Bidadari Dunia
Azan Maghrib baru sahaja selesai berkumandang ketika Sally mendengar suara keriuhan anak-anak memasuki kawasan rumah sewa barunya. Dia keluar dari bilik tidur dengan wajah yang sugul. Dipandangnya Zinirah, minta penjelasan.“ Anak-anak nie datang tuk belajar mengaji al-Quran”, jelas Zinirah sambil tersenyum. Sally hanya mampu mengangkat bahu.“ Kita mengaji sekejap lagi. Selepas solat Maghrib”, pesan Zinirah kepada mereka.“ Ya…mak cik Zinirah”, mereka berlari-lari di sekeliling rumah, mengambil kedudukan untuk solat.“ Mereka selalu ker datang ke mari, Zinirah?", Tanya Sally ingin tahu. Zinirah mengangguk.“ Setiap malam mereka belajar di sini. Kenapa Sally?", Tanya Zinirah. Sally menggeleng. Lebih baik dia segera solat. Nanti waktu solat Maghrib habis.Sally baru sahaja menyelesaikan solat sunatnya ketika anak-anak itu datang menghampirinya. Mereka tanpa segan silu menyerbu masuk ruang tengah, tempat Sally dan kawan- kawannya solat berjemaah tadi.“ Mak cik, nak biskut tu!”, teriak salah seorang anak-anak itu. Zinirah mengangguk. Sally tergamam dan hanya mampu melihat biskut satu bekas yang dibawa dari rumahnya itu habis dimakan oleh anak-anak itu.“ Zinirah, aku bawa biskut tu untuk kau orang”, kata Sally. Zinirah cuma tersenyum.“ Tak apakan Sally, kamu tak marahkan. Namapun anak-anak. Mereka mahu mengaji dengan baik, itu sudah cukup senang bagi aku”, balas Zinirah.Uh…sebenarnya Sally berasa terganggu dengan kehadiran anak-anak itu. Apatah lagi sepanjang sesi pengajian mereka, anak-anak itu membuat bising . Walaupun Sally sudah menutup pintu biliknya, dia tetap juga rasa terganggu. Sally memang tidak suka jika dia sedang memberi tumpuan pada kerja-kerjanya, ada suara yang mengganggu. Kerja-kerja yang sedang dia lakukan akhirnya tertunda begitu sahaja. Sally hanya mampu membelek-belek majalah yang baru dibelinya.Tok!Tok! Pintu biliknya diketuk orang. Dengan malas, Sally bangun dan membuka pintu. Beberapa wajah-wajah comel tersenyum menyambutnya. Anak-anak??“ Ya, ada apa…”, Sally cuba mencegilkan biji matanya dengan luas.“ Kami dah nak balik…tapi sekarang dah Isyak. Kami nak solat, em…mak cik…?”“ Sally…panggil saja mak cik Sally. Kamu ni siapa?",Sally bertanya. Anak itu tersenyum mempamerkan giginya yang sedikit rongak. Yang lain cuba untuk mendekatinya. Satu…dua…oh, ada lima orang. Tiga puteri dan dua putera.“ Saya Fawaz, ini Nu’man”, Fawaz menyebut nama temannya.“ Saya Amira, mak cik. Itu Jihah, sorang lagi tu Iman”, yang puteri juga tidak ketinggalan.Sally hanya mengangguk-angguk. Anak-anak itu saling berpandangan. Mak cik Sally tidak sebaik macam mak cik Zinirah, batin mereka bercakap. Wajah masam Sally membuatkan Fawaz bergegas pergi. Lagipun azan Isyak’ sudah selesai sejak dari tadi lagi. Sally menarik nafas lega. Zinirah memberikan bungkusan nasi pesanan Sally. Zinirah merasakan ada sesuatu kelainan pada diri Sally.“ Sally, kamu marah, ya”, Tanya Zinirah hati-hati. Sally terkejut. Marah? “ Tak adalah…kenapa kamu bertanya begitu?", Sally seperti tidak sedap duduk.“ Em…kamu diam secara tiba-tiba”, Zinirah menjelaskan.“ Oh…aku sedang memikirkan tentang tugasan aku yang belum siap”, balas Sally. Zinirah juga tidak berusaha bertanya lagi. Sally cuba menceriakan suasana. Tidak selesa rasanya jika dengan teman sekamar komunikasi kita terlalu kaku. Lagipun aku masih orang baru di sini.Ya Allah…panasnya.

Nyaman sekali aku tidur di atas lantai yang cuma beralaskan tikar plastik selepas pulang dari kuliah. Sally membuka pintu bilik.. Ha…apa ni? Berseleraknya bilik, penuh dengan barang mainan anak-anak. Sally sama sekali tidak menyukai benda-benda itu dalam biliknya. Zinirah? Setengah jam Sally mengemas barang-barang mainan itu. Dimasukkan ke dalam kotak yang ada di dalam stor rumah mereka. Tapi mahu letak di mana pulak benda-benda ini? Dibuang? Nanti ada pula yang kehilangan. Disimpan dalam stor. Ah…nanti sudah pasti akan berdebu dan rosak. Disimpan di kamar sebelah? Ah…Sally tidak mampu, sebelum menyimpan barang itu, Sally terpaksa pula mengemas barang di kamar sebelah. Em…simpan saja di bawah katil. Sally meletakkan kotak itu di bawah katil. Selesai, Sally mengambil majalah dan membacanya sambil berbaring.Ya Allah…siapa pula yang koyak majalah aku ni? Tak bertanggungjawab langsung. Aku baru sahaja beli majalah ini. Ini membuatkan aku marah ni. Tapi…masakan Zinirah nak buat semua kerja ini. Tapi siapa pulak?“ Asslamualaikum…Eh, Sally. Dah lama pulang?” wajah Zinirah muncul di muka pintu. Dia nampak letih.Ada butiran keringat di pipi dan dahi gadis itu.“ Sally…minta maaf…majalahmu koyak. Ini, aku sudah membeli gantinya”. Zinirah menghulurkan majalah itu di tangan Sally. Sally menahan air liurnya. Kenapa Zinirah buat seperti itu? Apalagi Sally tahu untuk dapatkan majalah tu, Zinirah perlu berjalan sekitar setengah batu ke kedai yang terdekat.“ Kenapa kamu merosakkan majalah aku tu Zinirah?", Sally bertanya untuk kepastian.“ Bukan aku…Aku sebenarnya menjaga Mariam tadi”, kata Zinirah.“ Mariam? Siapa dia?", Tanya Sally lagi tidak mengerti. Nama yang asing dan aneh.“ Anak jiran depan tu. Umurnya baru lapan bulan. Dia yang merobek-robek majalah kamu. Oh ya, mainannya kamu dah simpan ye. Terima kasih. Aku terus ke kedai tadi, rancangannya lepas balik baru nak bereskan."“Mainannya di bawah katil”, tunjuk Sally. Zinirah mengeluarkan kotak itu. Dia perlu mengembalikan barang-barang tersebut ke rumah Mariam.“ Aku pergi dulu ya, Assalamualaikum..”, ucap Zinirah.Sally menjawab salam tanpa mengalihkan mata dari bacaannya.---------------------Zinirah berusaha menenangkan bayi dalam dakapannya. Sally sedang tidur. Teman barunya itu seperti tidak suka dengan anak-anak. Tapi…tidak mungkin seorang perempuan tidak suka anak-anak, muslimah pula.Tapi rupanya Mariam semakin kuat menangis. Sally terjaga dan terbangun. Dia menatap Zinirah dan Mariam bergantian. Aduh…ada lagi gangguan? Itukah Mariam? Itulah bayi yang diceritakan oleh Zinirah, batin Sally terganggu.“ Itu…Mariam?”, Tanya Sally. Zinirah mengangguk. Semoga Sally tidak marah.“ Kenapa dengan dia?", Sally bangun dan duduk di hujung katil, memandang Zinirah yang sedang memujuk Mariam. Mariam sudah mula tenang. Dia sedang leka dengan mainannya.“ Emaknya kerja. Kasihan Mariam, Sally. Selalu ditinggalkan oleh emaknya. Maklumlah, ibunya janda yang perlu keluar mencari nafkah hidup. Ayahnya telah lama meninggal dunia sebelum Mariam dilahirkan. Mariam anak bongsu dari empat orang bersaudara. Abangnya baru darjah lima, kakaknya yang seorang tu darjah tiga dan abangnya yang seorang lagi baru tadika”, cerita Zinirah.Batin Sally mula tersentuh. Dia juga anak bongsu. Tapi jauh berbeza dengan bayi itu. Dia dari keluarga yang mewah. Hidupnya penuh limpahan kasih sayang. Sally mendekati Mariam. Bukankah kamu juga memerlukan seorang adik, Sally? Batin Sally berbicara. Mata bening Mariam yang memandang padanya semakin membuatkan jiwa Sally tersentuh.
“ Assalamualaikum…Zinirah ada?", Seorang gadis berjilbab masuk. Pintu kamar memang dibiarkan terbuka. Zinirah menyambut tetamunya. Mereka berbual seketika di ruang tengah. Sebentar kemudian Zinirah datang semula.“ Mariam?", Sally bertanya bingung. Zinirah terdiam sejenak.“ Kamu…boleh tolong menjaganya sekejap, Sally? Tidak ada orang lain sekarang ni kat rumah”, minta Zinirah penuh harapan. Sally tidak mampu menolak. Zinirah pergi dengan hati yang lapang.Ya Allah …Mariam tidak henti-henti menangis. Padahal pelbagai cara telah Sally lakukan. Dari menepuk-nepuk punggungnya, mendukungnya, menimang-nimangkannya. Uh…entah-entah dia lapar. Tapi bayi sebesar ini makan apa? Pisang? Ah…aku bingung. Lebih baik beri susu.Astaqfirullah…ternyata susu yang diminum oleh Sally tidak sesuai untuk bayi seusia Mariam. Kerana bingung , akhirnya Sally menelefon emak Mariam. Mujurlah nombor telefon emak Mariam ditulis dengan jelas di sebelah telefon rumah sewa kami.Ya Allah…dia perlu diberi makan nestum bayi. Mana ada nestum bayi di rumah. Walau cara apa sekalipun Sally perlu mencari nestum itu untuk Mariam. Terpaksalah Sally mendukung Mariam ke kedai terdekat. Alhamdulillah, nestum bayi yang diperlukan ada di sana.Setelah dicampur air panas suam, Sally berusaha menyuapkan nestum itu ke mulut Mariam. Ternyata Mariam memang lapar. Sampainya hati emak Mariam meninggalkannya tanpa bekalan. Tapi, akhirnya tugas itu selesai.Fuh…lega.Sejenak Sally bebas dari mendengar rengekan Mariam. Dia juga tertidur. Namun Sally hanya mampu menikmati ketenangannya cuma sebentar. Setengah jam berikutnya terdengar tangisan Mariam. Makin lama makin kuat. Sally tidak mampu bertahan lagi. Hui…Kenapa Zinirah tidak pulang lagi. Katanya sekejap saja.Sally menghampiri Mariam yang sudah terbangun. Kenapa ni ? Sally mengangkat Mariam. Ha…Apa ni? Basah…lembik…jangan-jangan… Sally menutup hidung sambil terpekik kecil. Ya Allah…dia buang air besar, keluh Sally. Huh…benar-benar menyusahkan aku.Bagaimana ni? Terpaksalah Sally membersihkan Mariam dengan sabun bayi miliknya. Sally memang gemar memakai sabun bayi untuk mandi. Dibuangnya pampers Mariam dan dimasukkan dalam tong sampah. Kekok juga tangan Sally mengelap bayi itu dan memakaikannya pampers yang baru.Huuh…terpaksa mencuci pula seluarnya yang terkena najis. Bahkan tilamnya juga perlu dijemur. Tapi nantilah, yang penting sekarang menjaga Mariam jangan sampai dia menangis. Ternyata Mariam tergolong dalam kategori bayi yang cukup sensitif. Setiap kali Sally bermuka masam, dia pasti akan menangis. Tidak ada pilihan lain buat Sally kecuali berwajah manis, selalu tersenyum, dan sesekali mengajaknya berbual.Syukurlah, tidak lama kemudian Zinirah pulang. Dia hairan melihat Sally sedang bermain-main dengan Mariam. Dilihatnya tilam Sally tergulung rapi, belum dijemur.“ Eh…dia berak ye?", Tanya Zinirah. Sally cuma mengangguk dan menarik nafas panjang.“ Maafkan aku…aku terlewat. Aku tak sangka pulak ada perkara buruk berlaku. Aku dan kawan aku terlibat dengan kemalangan kecil. Alhamdulillah…dah selesai. Padahal kalau dikira orang itu yang salah. Aku malas nak bertekak dengan dia. Maafkan aku ya Sally.. Kamu tak apa-apa kan?", Tanya Zinirah takut.Sally menggeleng. Bukankah aku yang harus minta maaf kerana mengutuk Zinirah tadi, walaupun cuma dalam hati, ternyata dia mendapat musibah.“ Aku…banyak hikmah yang aku dapat. Ternyata bukan mudah nak mengurus anak ya? Aku hairan, kenapa kamu suka melakukannya”, Tanya Sally. Zinirah cuma tersenyum. Lega. Dia gembira Sally sudah mampu menerima.“
Dunia anak merupakan dunia yang bersih. Kita sebenarnya yang perlu membentuk mereka. Dan yang jelas…aku ingin belajar mengasah naluri keibuanku…tak gitu Sally”, kata Zinirah malu-malu.Sally seperti tersedar. Ya…Bukankah dia juga perlu melakukan hal yang sama.“ Ya Allah…dah lewat macam ni, Mariam perlu makan. Dia tentu lapar”, Zinirah menepuk dahinya.“ Mariam…dah makan. Aku beri nestum…kata emaknya dia makan nestum”, jelas Sally.“ Wah, kamu dah bijak menjadi ibu. Oh ya. Mariam dah kena hantar pulang. Emaknya dah ada kat rumah. Kamu nak ikut?”, ajak Zinirah seraya meminta Mariam dari dukungan Sally. Sally menggeleng. Dia mencium dahi Mariam sebelum Zinirah membawanya pulang.Uh…bagaimana rasanya mama membesarkan aku dulu. Apakah aku juga seperti itu. Atau aku lebih teruk dari itu. Tidak terasa airmata Sally meitis satu demi satu. Terasa sekarang betapa berat tugas seorang ibu. Tugas yang tidak mampu hanya dilaksanakan secara terpaksa tetapi memerlukan sentuhan kasih sayang yang luar biasa, juga kesabaran. Itulah suatu perjuangan.Selama ini Sally tidak pernah memahami semua itu. Atau lebih tepat, Sally tidak mahu berada dalam situasi itu. Mahu menguruskan anak-anak yang masih kecil, sedangkan kedatangan mereka saja ke rumah aku rasakan duniaku semakin sempit. Jika ada yang mengingatkan suatu hari Sally pasti menghadapinya, dengan pantas."Ah…itukan urusan yang belum berlaku”, ternyata…Dia masih harus banyak belajar.
Malam itu, seperti biasa selepas solat Maghrib, anak-anak datang mencari Zinirah. Mereka minta diajar membaca al- Quran dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Zinirah dengan sabar membawa anak-anaknya ke ruang tengah. Sally memerhatikannya dari dalam bilik tidurnya.Nama pun anak-anak. Setiap kali belajar sudah pasti mereka bergaduh. Berebut alat tulis, berebut makanan, mengganggu kawan-kawan. Sesekali terdengar mereka menyanyi. Entah lagu apa. Sally tidak tahu. Dan Zinirah? Dia tetap bersabar dengan kerenah anak-anak itu. Tanpa keluhan dan wajah masam.Sally melangkah keluar dari dalam bilik. Dia cuba tersenyum. Anak-anak itu menatapnya. Bismilah…doa Sally. Tangan Zinirah menggamit Sally di antara mereka. Mengajak bergabung.Segalanya perlu dicuba. Dan Sally sedar, dia tidak boleh lagi menunda. Ya Allah…bantulah aku mencintai mereka, makhluk kecil yang suatu hari akan meneruskan perjalanan dakwah ini. Bantulah aku menjadi sebahagian dari perjalanan mereka menuju keredhaanMu. Sally tersenyum. Direngkuhnya seorang anak di sisinya.Empat tahun kemudian.
Sally baru sahaja selesai mendandan anak sulungnya yang berumur tiga tahun ketika bayi kecilnya menangis. Anaknya yang kedua. Bergegas dia mengangkat bayi kecilnya itu. Ditatapnya pakaian-pakaian yang belum dilipat.“ Ummi…jalan-jalan”, rengek si sulung.Kring…kring…telefon di ruang tamu berbunyi. Ya Allah… Suamiku akan pulang dalam beberapa jam lagi. Makanan belum lagi aku sediakan. Sally menarik nafas panjang. Inilah realiti yang dihadapinya kini. Jika dahulu dia benci akan kerja-kerja seperti ini, tapi kini Sally sudah mampu menghadapi situasi ini dengan sebuah senyuman. Waktu telah banyak mengajarnya.----------------------
1 comment:
Bersama kita menegakkan islam di bumi Allah...
Post a Comment