expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

29 October 2010

exam, imtihan, peperiksaan


Assalamualaikum…

Mengambil masa sebentar dalam study week ni untuk menulis kat sini. Exam minggu depan tapi ana rase macam tak study ape-ape lagi nih. Huhu.. Tidaaakkk.. Kenape ye? Entah la.. Rase macam takde masa untuk diri sendiri sejak menerima amanah sebagai wakil pelajar ni. Huhu.. Bukan mengeluh tapi rasa nak jerit pun ade. Nak study tapi tak boleh fokus. Kejap-kejap dapat msg anda diminta menghadiri perjumpaan, kejap-kejap ade announcement pasal perjumpaan persatuan. Huhu.. I need my own space!!.. Bukan senang tau nak bahagikan masa. Actually tak lah sibuk sangat, tapi diri ana ni mungkin jenis perfectionist kot. Tak boleh langsung ade orang ganggu masa ana untuk study. Bile dah terganggu satu masa nak study, mula lah jadi macam tak boleh fokus semua benda. Huhu.. kena ubah persepsi ana tu..


Lepas tu, datang macam-macam bisikan yang buat hati ni bimbang plak bile fikir pasal exam. Bila ada orang cakap kamu dah pandai dan tak payah study, buat hati ni rasa nak marah. Ye la, mana ada orang boleh berjaya tanpa usaha. Imam Shafi’e merantau jauh demi menuntut ilmu dan ana ni cume seorang gadis biasa yang dikurniakan Allah akal yang seadanya. Sudah pasti perlu usaha. Mane ade orang nak dapatkan sesuatu tak usaha. Nak minum air pun kena usaha untuk tuang dalam cawan. Kan? Jadi, mane ade istilah kamu dah pandai jadi tak payah belajar dah. Buat hatiku ini panas je bila ada yang cakap macam tu. Bukan marah tapi seolah-olah kita ni manusia tak perlu berusaha plak bila nak dapatkan sesuatu. Lagi satu, belajar tu bukan kerana exam tetapi ilmu itu kita nak amalkan sepanjang hidup kite insyaAllah.


Alhamdulillah setakat ni study ana berjalan dengan lancer. Tapi macam biasa la. Syaitan tak pernah ade shift bila nak rosakkan anak adam nih. Entah kenape macam-macam perasaan timbul dalam hati. Rasa takut dan was-was kalau apa yang kita dapat tu menimbulkan riya’ dan jugak menimbulkan kebimbangan andai itu suatu ujian yang membuatkan diri ini sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah. Even kata-kata dalam hati pun kena jaga tau. Kita nak mencari keberkatan dalam menuntut ilmu, bukan pujian dan pangkat di dunia. Bimbang andai apa yang dipelajari tidak mampu membantu diri ini di akhirat dan hanya menjadi sia-sia kerana inginkan dunia semata-mata. Nauzubillah. Syukran buat “sahabat” ana yang jauh kerana menasihati ana tadi. Anda memang sangat tabah dan banyak mengajar diriku tentang kehidupan. Huhu.. bila kite nak jumpe ye? Masih menjadi tanda tanya dan biarlah ia menjadi rahsia Allah buat kita berdua.


Akhirnya, ana minta semua sahabat ana mendoakan kejayaan ana dunia dan akhirat. Exam final start minggu depan dan ana doakan jua buat sahabat-sahabat yang lain dapat menempuhi imtihan dengan baik insyaAllah… salam.. =)


p/s : jaga kata-kata, jaga tingkah laku dan jagalah hati kita semua… insyaAllah..

No comments: