Assalamualaikum.. Aku cuba untuk konsisten menulis kali ini walaupun sometimes aku lupa nak menulis sebab sudah ada bahu untuk aku sandar dan bercerita secara halalan toyyiban. Off course la suami aku yang sangat hensem dan gojes itu.
Hari ni entah kenapa air mata aku tertumpah jua setelah berbulan-bulan aku happy dengan hidup aku dan fight dengan segala benda ujian yang datang dalam hidup aku dan hidup kami. Kadang-kadang sikap aku yang fikir aku kesian dekat suami aku yang terpaksa hadap segala mak nenek ujian yang Allah bagi pada aku dan mestilah suami aku membebel dengan apa yang aku rasa tu. Egoistic betul kau ni wahai seketul Nurul Atika Binti Rosli. Kau dah jadi isteri yang sangat comel dan di adore oleh suami kau, means masalah yang kau hadap tu masalah suami kau jugak. Huhu.. i'm sorry my dear husband. Ye lah.. selama ni aku ni terlalu suka bersendirian konon-konon diri terlalu kuat nak hadap sorang-sorang dan simpan masalah dan ujian tu sorang-sorang. Pastu orang cakap kau ni kuat la ape la whatever.. Aku kuat pun sebab doa kau dan kamu semua yang aku pun tak sedar. thank you very much untuk yang mendoakan dan menjadikan siapa diri aku yang sekarang.
So hari ni waktu Maghrib tadi aku menangis dengan tiba-tiba. Actually aku memang tak sihat hari ni dan rasa lemah sangat. Aku mula fikir satu demi satu ujian Allah bagi pada aku. Kali ni aku menangis tanpa lagu. Hanya air mata je yang keluar sebab aku tak mampu nak ungkap betapa aku sakit nak fight satu demi satu ujian dalam hidup aku. Bayangkan la sejak aku kecil ada je ujian yang bertandang. Aku digagalkan oleh lecturer aku yang aku pun tak tahu la ape niat dia tapi aku bersyukur jugak Allah tak lorongkan aku jadi guru TESL sebab bukan jiwa aku pun. Tapi after that aku kena hadap la saman dari KPM yang sepatutnya aku tak payah bayar dan statement ni diakui oleh pegawai dorang tapi dorang tak leh buat pape sebab kes dah lama. So dorang boleh cakap kat abah mama aku just bayar je la as bayaran yang dorang dah bagi aku untuk makan minum aku sepanjang foundation dulu. Serius la... Tapi benda tu settle dah dengan bantuan family. Settle dengan aku kena bayar okay. Takpe la.. Allah je la yang balas pada pihak-pihak berkenaan yang aniaya aku. kalau kenang balik, sakit jugak hati innnih.. Nasib baik aku ni penyabar tau. Penyabar sungguh la. Allah tu maha adil okay. Aku tak cakap aku nak doa yang buruk-buruk. Tapi aku rasa aku dah nampak ape Allah balas dengan dunia KPM sekarang macam mana. Sebab tu bila orang ajak aku jadi guru interim, aku tolak mentah-mentah. Kenangan hitam weh. I cant tapi aku galakkan je sape yang minat jadi guru untuk teruskan minat anda.
Then aku terfikir plak pasal ujian aku yang ada pengalaman Menagndung Luar Rahim sampai tiub belah kanan aku kena remove. Aku macam keep asking juga why me?? Sebab dalam family aku, adik beradik aku semua normal ke. Huhu. Dan yang kena macam aku ni julat dia 100 kelahiran cuma 1 je yang akan hamil luar rahim. Aku kena waktu nak final exam plak tu. Tengah sibuk-sibuk dengan FYP aku. Ekau rase macam mana? Nangis aku tau sampai basah baju suami aku yang gojes lagi. Aku kena puji suami aku sebab nanti dia baca blog aku ni. (ahaks.. sori abang.. u r my gojes husband). Then tiba-tiba after setahun plak doktor diagnose aku as pesakit PCOS. PCOS tu ape? sila rajin taip google dan search PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome. Dia macam menyebabkan ovari kau tidur dan tak aktif untuk keluarkan telur. Sebab hormon dalam badan tak stabil. Banyak jenis makanan yang aku kena avoid dan aku rasa siksa jugak la kadang-kadang. Tapi hikmahnya aku turun kg dan ukur lilit badan. Yeah!!.
