expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 February 2009

Lemahnya ana...

Ya Allah lemahnye ana nie. Minggu nie tak tahu lah kenape terlalu penat sampai rase nak pengsan sangat. Ana tak pernah rasa yang ana ni cepat penat dulu. Minggu nie ana kena pergi school experience. Memang agak penat la duk kat sekolah nie. Sebenarnye tak lah sangat. tapi mungkin kerana badan ana yang kurang rehat menyebakan keletihan yang melampau.Mane tidaknyer, bangun kul 5 pagi, bertolak ke sekolah kul 6 pagi, kat sekolah plak berjalan kesini kesana, ambil gambar sini dan sana.. Memang tak berhenti bergerak. Kepala plak duk fikir assignmnet yang masih kaku di meja studyku.. Balik dari sekolah terus pengsan tak sedar diri. Ya Allah, ana tak dapat berfikir bile badan ana lemah. Otak set data supaya buat assignment tapi badan ana tak nak bertindak balas. Kawan ana cakap, tika kamu punye sistem impuls ader problem ke? Sebenarnye ana pun geram kat diri sendiri nieh. Ana cepat penat sampai tak leh nak paksa diri untuk berfikir secara baik untuk laksanakan assignmnet tue. Bile dah penat, kadang2 jadi lemah seketika and rasa nak menangis setiap masa depan Allah.. Ya Allah berikan ana kekuatan.. Hati ana kadang2 rasa agak gersang sebab ana selalu tertidur dan rasakan bahawa masa ana dengan KEKASIH ana makin kurang. Astaghfirullah.. Hati ana takut kalau Dia marahkan ana dan tinggalkan ana walaupun ana tahu Dia takkan tinggalkan ana. Cuma mestilah kite nak jaga hati Kekasih kite kan? Macm kalau ngan buah hati tue, lambat bals msg je dah gelabah kan? Itulah yang ana rasa ngan Kekasih ana nie. Ana takut Dia merajuk walaupun ana tahu Dia takkan merajuk. Lagi satu ana ni cemburu sket kalau orang lain dapat selalu Datting ngan Dia tapi ana ni plak jarang sekali.. Huhu.. sedihnye.. Ya Allah maafkan diriku ini.. huhu... "Allah matlamatku"

4 comments:

Bertemu kehidupan... said...

seorang pendakwah sememangnya tiada masa untuk berehat.Rasa letih itu hanya akan hilang sendiri bila kita tidak memikirkannya dan terus melakukan kerja lain.Kalau kita masih ada masa untuk merasa nikmat tidur,bersyukurlah kerana itu sudah sangat mencukupi sebagai pendakwah.

along Nazirah said...

Salam,.. Betul cakap Nije,.. kalo letih, tapi terus paksa diri buat keje lain, sebenarnye boleh je nak cope.. Psiko nih sebenarnya.. Kalo mental kuat untuk menahan mata dan meneruskan kerja, InsyaAllah.. boleh je.. Tapi, ana sendiri akui.. Cakap memang senang. Boleh la nak praktik sekali dua, nak istiqamah menguatkan mental tu..satu perjalanan yang panjang.. huhu.. Pepun, tu la pentingnye KECERGASAN FIZIKAL.. hehe.. Badan sihat otak cerdas.. Al-aqlu salim fil jismi salim.. Jom ler turun-turun joging, sesekali mengeluarkan peluh..(ni mempromosikan kesihatan versi cikgu PJ)..

Tapi, memang Along akui, kalo gi sekolah, memang la penat sikit.. Sebab dah rasa dah.. Tapi, sekali lagi, kalo mental kuat, boleh je atasi.. InsyaAllah.. So, Tika, Caiyok!! Caiyok!! Gambatte!! Ni la masa nak biasakan diri dengan keadaan kita bila dah betul-betul bergelar cikgu nanti.. =)

Nurul_Islam said...

Syukran a lots to both of you. it is true that we need to force ourself but sometimes kite nak buat semua dan kite nak semua orang berpuas hati dengan kite. tapi kadangkala kite kena ambil masa untuk pertimbangkan balik gerak kerja kite. Adakah betul2 sempurna apabila memaksa diri kita setelah melaksanakannya. Jika sempurna baguslah, namun jika tidak, muhasabah lah.. Apabila sesuatu perkara itu telah dipertanggunjawabkan kepada kita, maka perlulah dilaksanakan dengan baik. tapi ana dibelenggu rasa bersalah kerana merasakan apa yang ana lakukan tidak terlaksana dengan baik. Itulah kelemahan ana, bila fizikal ana tak bagus, ana tak dapat laksanakan kerja dengan baik biarpun dipaksa ana akan rasa tidak sempurna. Tapi semuanya adalah ujian dari Allah untuk mentarbiah diriku yang lemah ini... (^_^)

AiMaN said...

kita hanya mampu merancang,ALLAH s.w.t y menentukan...InsyALLAH,m0ga ALLAH s.w.t bagi ante kekuatan utk memperbaiki mane y lemah dalam id0p ante...
InsyALLAH...s'sungguhnya,ALLAH s.w.t suka hamba-Nya berharap kepada-Nya...

~wallahualam~