expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

28 July 2008

Doa Seorang Kekasih..




Ya Allah Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambamu ini
Ya Allah Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia"- Sahih Muslim
Dari Abdullah b. Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; " Dunia ialah kesenangan, sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah" - Sahih Muslim

P/S: Kurniakan daku pasangan yang beriman... Amin



No comments: