expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

14 January 2010

Kenali Mad'u anda....


“Enta tidak mahu berjumpa dengan Ainul Mardhiah ke? Di syurga nanti, bagi sesiapa yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan dapat berjumpa dengan Ainul Mardhiah” Kata Alif yang memakai serban di kepala kepada beberapa orang pemuda yang melepak di tepi jalan. Terkebil-kebil mata mereka mendengar kata-kata Alif tersebut. “Ainul Mardhiah tu sapo?” Kata Ali sambil mengerut dahi. “Ainul Mardhiah tu artis ke? Single lagi? Hahahah” Pekik Zakwan sambil gelak tawa memecah suasana. Sebenarnya pemuda-pemuda tersebut adalah antara kutu rayau yang ada di kampung tersebut. Setiap hari, kerja mereka hanya melepak, mengacau perempuan yang lalu lalang dan selalu lah jugak membuat persembahan secara tak bertauliah di tepi jalan bersama gitar cabuk.Jadi seorang pemuda yang baru balik dari Mesir iaitu Alif cuba memberi nasihat kepada pemuda-pemuda itu. Tapi, dia plak yang ditertawakan. Kenape ye? Apa yang diberitahu salah ke? Atau adakah ianya sesuatu yang lawak? Atau…. Dakwah yang disampaikan tidak berkesan? Tidak berkesan? Sebab? Hm?


Okey lah, situasi diatas di’create’ oleh ana sendiri yang mungkin berlaku di sekekeliling kita. Atau mungkin berlaku pada diri kita sendiri. Ana tak arif sangat untuk membincangkan bagaimana cara untuk kita berdakwah kepada mad’u-mad’u yang sememangnya tak pernah ambil tahu tentang agama islam itu sendiri. Kalau mereka ambil tahu,mestilah mereka akan faham apa yang islam tegah dan apa yang islam anjurkan. Kan? Berbalik kepada peristiwa diatas. Apakah kekurangan dakwah yang disampaikan oleh saudara Alif dalam penyampaian beliau? Maklumat tak sampai dan apa yang diberitahu oleh Alif tu, langsung tak difahami oleh kaki-kaki lepak tu. Disini la peranan da’I atau naqib/naqibah untuk mempelajari ilmu psikologi atau mungkin jugak pedagogi untuk berdakwah kepada mereka yang tidak faam tentang islam. Mereka ini adalah individu yang hanya islam pada surface sahaja. Tidak menyeluruh kerana tak memahami dan menghayati konsep السلام نيظام الحياة iaitu islam itu sebagai cara hidup kita. Jadi, cakap la tentang Ainul Mardhiah ke, tentang perjuangan kea tau tentang sirah nabi ke, mereka tidak akan faham dan menjadi tanggungjawab kita untuk memahamkan golongan seperti ini. Caranya bagaimana?


Ana bawakan suatu keadaan untuk kita fikir-fikirkan bersama. Sewaktu kita mula-mula masuk sekolah dahulu, adakah kita terus pandai mengeja, membaca dan mengira? Kita hanya tahu sekolah adalah tempat untuk belajar dan kena pegi sekolah. Lepas pegi sekolah, balik sekolah. Dapat buku-buku yang cantik, dapat kawan yang ramai dan boleh main. Itu adalah the first impression kita tentang sekolah. Kemudian, guru kita akan mula mengajar kita dengan mengenalkan kita dengan huruf-huruf, nombor-nombor. Bile cikgu sebut, kita ikut. Kadang-kadang tu berkali-kali kita kena sebut dan ikut kata guru kita. Tengok pula bagaimana guru yang mengajar kita tu. Macam-macam bahan dan alat bantuan mengajar yang mereka buat dan sediakan untuk kita. Kadang-kadang tu kalau kita tengok cikgu-cikgu prasekolah kena beli kad a,b,c lah nombor lah. Nampak macam kebudak-budakkan tapi itulah yang diperlukan untuk memastikan anak murid dapat memahami dengan mudah mengikut level masing-masing.


Jadi… apa pulak kaitan dengan dakwah? Cubalah aplikasikan apa yang ana ceritakan diatas dengan method dakwah kita. Kita sebagai seseorang yang ingin menyampaikan islam kepada orang lain harus mengenali dan mengkaji terlebih dahulu siapa golongan mad’u kita. Adakah mereka kaki rempit? Bohsia? Kaki lepak? Budak ponteng sekolah, dan sebagainya. Penting bagi kita untuk membuat research terlebih dahulu mengenai kegiatan mereka. Ini adalh sebagai pemudah cara buat kita untuk masuk dan menyesuaikan diri dengan mereka dan senang cerita untuk menjalinkan ukhwah diantara mereka. Jangan kita merasakan mereka ini adalh golongan yang hina atau kita tak layak u

ntuk dekati mereka. Dakkwah lah secara berhikmah dan bijaksana. Bukan semua orang dapat menjadi seorang yang fleksible dan dirinya mudah diterima dalam masyarakat. Jangan jadi seorang individu yang hanya berada didalam kelompok kita-kita sahaja. Dekati sahabat-sahabat yang semakin hanyut dan menjauhi islam. Kadang-kadang kita sibuk menyalahkan orang lain yang menyatakan bahawa golongan yang kaki masjid, join usrah, naqib dan naqibah adalah golongan yang conservative , tak bercampur dengan orang dan pasif. Sebab ape? Tanye diri sendiri bagaimana pergaulan kita dengan mereka yang sepatutnya kita rapati da dekati. Jangan kita menunding jari kepada orang lain jika mereka menuduh kita dengan pelbagai tohmahan tetapi jadikan ianya sebagai suatu teguran yang membina yang dapat membuatkan kita muhasabah diri dan berusaha untuk membaiki kekurangan yang ada.



Sememangnya menjadi seorang da’I yang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya adalah suatu tugas yang berisiko. Kerana apa? Sebab sama ada kita terikut mad’u kita atau mad’u yang ikut apa yang kita nasihat pada mereka. (Itu adalah pandangan peribadi ana dan sekiranya ada teguran tentang hal ini, amatlah dialu-alukan.)Kalau kita sendiri tak kuat nak hadapi cabaran daripada mad’u yang pelbagai latar belakang, kita mungkin boleh terbabas. Jadi peranan sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam satu barisan untuk saling bantu membantu. Dakwah ini tidak boleh dijalankan secara bersendirian. Kita perlukan sahabat-sahabat disisi untuk membantu . Iman kita ni, yazid wa yankuz. Berkurang dan bertambah dan memerlukan teguran dan peringatan setiap masa supaya kita dapat memperbaiki diri kita setiap masa. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menegur sahabat yang lain kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sahabat yang menggalakkan kita berbuat kemaksiatan itu adalah sahabat yang dibawah pengaruh syaitan. Jadi berhati-hati lah dalam memilih sahabat ye…


Okeylah, berbalik kepada method penyampaian dakwah yang berkesan ini perlulah dipelajari oleh para da’I sekalian. Nabi Muhammad pun berdakwah secara berhikmah dan bijaksana. Ana sebenarnya tidak lah terlalu arif tentang perkara ini tetapi sekadar perkongsian daripada apa yang ana perhatikan disekeliling ana. Kenapa dakwah tidak berkesan? Banyak berpunca daripada cara penyampaian yang tidak berkesan. Mungkin pendekatan yang lebih baik seperti berusaha untuk menjalinkan ukhwah terlebih dahulu sebelum memberi kefahaman kepada mereka tentang islam sedikit demi sedikit adalh suatu method yang berkesan. Biar lambat asalkan berkesan dan dapt diterima. Dakwah Nabi Muhammad pun berlangsung dalam tempoh yang lama sebelum syiar islam itu tumbuh bagai cendawan di seluruh dunia. Mungkin juga ada dakwah yang disampaikan dengan level atau tahap yang tinggi kepada mad’u berkesan kerana kaedah penyampaian yang berkesan. Bergantung kepada cara penyampaian kita kepada golongan yang masih mencari-cari erti islam itu sendiri.


Hm2… dah banyak ana berceloteh disini dan bimbang juga kalau tulis panjang-panjang nanti ke laut plak. Huhuhu.. Kesimpulannya disini, kita sebagai golongan yang memahami tanggungjawab seorang khalifah itu iaitu berdakwah dan menjalankan tanggungjawab amar ma;ruf nahi munkar ini perlu meneliti dan mengkaji bagaimana method dakwah yang berkesan bagi para mad’u kita demi untuk menjaga kesejahteraan islam itu. Kita menyampaikan kerana Allah taala dan sebab atas dasar kasih sayang kita sesama mukmin. Islam itu agama persaudaraan. Akhirnya, ana barharap kita semua dapat menjadi para da’I dan pejuang Allah yang tebaik. Jalankan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan sabar. InsyaAllah… wallahua’alam..


P/s : Sebarang komen2 untuk dikongsi, amtlah dialu2kan.. Syukran.. (^_^)

1 comment:

Jamal Rafaie said...

Salam ziarah..

Entri yang menarik dan bermakna.. Teruskan perjuangan..