expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 July 2014

Detik Persediaan Yang Penting

Aku menghitung waktu? Kadang-kadang ya.. kadang-kadang aku biarkan masa itu berlalu tanpa aku fikir apa akan aku tempuhi nanti.. Dan masa menjadi begitu pantas sekali..

Adakalanya aku merasa detik bahagia setelah kian lama berperang dengan birokrasi masyarakat.. bermain air mata.. menahan sakitnya sabar..

Adakalanya aku bimbang kerna kurangnya persediaan.. tapi aku fikirkan matlamat akhirnya.. Di situ aku mula serius memikirkan tanggungjawab..

Perkahwinan..

Serius aku sedikit malu untuk menulis secara terang-terangan tentang ini.. Tetapi.. cuma ingin lontarkan pandanganku di saat ini..

Aku mohon moga Allah tidak lalaikan aku dengan kebahagiaan perkahwinan hingga lupa matlamat akhirnya.. moga seimbang tanggungjawabku dengan cinta yang bakal di sulam di dalam dunia perkahwinan..

Moga menjadi semakin dekat kepadaNya...

Cukup sampai di situ..

No comments: