expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

10 November 2010

It's begin....T_T

NIS~~~


Assalamualaikum...

Kesibukkan sudah bermula..


14hb November 2010 - Cuti Semester Bermula

28 ~ 2hb November 2010 - Minggu Aluan Siswa

4~ 5hb November 2010 - Kursus Kepimpinan Pelajar

6hb November 2010 - Pendaftaran lembaran baru (TAHUN 2 SEMESTER 3)



Sekejap je masa berlalu.. Tak sangka nak masuk tahun 2 dah.. tinggal berbaki 3 semester sahaja lagi.. Moga Allah permudahkan segalanya... Semester depan ana ada mohon untuk ikut program Dakwah Ke Sabah.. kalau dapat, ini kali ke dua ana ke sana.. Tapi kali ini dengan niat untuk mengenali cabaran dakwah di sana.. Untuk program MPP sem depan masih tercari-cari lagi... Pengerusi Eksekutif MPP dah mintak kertas kerja tu... Encik Syed Husni aka SU pun dah mintak-mintak nama ajk exco.. huhuu... tengah minggu exam ni banyak plak kena fikir.. Sape tahu nak wat program ape untuk akademik dan ilmiah.. dalam kepala nampak HARI KESEDARAN UMMAH.. Sape nak jadi ajk exco Akademik dan ilmiah anagkat tangan??!! hehehe..


p/s : hari ni paper PESUM (pengenalan Sistem Undang-undang di Malaysia)

09 November 2010

exam weeks!!!


Salam...
Ana tengah keboringan seorang diri membaca nota dan membuat nota subjek PUIM. Huhu.. pening..pening.. pening ke? takde la pening mane pun.. Tapi diri sendiri yang tak boleh fokus waktu study ni.. Walaupun subjek ni favourite subjek tapi still tak boleh nak duduk diam baca itu notes.. wuwuwu.. please dont try this at home..

Hm2.. blog ana ni di privatekan sebelum ni, tapi ade someone tu dah hack blog ana ni dan dengan tidak sengaja dah menukar pasword ana ni. Dan bila nak tukar balik dah kena block pasword lama tu.. ha... tak tahu... nak bergurau tetapi dah jadi tragedi.. hehe.. tapi tak pe lah.. orangnya udah minta maaf sudah.. Lain kali jangan diulangi ya.. Although you know my pasword, tapi amanah kena jaga ye.. tapi ana tak marah pun lah.. just feel such a childish je wat gitu.. hehe.. nak sangat baca blogku yang di private membuatkan dirinya try jugak nak investigate ape benda la yang di privatekan tu.. anyway, ana dah tukar ye pasword tu.. so, you can't ever hack my blog again melainkan anda adalah seorang hacker yang terhebat.. Dish2!!..

This weeks is gonna be hectic weeks dan ana dah homesick nak balik umah although umah dekat je pun.. wuwuwu.. Exam!!! cepat lah habis walaupun tinggal 3 paper je lagi.. Penantian itu suatu penyiksaan!! Nak balik jumpa anak sedaraku.. Nurul Ain Najihah.. wuwuwu.. Dah la cuti 3 minggu telah di cut off jadi seminggu je sebab kena handle Minggu Alwan Siswa (MAS) untuk Disember Intake.. pastu ade kursus kepimpinan lagi.. Tapi amanah kena lah handle kan.. Lillahi taala...

Wan dan Ayah dah selamat sampai ke bumi penuh barakah Makkah Al Mukaramah dan cucunya yang sorang ni ndak dapat hantar mereka minggu lepas sebab busy dengan exam.. Wuwuwu.. Cepatlah habis belajar, dah tak sabar dah nak sambung degree plak ni dan insyaAllah menuju ke dunia baru. Huhu.. InsyaAllah.. Sekarang dah nak masuk semester tahun 2 dah.. Alhamdulillah.. sangat pantas masa berlalu tetapi hati tetap rasa macam lama lagi.. huhu.. umur 22 tapi masih di peringkat diploma lagi.. Sahabat-sahabat sudah ramai yang mahu menghabiskan degree.. sedih jugak kan.. huhuh.. tapi la baksa.. perjuangan harus diteruskan.. lambat sket je pun.. Ade akak bilik ni dah umur 26 pun still belajar sama dengan ana jugak.. so? not such big deal rite? la tahzan.. Cumenye terasa la sket bezanya sebab umur tu dah nak masuk 22 dan bergaul plak dengan adik2 yang baru nak mengenali alam kedewasaan(macam la ana ni dah dewasa sangat). Macam-macam feel yang dapat dilihat oleh mataku ini.. hai.. Belajar elok2 adik-adik. Jangan main2 sampai ade yang lost identity tuu.. Kadang2 tu pening jugak nak deal dengan masalah-masalah macam ni. Ade yang buat hal dengan overnite kat luar la, couple tu memang masalah utama lah.. huhu..

Ok la.. dah panjang dah tulis ni.. memang nak lepaskan banyak lagi tekanan sebenarnya.. rasa-rasanya kena buat private blog untuk tulis rahsia hati ini yang terpendam.. contohnya tentang... "mama nak kahwin..........!!!".. heheh.. takde la.. gurau2.. abaikan la ye ape yang ana mengarut tu.. Semester depan bakal menjadi satu titik permulaan bagi perjuangan ana di bumi KIPSAS ini.. insyaAllah.. doakan ana ye.. Kami adalh gelombang pembaharu semangat jihad disini.. tak sabar-sabar rasanya nak bangkit bersama pejuang islam disini.. TAKBIR!!.. Kepada yang berkenaan, bersiap sedia lah.. Dan semester depan juga bermulanya tanggungjawab sebagai perwakilan pelajar dengan lebih serius.. bermula semester depan juga, keseriusan terhadap stage seterusnya akan dititik beratkan.. Baitul Muslim harus direncanakan dengan kemas dan teratur.. Pelajaran perlu usaha dengan lebih baik.. HM!!!! bersemangatlah!!


Waaa.. dari tadi nak berhenti tapi xberhenti2 lagi nak menulis.. Nasi untuk tengahari sudah ada di atas meja.. kelaparan sudah melanda.. mahu dilunaskan dahulu perkara yang harus ini supaya kejap lagi exam punya tenaga untuk memerah keringat dan mengeluarkan ilham yang terbaik dengan izin Allah.. Robbi Yassir Wala Tu'assir Ya Allah.. ok2.. mahu berhenti dahulu ye.. jaga diri anda semua.. Assalmualaikum...

06 November 2010

C.I.N.T.A I.T.U M.A.B.U.K



Cinta..

Hub…

Love…

Sarange…


Semuanya memabukkan apabila nafsu yang menjadi sandaran…

Kamu tahu, dulu aku tidak kenal apa itu cinta antara manusia…

Aku Cuma tahu cinta ibu ayahku, cinta ilmu-ilmuku, cinta Penciptaku…

Lalu hadir suatu perasaan yang aku tidak minta…

Mengapa ia hadir? Sedangkan aku tidak mahu…

Cinta itu datang dengan hebat sekali…


Kau buatku menangis Ya Allah kerana cinta itu…

Ia perasaan yang sangat hebat sehingga aku kadangkala tenggelam dalam kenikmatannya…

Tapi kenapa cinta itu hadir disaat aku mula ketemu jalan perjuanganku…

Menjadi penghalang buatku untuk benar-benar mendekatiMu…

Bukan aku tak akui perasaan itu, tetapi aku lemah untuk menghadapinya…

Sesuatu yang tidak halal buatku sering terbayang diwajahku…

Membuatkan aku leka Ya Allah…

Mengapa Kau hadirkan ia…

Pernah aku meminta agar Kau lontarkan sejauh yang mungkin perasaanku itu…

Namun kenapa masih Kau biarkan ia bertahta di hatiku ini…

Aku tidak betah untuk melawan perasaan yang kuat itu…

Perasaan itu membuatkan aku menangis setiap kali terkenangkannya…


Kenapa Kau tak simpankannya dahulu sebelum masanya…

Aku perlu belajar untuk diriku dan kegembiraan ibu bapaku…

Aku masih tidak mampu untuk memberikan cinta seorang isteri kepadanya…

Bila aku mahu merealisasikannya, aku terhalang Ya Allah…

Perasaanku sakit ya Allah.. Aku sakit...

Aku lemah ya Allah…

Hanya air mata sebagai bukti kesakitanku…


Sahabatku…

Kamu mengertikah apa itu cinta??

Ia memabukkan…

Lebih-lebih lagi andai ia hadir untuk sesuatu yang masih belum halal buatmu…

Syaitan akan menggoda nafsumu…

Andai kau tidak sedari hal ini, maka kamu akan terus mabuk dan bersedialah menerima azabNya…


Ya Allah…

Aku cinta jalan perjuanganMu…

Aku cinta untuk berada dibawah lembayung redhaMu…

Aku tersiksa dengan cinta buat seseorang yang tidak halal buatku…

Biarpun aku tahu ia hadiah buatku dariMu…

Namun jangan Kau biarkan aku mabuk kerananya…

Dan permudahkanlah agar cinta itu menjadi halal buatku..

Agar aku tidak berdosa dengan godaan syaitan kepadaku..

Agar aku mampu tenang apabila mengahadapMu…

Aku tidak mahu tersiksa lagi…

Aku mahu bahagiakan kedua ibu bapaku…

Bantu aku ya Allah…

Segalanya dariMu...

Ya Allah cintailah aku…

03 November 2010

Cute Little baby gurlz... =)


Salam.. hehe.. sape ni ye? Yang pasti bukan anak ana ye.. kahwin pun belum.. insyaAllah bakal menyusul.. she is my first niece.. sangat cute dan putih melepak.. baru je dilahirkan semalam oleh my dear elder sister kak ila dengan berat 3.1 kg.... Congrate buat kak ila dan abang bain.. semoga kehadiran cahaya hati ini dapat memberikan barakah mawadah dan sakinah dalam rumah tangga.. Cik ika masih tak dapat pegang awak lagi la.. huhuhu.. tadi pun snap pic awak dari luar cermin tingkap je.. hari jumaat ni kite jumpe ye.. insyaAllah... moga jadi anak yang solehah... Eh, awak still tak dapat nama lagi kan.. takpe.. nanti awak dapat la nama awak tu ye.. hehe.. semoga Allah memberkatimu...


p/s : tengok baby buat hati rasa insaf.. dan bila dengar citer Mak Su as jururawat yang tengok my sis bersalin buat hati jadi sayu because my sis duk panggil2 mama bila sedang sakit nak bersalin.. huhuh... hargai ibu kita...T_T

01 November 2010

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL

Salam.. just nak share cerita ni... jom baca.. Dan buat keputusan..



Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”


Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.


Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.


Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.


Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?


Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.


Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.


“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.


Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.


Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.


Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.


Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.


Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.




suara hati ini


Ya Allah… aku tidak tahu apa yang telah Kau tetapkan buatku… Kau uji diriku dengan pelbagai cobaan yang membuatkan aku menangis sendirian… Kau uji hatiku dengan cinta lelaki-lelaki yang ingin mendekatiku… Kau uji aku dengan kejayaan dan kegagalan… Engkau uji aku dengan pelbagai pergolakkan perasaan… Entah sudah berapa ratus kali mataku ini mengalirkan air mata kerana kasih sayangMu… Disaat aku inginkan bahagia dan ketenangan dalam redhaMu, Kau berikan halangan dan kesusahan untuk mencapainya… Tetapi aku tahu Engkau ingin memberikan diriku sesuatu yang akan aku hargainya sepanjang hidupku… Kau mahu berikan sesuatu yang amat mahal disisiMu… Aku menangis lagi disaat Kau uji diriku dengan cubaan dan godaan dari syaitan… Kadangkala aku lemah dan tersungkur… Namun Engkau masih berikan aku peluang untuk mencapai kasih sayangMu… Aku menangis dan sujud memohon belas dan kasih sayangMu… Aku menyerahkan hidupku padaMu… memohon segala kekuatan dariMu Ya Rabbi… Aku bertanya kepadaMu… Ya Allah, aku tidak tahu kenapa Engkau uji aku begini sedangkan doaku setiap hari adalah agar aku menjadi insan yang solehah dan dekat padaMu… Apabila aku membuka kitab cintaMu, ternyata Kau menjawab doaku dan mendengar rintihan hatiku… Kau katakana kepadaku bahawa jangan mengaku diri beriman andai diriMu masih belum mengujiku… Allah… Indah benar teguranMu buatku… namun aku cepat lupa Ya Allah… Ya Habibi… aku berkira-kira tentang ajalku… Aku rasa ku mungkin dijemput untuk menghadapMu tidak lama lagi… Aku mahu kerana aku takut dan bimbang aku dijemput oleh malaikatMu dalam keadaan aku leka dari mengingatiMu… setiap detik aku berkira-kira bila ajalku tiba… namun adakalanya aku lupa bahawa mati itu bila-bila… Aku takut ya Allah… Aku tidak mahu menjadi orang yang rugi sedangkan Engkau dan RasulMu telah memberikan peringatan buatku… Aku tidak mahu aku muflis dihadapanMu Ya Rabbi… Kadangkala aku tidak mampu melawan kehendak dan godaan dunia… Disaat aku telah melakukan dosa, aku menangis kerana ruginya aku kerana telah menambah satu dosa buatku… Ya Allah, hazafkan lah dosaku… Kadangkala aku mahu bersendirian kerana takutnya aku pada dunia ini yang penuh dugaan… Kadangkala aku mencabar nafsu dan syaitan yang menggodaku sehingga aku lupa kepadaMu… mahu sahaja aku hinjak-hinjak mereka kerana menghalang aku menjadi hambaMu yang diredhaiMu… mahu sahaja aku pancung-pancung kepala mereka… bencinya aku kepada mereka Ya Allah… kerana mereka telah membuatkan aku bersuka-suka di dunia ini… Kerna mereka telah memprovok diriku untuk jauh dariMu…Ya Allah… Aku mahu menjadi kekasihMu…. Aku rindu padaMu… Selamatkan aku Ya Allah…Salimni... Salimni… Salimni…