expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

11 July 2014

Mereka kata alam kampus itu seronok..aku kata??

Asssalamualaikum..

Mereka kata alam kampus itu seronok.. ya.. memang seronok.. tapi mungkin juga tidak seronok andai kau tempoh kau belajar tak seperti kebanyakan orang.. manusia cepat bosan dengan sesuatu perkara yang sama.. aku setuju dengan hal itu.. tapi.. bukan aku kata belajar itu membosankan..sebab hidup kita sebagai manusia sentiasa perlukan pembelajaran.. kalau tak macam mana kau nak tempuhi kehidupan.. Cumanya.. life campus aku maksudkan.. aku cakap terus terang.. aku dah tak boleh nak fikir tentang program pelajar.. aku dah tak mampu nak bergelumang dengan sistem doktrin peperiksaan.. mungkin kerana sudah hampir 6 tahun aku bergelumang dengan semua itu.. otak aku jadi mati.. apa yang ada di sekeliling aku, aku lihat semuanya teori..retorik.. dan teori.. sebab tu aku banyak diam dan memerhati..

Ada juga yang tidak tahu nak jadi apa.. tak tahu nak sumbangkan apa kepada ummah dengan pengajian yang di ambil.. aku jadi bingung.. habis kau belajar untuk apa?? Sekadar segulung degree?? Atau sekadar memenuhi tuntutan atau adat masyarakat bahawa kau perlu belajar hingga ke universiti?? Begitu?? Kumpul sijil banyak-banyak.. kerja kerajaan.. dapat gaji.. begitu?? Matlamat itu perlu jelas.. apa mahu kau capai.. cita-cita perlu besar.. apa yang kau mahu dengan pengajian yang kau ambil ini.. Jika tidak.. rugilah.. ilmu ada, tetapi tidak tahu amalkan dimana dan bagaimana.. Sekadar mengumpul ilmu.. aku kata pada aku juga.. aku yang menuntut ilmu.. tapi tidak beramal..

Dulu.. aku belajar Bahasa Inggeris.. dua tahun lamanya.. tapi rezekiku bukan menjadi guru bahasa Inggeris.. mungkin kerana tekadku yang kuat mahu ambil bidang perundangan islam sangat kuat.. aku dulu pernah bercita-cita setelah selesai B.Ed TESL, aku mahu ambil bidang Syariah.. aku tak peduli.. Tapi rupanya Allah bagi jalan shortcut.. tak perlu sampai tamat B.Ed TESL, dua tahun pengajian, aku di ubah jalan hidup kepada apa yang aku ingini.. walaupun perubahan itu membuatkan kesedihan pada ibu bapaku.. dan aku juga menangis.. tapi bukan kecewa tidak dapat teruskan pengajian.. tapi sedih melihat raut wajah ibu bapaku.. Itu sahaja..

Kembali kepada alam kampus.. adakala aku rasa xubah hidup seperti alam persekolahan.. Bila nak exam, kau hafal segala macam term.. kemudian nota berterbangan.. sanggup korban tidur, korban makan.. Aku tak salahkan.. setiap orang punya cara tersendiri.. tapi mungkin itulah bezanya ipt kita dan ipt di luar negara.. agaknya.. ipt di luar negara, keluarannya sudah mampu memberi idea.. tidak hanya termaktub kepada apa yang ada di dalam buku dan kertas semata-mata.. maksud aku mereka sudah mampu memberi.. tetapi keluaran ipt kita?? adakah sudah mampu memberi? Atau sekadar menerima dan memuntahkan kembali dalam dewan peperiksaan?? Aku sandarkan hal ini kepada aku sendiri kerana aku juga salah seorang yang telah melakukan hal yang sama.. hanya memberi pandangan kerana kesedaranku sendiri..

Itulah pandangan aku tentang alam kampus ni.. Aku tak minta semua orang bersetuju dengan aku.. ini sekadar pandangan aku.. cuma satu aku ingin kongsikan.. tiap apa pilihan yang kita buat, biarlah mampu menjadi manfaat buat diri dan kepada orang lain.. jangan biarkan keadaan sekeliling mengubah diri kita..tapi jika perubahan itu ke arah kebaikan, sangat di alu-alu kan..

No comments: