expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 October 2010

Kahwin muda - Situasi yang berlaku

“ Ibu, Sofea mahu bernikah dengan Amin.”

Ibu memandang Sofea dengan terkejut kerana Sofea tiba-tiba meluahkan sesuatu yang mengejutkan.

“Sofea, kamu sedar apa kamu cakap ni? Kamu tu masih belajar lagi di peringkat diploma. Habiskan pelajaran kamu dahulu. Kamu ingat mudah nak laksanakan tanggungjawab bila dah nikah nanti? Dengan belajar lagi?”

“Ibu, Sofea mampu untuk laksanakannya insyaAllah.”

“Kamu jangan nak mengarut Sofea. Habiskan pelajaran kamu dulu. Kalau kamu nak buat jugak, jangan mintak tolong ibu. Ibu takkan masuk campur urusan perkahwinan kamu tu. Faham?”

“Ibu, yang mana ibu pilih? Bimbang Sofea tidak mampu laksanakan tanggungjawab nanti atau bimbang Sofea dan Amin terjerumus dengan maksiat? Ibu..jawab ibu” Jelas Sofea dengan air mata mula bergenang di mata.

“Sudah, jangan bicara lagi soal ini dengan ibu”

Sofea masuk ke dalam bilik dengan hati yang kecewa dengan sikap ibunya. Dia tahu ibunya bimbang akan pelajarannya. Tetapi dia lagi bimbang dengan hatinya yang tidak tenang dengan perasaan yang tidak halal untuk dinikmatinya itu. Hatinya remuk rendam. Segala nasihat dan teguran ustaz mengenai perkahwinan menerpa ke mindanya. Segala ancaman Allah mengenai maksiat hati dan seumpanya membuatkan dirinya takut.

“Allah.. sesungguhnya perasaan ini milikMu dan Engkau yang mengurniakannya. Bagaimana aku perlu jawab dihadapanMu ya Allah kelak dengan dosa hatiku yang tidak terbendung. Ya Allah.. apa yang Engkau mahu tunjukkan kepadaku. Ya Allah, aku pedih menahan perasaan, sakitnya hatiku ya Allah menghadapi cinta manusia kurniaanMu ini. Ya Allah, aku hanya mahu menjadi hambaMu yang solehah. Aku mahukan ketenangan dalam ibadahku kepadaMu. Bantu aku Ya Allah. Ya Allah, kadang-kadang aku merasakan lebih baik sahaja aku mati dari berterusan berhadapan dengan perasaan yang tidak halal untukku. Bantu aku Ya Allah”

Sofea terus menangis sambil hatinya tidak henti-henti berdoa agar Allah mengasihani dirinya.

1 comment:

Anonymous said...

insyaAllah...mnda y baek,akan dpermudahknNya :) sbr yea kak