expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

08 December 2017

YOU DID A GREAT JOB

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah masih boleh istiqamah untuk warnai blog ni dengan tulisan demi tulisan yang aku cuba untuk bagi manfaat pada orang lain. At least ada juga pahala bila dapat bantu orang lain kan?

So, dalam minggu ni aku mula menjiwai satu cerita Korea ni. Descendants of the sun. Okay bukan sebab pelakon korea yang berlakon dalam cerita tu okay. Suami aku lagi hensem daripada pakcik jong ki tu. Lagipun aku tak suka lelaki putih macam tu. Sekian.

Okay, aku suka layan movie tu sebab nilai positif yang ada dalam movie tu. Aku dapat tengok betapa dorang ni sangat appreciate orang lain. Maybe itu dah jadi budaya orang Korea? Itu aku tak buat research lagi. Dalam cerita ni semua orang berusaha nak selamatkan orang awam baik pihak bantuan perubatan dan jugak askar-askar dalam movie ni. Tapi yang bestnya bila semua orang dah berusaha dan bila tiba satu part dorang tak berjaya nak selamatkan seseorang, masing-masing bagi semangat, its okay.. u did great job. Dan aku tengok sepanjang cerita tu, tiap kali ada yang putus asa atau putus harapan, mesti dorang cakap.. tak ape.. awak dah buat yang terbaik.. Aku lagi suka kata-kata semangat macam tu berbanding dengan sabar lah.. awak kena terima semua ni.. Ini semua dugaan untuk awak..

Macam post aku sebelum ni bab menangis sebab dah penat nak hadap ujian tu, bukan orang tu dia tak usaha kan? Dia cuma kecewa je sekali sekala. So kalau kita bagi semangat dekat dia macam dalam cerita tu, mesti orang tu pun takkan lagi jauh hati dan cakap orang lain tak faham masalah dia. Cuba cakap.. takpe.. awak memang kuat.. awak dah buat dengan baik.. kan best.. so orang tu akan sedar yang dia memang dah usaha yang terbaik.. cuma dia perlu jugak untuk menangis..

so.. memang bagus sangat value dalam cerita ni. Aku malas nak komen part cinta dorang tu ke ape. Sebab bukan itu keutamaan aku bila tengok ceriat ni. Hehe..

so, kwenchana yo.. u did wel.. arasso? 

No comments: