expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

18 October 2010

Nasyid atau koir???

Soutul Mujahidin KISAS.. adikku yang the biggest one.. huhu

Assalamualaikum..

Mesti ramai dikalangan kita sangat-sangat meminati muzik berbentuk nasyid. Dan diri ana sememangnya tidak terlepas daripada menjadi salah seorang peminat nasyid di alaf ini. heheh.. tapi kan.. apa yang ana lihat sekarang, kebanyakan nasyid yang ada tidak lagi berbentuk nasyid yang sepatutnya. Kenape ye? Ya.. mungkin dengan adanya penambahan pelbagai alatan muzik yang canggih mampu menarik minat ramai pendengar untuk menghayati nasyid tersebut. Tapi kan, apa yang ana lihat sekarang, kebanyakan nasyid banyak yang membuatkan pendengarnya leka. Itu tak termasuk lagi dengan nasyid yang selalu diepelopori oleh mana-mana persatuan bagi menyertai pertandingan nasyid. Sudah seperti nasyid campur koir gayanya. Huhu.. bukan ke koir tu asalnya daripada gereja-gereja dimana penganutnya berkumpul beramai-ramai dan menyanyikan lagu ketuhanan di dalam gereja dengan penuh harmoni. Jadi boleh ke kita mencampur adukkan islam dengan sesuatu yang tidak sepatutnya? Hm? Tepuk dada Tanya iman ye.. huhu..


Ana timbulkan nasyid plus koir ni bukan ape. Tapi ana terfikir dan cuba menilai kenapa irama nasyid itu difahami dalam bentuk seperti itu? Bagi ana, irama nasyid ini ada seni islamnya. Ada alunan yang gemersik dan penuh dengan nasihat dan mampu membuatkan pendengarnya muhasabah diri sambil berhibur. Biarlah kita mendengar suatu nasyid itu dan sekaligus dapat menyedarkan diri kita juga. Dan bagi ana itu merupakan suatu method dakwah yang sangat berkesan untuk hinggp di hati-hati manusia. Kerana apa? Kerana manusia memang suka akan hiburan. Tapi ape kate kalau kite twist hiburan itu agar mendapat manfaat daripadanya. Kalau macam nasyid bercampur koir ni plak bagi ana, ana tak nampak dimana nilai islam dan nasyidnya. Ada kumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan lalu memakai pakaian yang mencuri pandangan dalam kata lain sangat-sangat tabarruj dan memperdengarkan alunan suara dengan penuh lenggok. Ana mahu bertanya, apakah matlamat mereka yang berbuat demikian. Adakah untuk memenangi pertandingan? Untuk populariti atau untuk berDAKWAH?? Matlamat kena betul. Islam tak pernah ajar kita melakukan sesuatu yang sia-sia. Islam itu bukan pada nama tetapi pada penghayatan, dan pengamalannya. Kita tidak boleh berselindung di sebalik nama islam untuk kepentingan individu dan keduniaan. “kami bernasyid (tetapi seperti yang ana sebut diatas) jadi maknanya apa yang kami buat tidak salah disisi agama. Kami bukan buat sesuatu yang melanggar syariat islam(secara surfacenye sahaja).” Matlamat tidak menghalalkan cara ye wahai sahabat-sahabatku sekalian.


Ok.. seterusnya kita lihat pula nasyid zaman sekarang yang menjadi pujaan ramai.Nasyid yang membungakan hati-hati remaja yang sedang menghadapi sindrom dalam hati ad ataman. Maksudnya nasyid yang sarat dengan nilai-nilai kecintaan terhadap seseorang (yang belum sah ye). Kenape ini berlaku? Ana pun tak faham. Bukan ana tidak pernah mengalami fasa-fasa remaja yang mengalami sindrom ada bunga dalam taman tu, dan nasib baik hati ni jenis cepat busan dengan perkara-perkara yang agak slow ni. Huhu. Bukan mengkritik kerana tidak berpuas hati tetapi ingin membawa dan mengajak rakan-rakan semua berfikir bersama-sama. Nama nya nasyid tetapi membuaikan perasaan. Adakah betul nasyid itu mengikut syariat islam??? Sedangkan kita dilarang mendengar sesuatu yang melalaikan fikiran dan segalanya. So how? Check diri kite semua camne kan. Huhu.. dan juga diri ini..


Akhirnya, ana ingin mengajak rakan –rakan semua agar berfikir dan menilai setiap apa yang kite dengar dengan sebaiknya. Tak semua nasyid adalah bagus dan ada pula yang bersembunyi disebalik nama nasyid tetapi mebuaikan perasaan. Bagi pihak-pihak yang memperjuangkan nasyid tanah air, sudah sampai masanya untuk kita berfikir untuk melakukan perubahan dimana irama nasyid bukanlah sekadar suatu bentuk hiburan yang dibuat untuk mendapatkan sumber pendapatan seprti muzik-muzik dan artis-artis lain lakukan tu. Tetapi kita memperjuangkan islam dengan method irama nasyid. Method dakwah perlulah kreatif dan semoga irama nasyid terus berkembang sekaligus mengembangkan islam dimata dunia. Lihat sahaja contoh-contoh para pendakwah di bidang muzik seperi Yusuf Islam, Maher Zain, Raihan, Rabbani dan juga Hijjaz dimana alunan nasyid yang mereka hasilkan banyak menyentuh hati pendengarnya untuk mengenali islam, muhasabah diri dan sebagainya. InsyaAllah usaha-usaha itu akan akan menjadi amalan yang bermanfaat dimana ia sentiasa berterusan hingga saat kita bertemunya ia masih lagi berterusan. Semoga Islam terus berkembang dengan usaha-usaha kalian.. Wallahua’alam.

I LOVE NASYID ISLAMI..(^_^)/


p/s : Minta HELWI KIPSAS tubuhkan nasyid muslimat sebagai method dakwah kepada siswi KIPSAS.. Sape nak join?? Saya!!

No comments: