Assalamualaikum...
Berbaki satu purnama lagi bersamaan 15 hari.. Perasaan aku? Pertama, aku malu untuk war-warkan untuk tatapan umum.. Untuk buat invitation itu pun aku berkira-kira.. Keduanya aku risau dan bimbang... Memikirkan tanggungjawab di mana aku juga masih bergelar pelajar... Dan aku rasa ada juga ketiga dan seterusnya yang mana aku tidak dapat pastikan perasaan itu bagaimana.. Sedih pun ada mungkin.. Memikirkan bakal berpisah tempat pergantungan yakni abah dan mama...
Tapi aku cuba berfikir yang baik-baik sahaja.. Meminta padaNya agar dipermudahkan urusan..
Banyak betul perkara yang bermain dalam mindaku.. Sampai aku tak mampu nak coretkan lagi di sini.. Cuma aku mohon agar semuanya dipermudahkan Allah...
No comments:
Post a Comment