expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

27 February 2009

Ujian Dan Hikmah dalam kehidupan yang terasing..

Assalamualakum buat sahabat-sahabat seperjuangan yang ana kasihi.. Asif keran sejak akhir-akhir nie terlalu banyak artikel yang ana post adalah lebih bersifat peribadi dan luahan rasa. Sebenarnye ana pun tak berapa suka untuk berkongsi luahan perasaan kat blog nie. Tetapi mungkin kerana tekanan daripada kesibukkan dan keletihan yang membuatkan diri bakal mujadid islam nie agak slow motion sket sejak akhir2 nie. Tapi berundur satu langkah kemudian pecut seribu langkah. InsyaAllah. Dihadapan semua pejuang islam sekrang ini adalah pelbagai mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi dengna sabar dan yakin. Semua cabaran ini adalah duri-duri dalam perjuangan yang perlu ditempuh oleh setiap yang bergelar ghuraba’ itu.
Siape ghuraba’?

Baru-baru nie ana ada dengar pengisian berkaitan dengan ghuraba’ nie. Ustaz tu bagitahu melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w,(ana pun tak berapa ingat matan nye) golongan ghuraba’ nie adalah merupakan golongan yang sedikit dan yang terpilih oleh Allah s.w.t untuk memperjuangkan agama islam dikala ramai orang yang ingin mengurangi islam itu.Maksudnya golongan yang sedikit dan mungkin dikalangan orang biasa-biasa sahaja tetapi luar biasa disisi Allah yang mempunyai pemikiran atau dalm bahasa arab dipanggil fikrah untuk memperjuangkan islam disaat islam itu dalam keadaan yang kucar-kacir. Kenapa kucar-kacir? Kerana mungkin disebabkan pimpinan yang tidak mengamalkan islam secara menyeluruh dan secara umumnya kerana sikap manusia yang mudah alpa dengan nikmat Allah dan tidak menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Itu je la yang dapat ana simpulkan kat sini berdasarkan pemikiran yang masih muda belia dan sangat terbats ini sebab banyak hadis yang menceritakan siapa golongan ghuraba’ nie sebenarnye. Adakah kita tergolongan dalam golongan tersebut? Tepuk dada tanya iman naaaa….( campur bahasa perancis rumet sket).
Hidup sebagai seorang pendakwah ini bukannya mudah. Macam dalam lirik lagu kumpulan Hijjaz tu, “berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis..”(Teringat plak kenangan ngan kawan-kawan sewaktu menansyidkan lagu nie..) Memang betul pun sebab selangkah kita di dalam perjuangan maka selama-lamanya dalam perjuangan dan pengorbanan demi agama islam. Kalau tak percaya, cuba tengok sirah Nabi Muhammad bersama sahabat2nya, ada tak mereka semua berseronok dalam perjuangkan islam? Adakah mereka dipenuhi dengan kemewahan yang berlipat ganda walaupun mereka semua tu adalah khalifah sebuah kerajaan islam yang gah? Jawapannye? Bacalah sirah nabi.. Heheh… Lepas tu boleh comment kat blog ana ni ape jawapan antum semua yang majoritinye blogger2 islam. Dimana peranan antum semua…=)..

Related to the sirah, kite dapat ambil pengajaran bahawa sesiapa yang benar2 berjuang di jalan Allah pasti akan melalui jalan2 yang dilalui oleh baginda Muhammad s.a.w dan para sahabat yang terdahulu.. Kalau rasa senang je hidup tu, kena chek la diri masing2. Ustaz ana cakap kalau tenang je dalam masa 40 hari , kite kena muhasabah diri, Mungkin ada benda yang tak kena dalam diri kite sebab dalam hidup ini Allah sentiasa akan memberi ujian kepada kita dan kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa memikirkan setiap hikmah yang ada disebalik apa2 perkara yang berlaku kat diri kita nie walaupun sekecil2 peristiwa pun. Contoh la kan, tibe2 pen kite jatuh… Kalau difikirkan tak de ape pun lah kalau pen jatuh. Tapi rupe2 nye pen tu tadi rosak sebab dakwat tersekat. Jadi bile dah tersentak kat lantai, pen tue pun boleh berfungsi balik… ( ok tak analogi nie? Huhu) Setiap yang berlaku didunia ini mempunyai hikmah disebaliknya.. Jadi, sahabat2 sume cube chek balik dalam minggu nie ader tak sesuatu perkara berlaku kat antum semua then, rupenye bagi kebaikan kat antum sume. Flashback balik. Bak kata seorang cikgu ana tu, semua tue dapat menambahkan keyakinan kita dan keimanan kite. Betul3. Kata upin dan ipin.

Ana sendiri terkesan bile mendengar kata-kata guru ana tue. Hai, ana nie kadang2 mengeluh bile ditimpa kesusahan. Tak baik tu… Ibadah seribu tahun pun tak dapat diganti balik bile kita mengeluh dengan ujian Allah. Astaghfirullah.. So, ana harap ana dan antum semua sabar dalam menempuhi dugaan yang menimpa dalam meniti kehidupan sebagai seorang da’i. InsyaAllah.. Takbir!! Allahu Akbar!!

P/S: Asif kalau isi agak bercelaru sket. Ana nak mintak those blogger yang ana tag ni bagi respon kat artikel ni boleh? Kalau sesape yang tak ditag pun boleh komen gak.. arigato!!!

Blogger2 yang bertuah ialah:


Rumet ana.(yang tengah pbs ngan ana nie)
Ima yang selamanya namanya ima
Along dan kereta kancilnya
K.diana( update blog!!)
Pengerusi tarbiah(Nizam)
Pengerusi Surau( Firdaus@genius)
Didi my block-mates( ader ke term nieh?)
Mujahidcrystal from USM


(^_^)!

"Allah matlamatku"

22 February 2009

Mampukah diriku menjadi seorang mujahidah solehah... ~~<@

Hati tersentak tatkala terjumpa picture ni kat satu website islamic. Tersentuh hati nie bile membaca bait-bait kata yang terkandung dalam gambar kat atas nie. Hati ana tertanya-tanya adakah ana seorang wanita yang digambarkan oleh Rasulullah. Entah lah.. rasanya diri ini tidak mencapai walau seinci darjat untuk menjadi wanita yang solehah itu. Tapi hati dan diri ini tidak putus harapan untuk berusaha demi mengejar mardhotillah.. Sebenarnye diri ana sendiri memang sangat suke kalu terlihat gadis2 muslimah yang solehah di mana-mana. Sejuk hati memandang dengan ekor mata. Even ana yang merupakan seorang gadis ni pun tertarik dengan perwatakan gadis muslimah yang menenangkan, apatah lagi seorang yang bergelar lelaki. Namun, bergelar seorang gadis yang solehah bukanlah bertujuan untuk menggetarkan hati lelaki tetapi dirinya menjadi peringatan buat semua yang memandang mengenai kekuasaan Allah dan juga menginsafkan diri orang lain jugak.Hmm. mampukah diri ana untuk menjadi salah seorang gadis yang solehah itu sedangkan diri ini juga kadangkala masih alpa dan lupa terhadap Penciptanya. astaghfirullah...
Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah...
Mampukah kita semua bergelar solehah wahai sahabt-sahabtku?
Tepuk dada dan tanyalah iman kita bagaimana..
Masih ada waktu dan kesempatan untuk membuat perubahan demi mencapai redhonya Allah..
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum selagimana dia tidak mahu berubah...
Wallahua'lam...
p/s: Ana suke nama Nurul Asrar... Cahaya kerahsiaan... Wanita itu memang penuh rahsia.. =)

"Allah matlamatku"

21 February 2009

Lemahnya ana...

Ya Allah lemahnye ana nie. Minggu nie tak tahu lah kenape terlalu penat sampai rase nak pengsan sangat. Ana tak pernah rasa yang ana ni cepat penat dulu. Minggu nie ana kena pergi school experience. Memang agak penat la duk kat sekolah nie. Sebenarnye tak lah sangat. tapi mungkin kerana badan ana yang kurang rehat menyebakan keletihan yang melampau.Mane tidaknyer, bangun kul 5 pagi, bertolak ke sekolah kul 6 pagi, kat sekolah plak berjalan kesini kesana, ambil gambar sini dan sana.. Memang tak berhenti bergerak. Kepala plak duk fikir assignmnet yang masih kaku di meja studyku.. Balik dari sekolah terus pengsan tak sedar diri. Ya Allah, ana tak dapat berfikir bile badan ana lemah. Otak set data supaya buat assignment tapi badan ana tak nak bertindak balas. Kawan ana cakap, tika kamu punye sistem impuls ader problem ke? Sebenarnye ana pun geram kat diri sendiri nieh. Ana cepat penat sampai tak leh nak paksa diri untuk berfikir secara baik untuk laksanakan assignmnet tue. Bile dah penat, kadang2 jadi lemah seketika and rasa nak menangis setiap masa depan Allah.. Ya Allah berikan ana kekuatan.. Hati ana kadang2 rasa agak gersang sebab ana selalu tertidur dan rasakan bahawa masa ana dengan KEKASIH ana makin kurang. Astaghfirullah.. Hati ana takut kalau Dia marahkan ana dan tinggalkan ana walaupun ana tahu Dia takkan tinggalkan ana. Cuma mestilah kite nak jaga hati Kekasih kite kan? Macm kalau ngan buah hati tue, lambat bals msg je dah gelabah kan? Itulah yang ana rasa ngan Kekasih ana nie. Ana takut Dia merajuk walaupun ana tahu Dia takkan merajuk. Lagi satu ana ni cemburu sket kalau orang lain dapat selalu Datting ngan Dia tapi ana ni plak jarang sekali.. Huhu.. sedihnye.. Ya Allah maafkan diriku ini.. huhu... "Allah matlamatku"

20 February 2009

I'm Callin U by outlandish...

Assalamualaikum... Just want to share something wif you.. my favorite song by outlandish...

I'm callin' U
When all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love
I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin' to reach U
See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who
I amAs long as I breathe
Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only
I don't need nobody&
I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life
I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U
See the time of my life
My days and my nights
Oh, it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my
I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more
Oh, no, no[ Find more Lyrics at www.mp3lyrics.org/hV ]
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life
Our relationship, so complex
Found U while I was headedstraight for hell in quest
You have no one to compare to'
Cause when I lie to myselfnothings hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know
what this love is about
Yo te quiero, te extraño,
te olvidoAunque nunca me has faltado,
siempre estas conmigo
Por las veces que hefallado y las heridas tanprofundas
Mejor tarde que nunca parapedirte mil disculpas
Estoy gritando calladoyo te llamo,
te escucho,lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro esviolento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never letme down and always are bymy side
For all the times I've failedand hurt you deeply
Better later than never to give
you a 1000 apologies
I'm shouting silently,callin' you,
I'm listeningto you,
I'm tryin'You nourish me
When the air that I breathe isviolent and turbulent
I'm forgettin' you,
I'm callin'you, I'm feelin' you
Oh, no, noI don't need nobody&
I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One &Only
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

"Allah matlamatku"

19 February 2009

SELAMAT HARI LAHIR ABAH...

Abahku yang terchenta.. heheh..
Malam nie, tepat kul 12.00 malam abah ana dah berumur 50 tahun. Abah.. ape azam baru? Heheh.. ana tak tanyer lagi abah ana nie, sebab sekarang tengah sibuk berniaga pak cik Rosli nie. Abah ana nie nampak muda lagi walaupun dah berumur 50 tahun. Vateren tue.. tapi pengalam tu yang penting. Betui dak abah? Nak citer pasal abah ana nie, memang takkan habis. Tapi yang pasti ayahanda ana nie banyak membantu ana dalam menempuh kehidupan kat dunia nie. Selalu bagi support dikala susah dan senang. Tak pernah let his daughter jadi down. Ana ni manja sangat abah berbanding mama ana sejak kecil lagi. Tak tahu la nape kan. Ana and abah ana nie ade minat yang same, kami suka sangat kucing. Pernah je ana nie gatal tangan nak pegi tangkap kucing siam yang orang buang kat umah kami. Kucing tu cam mengada-ngada lah. Ana memang geram kalau kucing yang jenis sombong nie.(wah.. boleh jadi ahli psikologi kucing). Bile dah dapat tangkap kucing tue, ana peluk kuat2. agak jahat la jugak ana ni kan. Tibe2, kucing tu gigit tangan ana sampai berdarah2 tangan ana. Tapi sebab sangat sayangkan kucing dan menganggap bahawa binatang itu tidak bersalah, ana masih mampu tersenyum dan bertindak untuk mengjar kucing tue balik. Ayah ana memang dah al maklum dengan perangai ana gadisnye nie yang memang jenis berani pun panggil ana. Abah ana suruh ana basuh tangan, then die balutkan tangan ana. Ana ni masih lagi tak rasa kesakitan tue dan sempat lagi duk citer kat abah ana pasal kucing tue. Abah ana cakap memang budak nie dari kecik tak penah lari dari topik kucing. Lepas dah balut, ana pegi cari lagi kucing tue. (ape ke he la budak nie). Hmm... nampak macam ana nie tak matured kan? Biasa la tue, komer ana bongsu perempuan.=). Tapi ana tak la macam budak2 pun. Just kerana sifat tu masih ader. Biasela kan... Bile tibe hari lahir ana Januari lepas, ana cakap kat abah ana yang ana dah besar, tapi abah ana cakap perangai macm bdak2 lagi. Hehe.. tak pe la.. Ana gelak je la. Abah ana lebih tahu.. Hai.. itulah antara kenangan ana dengan abah ana yang disayangi nie. Kalau nak citer lagi memang banyak. Tapi tak pe lah. Biarku simpan dalam lipatan sejarah memoriku.. Akhir kata, Abah, selamat hari lahir yang ke-50. Ika doakan abah sentiasa dalam lindungan Allah selalu. InsyaAllah....
"Allah matlamatku"

14 February 2009

Update post...

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat ana yang datang menjenguk blog ana yang tak seberapa nie. Asif jiddan sebab tak dapat nak update blog nie and post nye sekali sebab kesibukkan ana dan jugak beberapa obstacles yang lain. Ana nia dah segan dah sebab asyik2 post "bernikahlah" ni jadi muka depan nyer. Malu jugak.. Ader jugak teman-teman yang tegur, enti nie asyik tajuk nikah je.. Bukan nye ape sebab ana rasa sekarang nie memang itulah yang teman-teman sebaya ana yang selalu duk citer. Nak ikut perkembangan issu semasa. Bak kata kawan ana 'gelombang 20an'.tak pe la, jodoh itu urusan Allah. Berbalik kepada kesibukan ana dan teman-teman seperjuangan B.Ed Tesl sekarang nie, kami semua sibuk dengan bebanan kerja yang agak banya yang perlu disubmit dalam 3 bulan pertama nie. Hai.. gundah gulana jugak jiwa nie sebab duk fikir final exam lagi, assignment lagi, dengan study yang tak habis lagi. Tapi ana ingat kata-kata nie, BERJUANG BUKAN SENANG. Betul tak? Nak dapatkan kejayaan tu bukan mudah, kena ader usaha dan doa yang berterusan kepada Allah s.w.t pemberi rahmat.Dalam minggu nie jugak, ana n teman-teman perlu menjalani PBS atau Pengalaman Berasaskan Sekolah. Ana and rumet ana sendiri, ditempatkan ke SMK Raja Chulan, Ipoh. Hai.. camne la nanti nak duk kat sekolah menengah nie. Jadi cikgu la katakan. Perasaan bercampur takut dan gembira tapi insyaAllah dapat ditempuh dengan baik. Sekarang nie, ekonomi dunia sedang dilanda masalah dan sedikit sebanyak Program yang ana amek sekrang nie terganggu jugak sebab course ana nie course yang akan dihantar ke oversea. dengar citer batch yang akan pegi dipendekkan kepada 2 batch je yang sepatutnya ader 5 batch. Begitu dasyat kesan kemerosotan ekonomi kepada student. Huhu.. Ana ni pun tak tentu lagi dapat ke tak menjejakkan kaki ke UK tu, mungkin ULU KINTA je kot. Hehehe.. Tapi, doa2kanlah agar ana dan teman2 dapat sama-sama menjejakkan kaki ke sana. Doa kalian amat dipohon. huhu.. Ok la.. yang penting final exam nie, wat baik2 . For my belove friends, all the best guys.. Semoga usaha kita dipandang Allah dan kita dapat buktikan Islam itu tetap unggul di mata dunia. takbir!! Allahu Akbar..

"Allah matlamatku"