expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

01 November 2010

suara hati ini


Ya Allah… aku tidak tahu apa yang telah Kau tetapkan buatku… Kau uji diriku dengan pelbagai cobaan yang membuatkan aku menangis sendirian… Kau uji hatiku dengan cinta lelaki-lelaki yang ingin mendekatiku… Kau uji aku dengan kejayaan dan kegagalan… Engkau uji aku dengan pelbagai pergolakkan perasaan… Entah sudah berapa ratus kali mataku ini mengalirkan air mata kerana kasih sayangMu… Disaat aku inginkan bahagia dan ketenangan dalam redhaMu, Kau berikan halangan dan kesusahan untuk mencapainya… Tetapi aku tahu Engkau ingin memberikan diriku sesuatu yang akan aku hargainya sepanjang hidupku… Kau mahu berikan sesuatu yang amat mahal disisiMu… Aku menangis lagi disaat Kau uji diriku dengan cubaan dan godaan dari syaitan… Kadangkala aku lemah dan tersungkur… Namun Engkau masih berikan aku peluang untuk mencapai kasih sayangMu… Aku menangis dan sujud memohon belas dan kasih sayangMu… Aku menyerahkan hidupku padaMu… memohon segala kekuatan dariMu Ya Rabbi… Aku bertanya kepadaMu… Ya Allah, aku tidak tahu kenapa Engkau uji aku begini sedangkan doaku setiap hari adalah agar aku menjadi insan yang solehah dan dekat padaMu… Apabila aku membuka kitab cintaMu, ternyata Kau menjawab doaku dan mendengar rintihan hatiku… Kau katakana kepadaku bahawa jangan mengaku diri beriman andai diriMu masih belum mengujiku… Allah… Indah benar teguranMu buatku… namun aku cepat lupa Ya Allah… Ya Habibi… aku berkira-kira tentang ajalku… Aku rasa ku mungkin dijemput untuk menghadapMu tidak lama lagi… Aku mahu kerana aku takut dan bimbang aku dijemput oleh malaikatMu dalam keadaan aku leka dari mengingatiMu… setiap detik aku berkira-kira bila ajalku tiba… namun adakalanya aku lupa bahawa mati itu bila-bila… Aku takut ya Allah… Aku tidak mahu menjadi orang yang rugi sedangkan Engkau dan RasulMu telah memberikan peringatan buatku… Aku tidak mahu aku muflis dihadapanMu Ya Rabbi… Kadangkala aku tidak mampu melawan kehendak dan godaan dunia… Disaat aku telah melakukan dosa, aku menangis kerana ruginya aku kerana telah menambah satu dosa buatku… Ya Allah, hazafkan lah dosaku… Kadangkala aku mahu bersendirian kerana takutnya aku pada dunia ini yang penuh dugaan… Kadangkala aku mencabar nafsu dan syaitan yang menggodaku sehingga aku lupa kepadaMu… mahu sahaja aku hinjak-hinjak mereka kerana menghalang aku menjadi hambaMu yang diredhaiMu… mahu sahaja aku pancung-pancung kepala mereka… bencinya aku kepada mereka Ya Allah… kerana mereka telah membuatkan aku bersuka-suka di dunia ini… Kerna mereka telah memprovok diriku untuk jauh dariMu…Ya Allah… Aku mahu menjadi kekasihMu…. Aku rindu padaMu… Selamatkan aku Ya Allah…Salimni... Salimni… Salimni…

No comments: