expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

19 February 2009

SELAMAT HARI LAHIR ABAH...

Abahku yang terchenta.. heheh..
Malam nie, tepat kul 12.00 malam abah ana dah berumur 50 tahun. Abah.. ape azam baru? Heheh.. ana tak tanyer lagi abah ana nie, sebab sekarang tengah sibuk berniaga pak cik Rosli nie. Abah ana nie nampak muda lagi walaupun dah berumur 50 tahun. Vateren tue.. tapi pengalam tu yang penting. Betui dak abah? Nak citer pasal abah ana nie, memang takkan habis. Tapi yang pasti ayahanda ana nie banyak membantu ana dalam menempuh kehidupan kat dunia nie. Selalu bagi support dikala susah dan senang. Tak pernah let his daughter jadi down. Ana ni manja sangat abah berbanding mama ana sejak kecil lagi. Tak tahu la nape kan. Ana and abah ana nie ade minat yang same, kami suka sangat kucing. Pernah je ana nie gatal tangan nak pegi tangkap kucing siam yang orang buang kat umah kami. Kucing tu cam mengada-ngada lah. Ana memang geram kalau kucing yang jenis sombong nie.(wah.. boleh jadi ahli psikologi kucing). Bile dah dapat tangkap kucing tue, ana peluk kuat2. agak jahat la jugak ana ni kan. Tibe2, kucing tu gigit tangan ana sampai berdarah2 tangan ana. Tapi sebab sangat sayangkan kucing dan menganggap bahawa binatang itu tidak bersalah, ana masih mampu tersenyum dan bertindak untuk mengjar kucing tue balik. Ayah ana memang dah al maklum dengan perangai ana gadisnye nie yang memang jenis berani pun panggil ana. Abah ana suruh ana basuh tangan, then die balutkan tangan ana. Ana ni masih lagi tak rasa kesakitan tue dan sempat lagi duk citer kat abah ana pasal kucing tue. Abah ana cakap memang budak nie dari kecik tak penah lari dari topik kucing. Lepas dah balut, ana pegi cari lagi kucing tue. (ape ke he la budak nie). Hmm... nampak macam ana nie tak matured kan? Biasa la tue, komer ana bongsu perempuan.=). Tapi ana tak la macam budak2 pun. Just kerana sifat tu masih ader. Biasela kan... Bile tibe hari lahir ana Januari lepas, ana cakap kat abah ana yang ana dah besar, tapi abah ana cakap perangai macm bdak2 lagi. Hehe.. tak pe la.. Ana gelak je la. Abah ana lebih tahu.. Hai.. itulah antara kenangan ana dengan abah ana yang disayangi nie. Kalau nak citer lagi memang banyak. Tapi tak pe lah. Biarku simpan dalam lipatan sejarah memoriku.. Akhir kata, Abah, selamat hari lahir yang ke-50. Ika doakan abah sentiasa dalam lindungan Allah selalu. InsyaAllah....
"Allah matlamatku"

3 comments:

AiMaN said...

InsyALLAH...
m0ga idup ayahanda ante terus di rahmati...
Amin...

Anonymous said...

slamat hari lahir juga ana ucapkan..
moga rahmat Allah semtiasa bersama abi..

Anonymous said...

Salamun alaih ana ucapkan buat ayahanda enti..moga kuat iman dan perkemas amalan.

Indah syurganya dengan kehadiran anakandanya...Alhamdulillah..