anak tu yang aku sedih. yang tu maybe dalam 10% je. Tapi sebab ujian demi ujian yang aku kena tempuh. It's hard okay. Sekarang plak aku tengah mencari arah macam mana nak start untuk capai cita-cita aku dalam kerjaya dan at the same time aku kesian dengan suami aku. Ye la.. dia sorang je kan kerja. Walaupun dia macam tak kisah kalau aku tak kerja, tapi aku nak kerja. Cuma nak capai kerjaya yang aku nak tu dia amek masa yang panjang sikit. Huhu. Orang cakap aku kuat naki hadapi semua ujian aku ni. Ye la.. lepas tak boleh sambung TESL aku sanggup patah balik ke peringkat Diploma untuk kejar balik cita-cita aku yang terbengkalai. Alhamdulillah aku dah grad untuk Degree dan next year InsyaAllah untuk DAIJ UKM ni. Bukan mudah nak capai satu demi satu tu. huhu..

Kadang-kadang aku nangis sebab nak lepaskan lelah. Lelah dalam hati. Ala.. dalam perjalanan tu mesti ada masa kita terjatuh kan. Terluka sikit, mesti sakit kan.. pastu kita rawat la bagi sembuh. Then kita jalan balik. Aku pun baru je lepas baik luka kat lutut sebab eksiden bulan lepas. Sakitnya pun terasa lagi. Cuma tu la.. kadang-kadang bila kita share kesedihan kita kat dunia sosial ni ade je la yang cakap moga kuat.. banyak bersabar and soo on.. haha.. aku appreciate sangat tapi kadang-kadang orang tengah emo dia rasa macam weh kau tak tahu betapa aku dah lama bersabar dan bangkit untuk kuatkan diri aku sendiri. So, nasihat macam tu buat aku rasa macam... okay.. fine.. haha.. orang tengah emosi.. harap kau yang baca dan ada nasihat aku macam tu memahami ye.. aku tak marah dan aku sangat-sangat hargai.. kalau suami aku, memang aku cakap terus terang.. i dont need your advice coz i isterimu ini sudah lama bertahan untuk kuat. She just need ur ear to listen segala mak nenek yang dia nak luah. Then she just want u remind her yang isteri dia nak dah banyak tempuh ujian sebelum ni dan isteri dia kuat. Yup.. tadi my gojes husband cakap semua tu dekat isteri dia yang cantik ni. Kesian abang yang banyak berusaha nak suruh isteri dia selok ni senyum. But u are the most gojes dan supporter yang terbaik buat isterimu innih. So sekarang aku dah okay siap masak nasi lemak dan dah hentam dua pinggan tadi. Huhu.. habis hancur diet. takpe esok kita jaga balik makan. 

Jadinya, apa aku nak cakap ialah.. kadang-kadang kita kena menangis nak luahkan kesesakan di dada kita ni. Sebab kita ni lemah. Nak hadap ujian Allah kat dunia yang macam-macam ni. Dan orang sekeliling kena faham keadaan ni. Dia tak perlu pun advice kena tengok orang lain jauh lebih susah, ujian ni tanda Allah sayang and soo on.. sebab biasanya orang yang dah lama kuat hadap ujian ni, dia dah khatam semua tu sebab sometimes dia pun akan motivate diri dia dengan kata-kata tu. Dia just need to be remind that dia kuat sebab sebelum ni dia dah kuat dah cuma kadang-kadang dia boleh menangis untuk lepaskan lelah dia. 

so seketul Nurul Atika Binti Rosli, awak kuat untuk hadap hari-hari awak selepas ni. Stay gojes.. stay strong.. Moga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat buat ku dan suamiku yang hensem dan gojes. Amin..