So, aku nangis fikir semua benda tu sebab aku rasa macam penat sangat nak kuat untuk hadapi semua ni. Mana ada pasangan yang tak nak anak. Tapi honestly bukan lah sebab anak tu yang aku sedih. yang tu maybe dalam 10% je. Tapi sebab ujian demi ujian yang aku kena tempuh. It's hard okay. Sekarang plak aku tengah mencari arah macam mana nak start untuk capai cita-cita aku dalam kerjaya dan at the same time aku kesian dengan suami aku. Ye la.. dia sorang je kan kerja. Walaupun dia macam tak kisah kalau aku tak kerja, tapi aku nak kerja. Cuma nak capai kerjaya yang aku nak tu dia amek masa yang panjang sikit. Huhu. Orang cakap aku kuat naki hadapi semua ujian aku ni. Ye la.. lepas tak boleh sambung TESL aku sanggup patah balik ke peringkat Diploma untuk kejar balik cita-cita aku yang terbengkalai. Alhamdulillah aku dah grad untuk Degree dan next year InsyaAllah untuk DAIJ UKM ni. Bukan mudah nak capai satu demi satu tu. huhu..
Kadang-kadang aku nangis sebab nak lepaskan lelah. Lelah dalam hati. Ala.. dalam perjalanan tu mesti ada masa kita terjatuh kan. Terluka sikit, mesti sakit kan.. pastu kita rawat la bagi sembuh. Then kita jalan balik. Aku pun baru je lepas baik luka kat lutut sebab eksiden bulan lepas. Sakitnya pun terasa lagi. Cuma tu la.. kadang-kadang bila kita share kesedihan kita kat dunia sosial ni ade je la yang cakap moga kuat.. banyak bersabar and soo on.. haha.. aku appreciate sangat tapi kadang-kadang orang tengah emo dia rasa macam weh kau tak tahu betapa aku dah lama bersabar dan bangkit untuk kuatkan diri aku sendiri. So, nasihat macam tu buat aku rasa macam... okay.. fine.. haha.. orang tengah emosi.. harap kau yang baca dan ada nasihat aku macam tu memahami ye.. aku tak marah dan aku sangat-sangat hargai.. kalau suami aku, memang aku cakap terus terang.. i dont need your advice coz i isterimu ini sudah lama bertahan untuk kuat. She just need ur ear to listen segala mak nenek yang dia nak luah. Then she just want u remind her yang isteri dia nak dah banyak tempuh ujian sebelum ni dan isteri dia kuat. Yup.. tadi my gojes husband cakap semua tu dekat isteri dia yang cantik ni. Kesian abang yang banyak berusaha nak suruh isteri dia selok ni senyum. But u are the most gojes dan supporter yang terbaik buat isterimu innih. So sekarang aku dah okay siap masak nasi lemak dan dah hentam dua pinggan tadi. Huhu.. habis hancur diet. takpe esok kita jaga balik makan.
Jadinya, apa aku nak cakap ialah.. kadang-kadang kita kena menangis nak luahkan kesesakan di dada kita ni. Sebab kita ni lemah. Nak hadap ujian Allah kat dunia yang macam-macam ni. Dan orang sekeliling kena faham keadaan ni. Dia tak perlu pun advice kena tengok orang lain jauh lebih susah, ujian ni tanda Allah sayang and soo on.. sebab biasanya orang yang dah lama kuat hadap ujian ni, dia dah khatam semua tu sebab sometimes dia pun akan motivate diri dia dengan kata-kata tu. Dia just need to be remind that dia kuat sebab sebelum ni dia dah kuat dah cuma kadang-kadang dia boleh menangis untuk lepaskan lelah dia.
so seketul Nurul Atika Binti Rosli, awak kuat untuk hadap hari-hari awak selepas ni. Stay gojes.. stay strong.. Moga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat buat ku dan suamiku yang hensem dan gojes. Amin..
No comments:
Post a Comment