Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sudah hampir 6 bulan lebih saya bekerja sebagai kerani/setiausaha di sebuah firma guaman syarie dan pelbagai pengalaman yang saya perolehi.
Yang saya tidak akan lupakan adalah pengalaman dalam belajar dan menginsafi masalah-masalah masyarakat yang berlaku di luar sana. Betullah semua yang di dramakan di televisyen sememangnya terjadi dan bukan sekadar cerita. Berlaku di dalam masyarakat realiti sekarang.
Apabila saya diberikan satu fail oleh peguam untuk di dokumenkan, kadang-kadang saya mengeluh sendirian membaca kisah hidup mereka yang diuji dengan penganiayaan dan juga penindasan. Tak kurang juga masalah penggunaan Facebook yang disalah guna yang menyebabkan sebuah keluar berantakakan. Ya, itu realiti yang bagi kita fikir ianya adalah sesuatu yang pelik dan mungkin juga sesuatu yang kita tak selalu tengok dengan mata kepala kita sendiri. Hanya sekadar membaca di dada-dada akhbar tentang masalah seperti itu. Hakikatnya memang terjadi. Semuanya membuatkan saya insaf dan terfikir, beginikah masyarakatku pada zaman ini?? Saya juga terkejut dengan kes yang berkaitan dengan permohonan wali hakim atau sultan kerana dilahirkan sebagai seorang anak luar nikah, isteri yang berhubungan dengan lelaki lain hingga lupa tanggungjawab sendiri walaupun bekerja sebagai golongan profesional yang dianggap mulia. Paling menyedihkan apabila seorang suami memaksa isteri bekerja sebagai GRO buat mencari pendapatan sendiri. Subhallah.. itulah realiti yang berlaku di sekeliling kita di saat kita hidup dalam dunia kita sendiri. Saya tertunduk dan cuba menginsafi diri. Di saat itu, saya tetapkan niat di dalam diri, saya akan membantu memudahkan masalah masyarakat yang berlaku ini dalam bidang ini.. Biarpun saya tahu saya sendiri juga punyai masalah. Tapi masalah saya tidaklah sebesar masalah masyarakat yang berlaku di sekeliling saya akibat keruntuhan iman dan ceteknya ilmu agama di dalam diri.
Saya juga melihat situasi masyarakat pada masa kini yang sudah tidak segan dan malu lagi dengan isu mengandung sebelum bernikah bahkan ada yang membuat majlis gilang gemilang walaupun diketahui pengantin perempuan sudah berbadan dua. Saya tidaklah membantah perkahwinan tersebut, cuma ianya diraikan seolah masyarakat mengiktiraf perbuatan tersebut. Saya juga bimbang akan nasib anak yang bakal dilahirkan. Ibu bapanya tahu kah berkenaan dengan taraf anaknya? Berkaitan dengan perwarisan harta untuk anaknya itu? Walinya jika anak tersebut seorang perempuan? Dan banyak lagi..
.
Hakikatnya kepala ini tak henti-henti berfikir tentang masyarakat. Membantu dan memudahkan bagi yang perlu..
Oleh sebab itu saya begitu cinta akan jalan ini untuk menyedarkan ummah tentang aturan islam. Saya ingin bergelar peguam syarie yang membantu masyarakat dengan cara yang sewajarnya. Yang bersalah, disedarkan dengan hikmah. Yang teraniaya dibantu semampu boleh.
Minggu depan, keputusan upu bakal keluar.. Saya mohon doa sahabat2 moga saya dipermudahkan urusannya. Saya berjuang dengan cara ini.. Dan saya cinta akan jalan perjuangan saya ini.. Biiznillah... Wallahualam..
1 comment:
salam cik,
saya ingin bertanya pendapat guaman mungkin juga amat berguna untuk perempuan diluar sana.
jika seorang perempuan diberi janji oleh seorang lelaki untuk menikahinya setelah terlanjur dan pernah mengandungkan anak lelaki itu.
dan selepas itu lelaki itu semakin kuat berjanji dan melakukan perkara yg sama terhadap perempuan lain.
disini sy ingin bertanya,
bagaimana hukuman di malaysia yang boleh dikenakan terhadap lelaki itu.
jika kami pihak perempuan melaporkan pada polis dan membuka kes di mahkamah.
adakah mereka berdua akan dijatuhkan hukuman berzina?
apakah pertuduhan yg lebih sesuai kepada mereka?
apa alibi dan bukti yang diperlukan untuk perempuan mendakwa lelaki itu.
jika terjadi situasi begini, apakah cara2 bagi perempuan2 yang teraniya ini untuk keadilan.
supaya lelaki itu tahu perempuan bukan mudah untuk dianiaya dgn penipuan.
apakah juga pertuduhan dan hukuman yang akan dikenakan terhadap perempuan itu.
hrp dpt membantu
Post a Comment