expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 October 2010

Tanggungjawab + Study

Assalamualaikum.. sudah lama tidak dicoretkan tentang kehidupan ana di bumi KIPSAS. Overall, kehidupan lagi better dan ana seronok belajar disini. Newly update, ana dipertanggungjawabkan dengan jawatan Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS yang sudah semestinya lebih busy daripada student lain. Ana sekarang ni pun agak payah jugak nak duk kat bilik. Kalau tak pegi kelas, kadang-kadang tu ade la hal kat luar. Jumpa dengan sahabat-sahabat untuk berbincang ape semua. Tidur pun dah kurang teratur sedikit. Pelajaran makin lama makin mencabar dan ana sendiri perlu lebih fokus dalam kelas. Setiap masa yang diperuntukkan sangat bermakna buat ana. Alhamdulillah Allah berikan sesuatu yang menggembirakan diri ana di bumi KIPSAS ini walaupun sebelum ini ana merasakan satu kegagalan yang menyakitkan lah jugak. Tapi when we put trust in Allah, insyaAllah we will find the way.


Tak lama lagi, ana akan menghadapi final exam bagi semester 2 ni. Sekejap je kan? Xlame pun.. hehehe.. xlame lagi nak masuk tahun 2 dan seterusnya dalam 3 sem lagi, maka tamatlah pengajian ana disini dan insyaAllah ana akan menyambung pelajaran ke peringkat degree pula. InsyaAllah.. just doakan saja..


Cume sekarang ni ana agak bimbang tidak dapat menyeimbangkan antara tanggungjawab dengan study ana sendiri. Sesungguhnya sangat berat nak stabilkan dua perkara yang berbeza tu. Sebab kadang2 kalau dah jadi MPP ni kena skip kelas la ape la.. Huhuh.. skip kelas adalah sesuatu yang paling ana tak gemar. Sebab ape? Yelah bila dah skip mesti tak dapat ilmu tu direct dari pensyarah. Kan dah ke rugi.. huhu.. tapi tak tahu lah.. sesungguhnya tanggungjawab yang diberikan kepada ana ini adalah datang daripada Allah dan Dia lebih tahu sama ada ana layak atau tidak untuk menghadapinya..

Kat sini, ana memohon doa-doa daripada sahabat-sahabat semua agara mendoakan kejayaan ana dan semoga ana dapat hadapi segala kesukaran hidup dengan tabah dan sabar. Doakan tau.. Doakan kalian sangat penting buat hamba ini. Ana perlukan kekuatan dari kalian.. InsyaAllah sampai sini dahulu. Jika ada masa lagi, ana akan cuba meluangkan masa untuk menulis lagi.. salam…

No comments: