Assalamualaikum.. Actually.. aku tak tahu tajuk ape yang sesuai untuk aku tulis.. tapi the point is aku nak tulis tentang zaman sekolahku sebagai seorang remaja perempuan,, pemikiranku.. dan apa yang aku sering fikir apabila melihat rakan-rakan sebayaku...
Aku..sebagai seorang remaja perempuan di usia 13 hingga 17 tahun..
Pada awal persekolahanku di tingkatan 1, aku tidak dapat menempatkan dirku di sekolah yang aku ingini.. Aku bersekolah di sekolah biasa dan ya.. aku tidak suka untuk berada di situ.. kerana keinginanku untuk ke sekolah agama sangat membuak.. sedangkan aku pada waktu itu bukanlah seorang yang ayu..sopan lagi solehah.. Aku yang keras.. ala-ala tomboy dan selalu masam mencuka.. dah berapa kali mama pesan jangan terlalu bersikap keras.. tapi aku xpeduli.. mungkin kerana kisah silam yang pahit agaknya buat aku menjadi seorang yang keras..
Awal persekolahan, aku telah di cop sebagai seorang yang susah nak senyum.. itu kata kakakku yang bergelas penolong ketua pengawas di sekolah tersebut.. aku tahu siapa yang mengadu.. budak lelaki india yang merupakan seniorku.. Aku xsuka untuk melemparkan senyuman pada orang yang aku tak kenali dan aku tidak akan ubah tentang hal itu.. dan masuk hari kedua pula, aku bergaduh dengan budak lelaki yang tak habis-habis mengganggu.. dah bengis macam singa pun ada yang berani denganku.. dan itu memang pantangku.. masuk bulan kedua, aku menerima surat tawaran untuk ke sekolah agama.. Alhamdulillah.. bermula dari situ, aku mulai membentuk diri menjadi gadis yang lebih sopan.. errr.. insyaAllah sopan.. tapi mungkin lebih bersikap seorang pendiam dan tidak mahu dikenali.. yang aku tahu, aku nak belajar dan aku tidak mahu tahu tentang perkara lain..
Dan di sekolah agama itu aku kenali kakak-kakak yang baik dan banyak membantuku.. pengisian yang banyak membina siapa diriku sekarang.. Dan aku seorang yang aku kira tak dikenali dan aku lebih suka begitu.. Walaupun sekolah itu sekolah agama, tetap berlalu soal couple... bagi hadiah.. surat bawah meja.. secret admire.. seolah-olah menjadi trend plak.. yang senior minat kat junior.. berangkat-angkat bagai.. tapi aku... just in my own world.. malas nak ambil tahu.. buku atas meja.. muhasabah diri.. baca buku..lagi bagus.. Sampaikan ada juga rakan-rakan yang bertanya.. takkan aku tak minat sape2? Erm.. mase tu aku fikir... is it too important to have someone that you like at this age?? Aku fikir dan fikir.. Argh... otak aku tak boleh nak terima nak minat orang.. nak ade secret admire.. nak ade teman special waktu belajar sekarang... sebab... Aku duk fikir kalau anda semua ada teman tapi mesra tu, mahu dibawa ke mana ye hubungan tu?? Duit yang duk belanja teman tapi mesra tu pun duit mak ayah kot.. better beli makanan untuk diri sendirik lagi best.. Ok.. itu la pemikiran aku masa tu.. dan aku rasa kawan-kawan aku mesti fikir aku pelik.. tapi aku xkesah ape... lalalala.. Dan aku tetap dengan dunia aku.. budak lelaki duk kacau, aku pandang tanpa perasaan.. dorang buat road block waktu prep, aku xde nak cari jalan lain.. bolos saja dinding itu.. sebab aku memang muka takde perasaan.. yang ada dalam kepala aku cuma diri aku dan family aku dan aku malas nak layan apa yang berlaku di sekeliling aku..
Dapat surat dari secret admire... hurm.. penah dapat.. tapi aku yang tak fikir pasal tu just anggap itu hanya surat nak bersahabat.. aku tak buat ape pun dengan surat tu.. just stay focus dengan matlamat aku.. Aku cuma harap sahabat tu jugak stay focus dengan tujuan belajar.. Tak perlu nak terjebak dengan perkara yang tak bawa manfaat.. tu je la yang aku harap..
Dalam kelas, aku adalah orang yang senyap dan kurang berkomunikasi dengan lelaki.. sebab bagi aku.. aku xsuke nak expose diri aku.. biarlah diri aku sorang-sorang dengan dunia aku.. Bila kena buat kerja grouping dengan lelaki, itu adalah kelemahan aku.. bukan anti.. cume xselesa je la.. sebab bila kena kerja dengan lelaki, maknanya aku kena tonjol diri aku.. dan itu yang aku tak mahu.. dan bile aku dapat sambung ke KISAS memang satu kegembiraan buat aku.. sebab sekolah tu memang menjaga bab pergaulan lelaki dan perempuan..
Itu lah aku di zaman sekolah..Tapi.. aku rasa bagus juga aku fikir macam tu.. takde lah aku nak buat perkara tak manfaat waktu zaman sekolah dulu.. hehe... Alhamdulillah.. sekarang aku xde la plak bila nampak lelaki, terus menyorok atau buat muka tak suke ke ape.. Pengalaman demi pengalaman mematangkan diri kita.. lelaki dan perempuan itu saling memerlukan dan bantu membantu ke arah kebaikan.. Nabi Muhammad pun di bantu oleh sahabiah-sahabiah semasa nak kembangkan Islam.. dalam peperangan zaman baginda pun ada wanita yang berperang... kan? hehe..
Cuma satu pesanku kepada pembaca blog ku yang masih bersekolah, jika ada la... akak harap adik-adik manfaatkan waktu belajar di sekolah dan tak perlu nak fikir pasal cintun ke angkat berangkat ke..secret admire ke.. zaman sekolah adalah zaman adik-adik tidak perlu pada komitmen yang besar..adik-adik cuma belajar dan taat perintah Allah serta ibu ayah.. gilap masa depan adik-adik bermula dari sekolah dan jangan menjadi orang yang rugi.. Tak rugi pun kalau kite stay focus.. bila dah habis sekolah, there is a lots of things that you gonna face.. dan banyak benda yang adik-adik akan tahu yang akan mematangkan adik-adik.. ok?..
Ok.. ni first entry yang panjang lebar setelah lama x di update.. hehe... sampai sini dulu la kot ye... bye... salam..
p/s: walaupun dulu tak suke expose diri dengan lelaki, alhamdulillah bakal bersuamikan seorang lelaki yang baik. Moga baik untuk dunia dan akhiratku insyaAllah.. ameen..
No comments:
Post a Comment