Assalamualaikum...
Buat pertama kalinya aku agak frust dengan resultku kali ini... Mungkin sebab aku terlalu yakin dengan semester yang lepas yang buat aku terkilan... Huhu... Jadi.. Malam ni tak boleh nak tidur lena mana... Cuaca sejuk dan dingin menemani.. Sangat sejuk...
Aku nak meluahkan rasa di sini... Aku rasa kerana aku terlalu yakin dan usahaku yang sipi-sipi juga membuatkan resultku juga sipi-sipi.. Ditambah lagi dengan dosa yang aku buat..tak kira aku sedar atau tidak... Moga Allah ampunkan dosa aku yang menggunung tinggi.. Aku tahu result bukan segala-galanya..tapi aku juga tahu sebagai penuntut ilmu agama, aku harus pelihara adab dan akhlak menuntut ilmu... Ampunkan dosaku lagi ya Allah...
Aku cuba positifkan jiwa.. Masih berbaki 4 semester lagi.. Dan Allah bakal memberikan aku nikmat yang lebih besar yakni aku insyaAllah bakal bergelar isteri kepada pemuda yang baik akhlak dan agamanya.. Yang mampu insyaAllah memberi ketenangan jiwa.. Masakan Allah mahu memberi kesemua nikmat kepada hambaNya.. Jadi Dia beri satu nikmat dan juga diuji dengan kekecewaan...agar aku sedar dan ingat bahawa aku perlu taati Dia...
Jadi.. Aku nak luahkan itu sahaja.. KepadaMu aku berserah.. Malam ni sangat sejuk...mungkinkah?? Jawab sendiri ye...wassalam...
No comments:
Post a Comment