expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 February 2009

Ujian Dan Hikmah dalam kehidupan yang terasing..

Assalamualakum buat sahabat-sahabat seperjuangan yang ana kasihi.. Asif keran sejak akhir-akhir nie terlalu banyak artikel yang ana post adalah lebih bersifat peribadi dan luahan rasa. Sebenarnye ana pun tak berapa suka untuk berkongsi luahan perasaan kat blog nie. Tetapi mungkin kerana tekanan daripada kesibukkan dan keletihan yang membuatkan diri bakal mujadid islam nie agak slow motion sket sejak akhir2 nie. Tapi berundur satu langkah kemudian pecut seribu langkah. InsyaAllah. Dihadapan semua pejuang islam sekrang ini adalah pelbagai mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi dengna sabar dan yakin. Semua cabaran ini adalah duri-duri dalam perjuangan yang perlu ditempuh oleh setiap yang bergelar ghuraba’ itu.
Siape ghuraba’?

Baru-baru nie ana ada dengar pengisian berkaitan dengan ghuraba’ nie. Ustaz tu bagitahu melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w,(ana pun tak berapa ingat matan nye) golongan ghuraba’ nie adalah merupakan golongan yang sedikit dan yang terpilih oleh Allah s.w.t untuk memperjuangkan agama islam dikala ramai orang yang ingin mengurangi islam itu.Maksudnya golongan yang sedikit dan mungkin dikalangan orang biasa-biasa sahaja tetapi luar biasa disisi Allah yang mempunyai pemikiran atau dalm bahasa arab dipanggil fikrah untuk memperjuangkan islam disaat islam itu dalam keadaan yang kucar-kacir. Kenapa kucar-kacir? Kerana mungkin disebabkan pimpinan yang tidak mengamalkan islam secara menyeluruh dan secara umumnya kerana sikap manusia yang mudah alpa dengan nikmat Allah dan tidak menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Itu je la yang dapat ana simpulkan kat sini berdasarkan pemikiran yang masih muda belia dan sangat terbats ini sebab banyak hadis yang menceritakan siapa golongan ghuraba’ nie sebenarnye. Adakah kita tergolongan dalam golongan tersebut? Tepuk dada tanya iman naaaa….( campur bahasa perancis rumet sket).
Hidup sebagai seorang pendakwah ini bukannya mudah. Macam dalam lirik lagu kumpulan Hijjaz tu, “berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis..”(Teringat plak kenangan ngan kawan-kawan sewaktu menansyidkan lagu nie..) Memang betul pun sebab selangkah kita di dalam perjuangan maka selama-lamanya dalam perjuangan dan pengorbanan demi agama islam. Kalau tak percaya, cuba tengok sirah Nabi Muhammad bersama sahabat2nya, ada tak mereka semua berseronok dalam perjuangkan islam? Adakah mereka dipenuhi dengan kemewahan yang berlipat ganda walaupun mereka semua tu adalah khalifah sebuah kerajaan islam yang gah? Jawapannye? Bacalah sirah nabi.. Heheh… Lepas tu boleh comment kat blog ana ni ape jawapan antum semua yang majoritinye blogger2 islam. Dimana peranan antum semua…=)..

Related to the sirah, kite dapat ambil pengajaran bahawa sesiapa yang benar2 berjuang di jalan Allah pasti akan melalui jalan2 yang dilalui oleh baginda Muhammad s.a.w dan para sahabat yang terdahulu.. Kalau rasa senang je hidup tu, kena chek la diri masing2. Ustaz ana cakap kalau tenang je dalam masa 40 hari , kite kena muhasabah diri, Mungkin ada benda yang tak kena dalam diri kite sebab dalam hidup ini Allah sentiasa akan memberi ujian kepada kita dan kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa memikirkan setiap hikmah yang ada disebalik apa2 perkara yang berlaku kat diri kita nie walaupun sekecil2 peristiwa pun. Contoh la kan, tibe2 pen kite jatuh… Kalau difikirkan tak de ape pun lah kalau pen jatuh. Tapi rupe2 nye pen tu tadi rosak sebab dakwat tersekat. Jadi bile dah tersentak kat lantai, pen tue pun boleh berfungsi balik… ( ok tak analogi nie? Huhu) Setiap yang berlaku didunia ini mempunyai hikmah disebaliknya.. Jadi, sahabat2 sume cube chek balik dalam minggu nie ader tak sesuatu perkara berlaku kat antum semua then, rupenye bagi kebaikan kat antum sume. Flashback balik. Bak kata seorang cikgu ana tu, semua tue dapat menambahkan keyakinan kita dan keimanan kite. Betul3. Kata upin dan ipin.

Ana sendiri terkesan bile mendengar kata-kata guru ana tue. Hai, ana nie kadang2 mengeluh bile ditimpa kesusahan. Tak baik tu… Ibadah seribu tahun pun tak dapat diganti balik bile kita mengeluh dengan ujian Allah. Astaghfirullah.. So, ana harap ana dan antum semua sabar dalam menempuhi dugaan yang menimpa dalam meniti kehidupan sebagai seorang da’i. InsyaAllah.. Takbir!! Allahu Akbar!!

P/S: Asif kalau isi agak bercelaru sket. Ana nak mintak those blogger yang ana tag ni bagi respon kat artikel ni boleh? Kalau sesape yang tak ditag pun boleh komen gak.. arigato!!!

Blogger2 yang bertuah ialah:


Rumet ana.(yang tengah pbs ngan ana nie)
Ima yang selamanya namanya ima
Along dan kereta kancilnya
K.diana( update blog!!)
Pengerusi tarbiah(Nizam)
Pengerusi Surau( Firdaus@genius)
Didi my block-mates( ader ke term nieh?)
Mujahidcrystal from USM


(^_^)!

"Allah matlamatku"

6 comments:

chep said...

salam ziarah dr chep~
atikah rosli??hmmm..
name tu sgt familiar di ingatan,
tp.....
jap, dulu skolah mane?
smkap ke?
sory sgt2..

islam itu dtg dlm keadaan yg ghuraba' dan akan kembali dlm keadaan ghuraba'...

insyaAllah, Islam akan tertegak kembali di bumi ini...
janji Allah pasti berlaku~

mujahid_crystal89 said...
This comment has been removed by the author.
mujahid_crystal89 said...

Ana mujahid_crystal89.
Hadir untuk memberikan pendapat ana..

Hmm..bagi ana yang daif ni, ghuraba' lahir dari pemikiran yang tercetus hasil dari ketidakaturan yang berlaku dalam masyarakat, terutamanya dari aspek AGAMA.

Walaupun maksud ghuraba' (asing,pelik) tu macam tak sesuai je untuk orang yang memperjuangkan ISLAM, tapi better kita jadi orang yang asing, tetapi tetap kuat mengangkat martabat SYARIAH.

Tak seperti kebanyakan orang, malu untuk mengikut yang baik, mengamalkan yang haq tapi sanggup mengekori yang keji.

Dalam kimia pun, atom kecil yang pelik susunannya pn menjadi penguat ikatan keseluruhan dalam struktur sebatian atom tersebut.

Oleh itu, kecil tak bermakna lemah, besar tak bermakna gagah. Hanya yang berpegang pada yang benar, itulah yang diangkat ALLAH ke darjat yang mulia...

p/s: Harap faham la ape yg ana tulis...

Nurul_Islam said...

To--> Mujahidcrystal89
i't a good thing when we apply what we learned. Just like mujahidcrystal89 nieh.. walaupun ana tak faham ape itu molekul ganjil yang disebutkan. Relate wif my article, something yang di create oleh Allah tu bukan untuk sia2 tapi berhikmah...molekul yang dinyatakan tu sebagai bukti bahawa walaupun kecil tapi kuat.. very wonderfull.. Melihat, mentafsir, dan berfikir tentang kejadian Allah..=)

charkoeyteow girl said...

Salam tka...
thanx coz sudi jemput kmi bg comments kt hmpa...
Act kami ni x la terer sgt bab2 mengomen nih...
coz diri nih still hijau dlm ilmu2 agama...
kalo de yg terclap tulis tlg btolkan ye... ;)

according 2 da article yg hampa tulih...

"Hidup sebagai seorang pendakwah ini bukannya mudah"

kmi stuju sgt...sbg seorang dai'e, kita x dhamparkan kapet merah tuk bedakwah (pnjam ayt k.die :D) malah kita akan menempuhi lebih banyak onak n duri...coz perjuangan yg sebenar pasti ada meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan yg sgt besar...mgkn jgak kdg2 kita akan rasa letih sgt n hampir bputus asa...tp ingtlah bahawasanya Allah menjanjikan ganjaran bg keletihan n kesabaran kita untuk teruskan gerak kerja dakwah...

"Wahai org2 yg beriman!Jika kamu menolong agama Allah...nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (47:7)

mengenai ghuraba' plak...

setau kami, gharib bermaksud janggal@pelik@asing...so, ghuraba' mungkin bermaksud org2 yg janggal@pelik@asing...(kalo slh tlg btulkn ye...asif)

Terdapat banyak riwayat yang memberikan maksud ghuraba' ini... Antaranya:

1. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud. Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah, Ibnu Mas’ud, dan Anas. Imam Baihaqy dari Katsir bin Abdullah bin Auf, dari Ayahnya dari datuknya. Imam Thabrani dari Salman, Sahl bin Saad as Saidi, dan Ibnu Abbas ridhwanullah ‘alaihim ajma’in)...Rasulullah S.A.W memerintahkan;

“Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang yang asing.” (HR. Bukhari)

2. Dalam riwayat Imam Thabrani dari Sahl r.a, Rasulullah S.A.W ditanya, “Siapakah Ghuraba itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu orang-orang yang melakukan perbaikan ketika orang-orang lain rosak.”

3. Dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani, maksud ghuraba adalah “Manusia soleh yang sedikit di antara manusia yang banyak. Orang yang menentang mereka lebih banyak di banding yang mentaati mereka.”

mungkin akn timbul kekeliruan ant ghuraba'(gharib) n 'uzlah...even maknanya mungkin hampir sama tp hakikatnya jauh bebeza...Ghuraba' nih adalah orang yang terasing kerana masyarakatnya yang menganggapnya asing, walau ia hidup di tengah masyarakat dan merupakan sebahagian dari mereka, dan ia tidak menjauhkan diri pn dari masyarakat...Manakala 'uzlah ni plak adalah org yg memisahkan diri mereka daripada masyarakat, mereka sendiri yang lari dari masyarakat, bukan masyarakat yang menjauhkan diri dari mereka...

Kesimpulannya, 'upgrade' kan lah diri kita agar tegolong dlm golongan ghuraba' ini...yakni golongan yg memegang teguh akhlak n adab Islam d tgh2 msyarakat yg teikut2 akhlak n adab Barat yg sekular n liberal...Golongan yg memegang teguh prinsip2 agama d tengah2 msyrakat yg melupakan agama...Golongan yg memegang teguh sunnah Rasulullah d tgh2 msyarakat yg memperolok2kan sunnah Baginda n seumpamanya...

Sekian saja leteran dr kami...
Hehe...
Slh clap hrp dimaafkan ye...
Wassalam... (^_*)

Nurul_Islam said...

To charkoeytiawgirl...
Wah.. begitu panjang komenmu ya ukhti..
Seronok bace.. Anyway.. mekasih didi...