Keputusan permohonan untuk Diploma Siswazah dah keluar.. Alhamdulillah.. Permohonan diterima dan insyaAllah akan mengikuti kelas bagi Diploma Kehakiman dan Guaman Islam Syariah... Kelas tiap hari sabtu atau mungkin juga ahad... diulangi.. kelas tiap SABTU atau AHAD..
Semester depan juga insyaAllah bermulanya episod kehidupan sebagai seorang suri hidup seorang lelaki bergelar suami.. Dan masa yang perlu diperuntukkan juga mulai berubah...
Fulltime Degree's student + Wife + Pelajar Diploma Siswazah
Aku berfikir sendirian.. entah dari mana semangat ini datang untuk aku harungi kesemua benda di atas di saat ada yang cuba untuk mengelakkan diri dari mengambil diploma siswazah ini kerana bimbang tak mampu walaupun hanya bergelar seorang pelajar degree dan bujang.. Adakalanya aku menghitung-hitung.. mampukah diri ini?? Tapi aku masih punyai semangat mahu mengejar impian yang tertangguh.. bagi aku, peluang dah berada di hadapan, maka hanya perlu grab dan tempuhi..
Alhamdulillah hasil perbincangan kedua pihak (pihak aku dan juga pihak yang bakal mengetuai aku), beliau memahami perjuanganku.. memahami cita-citaku dan merelakan apa yang aku putuskan.. Maka sangatlah perlu aku didik diri ini menjadi seorang isteri yang baik dan solehah nanti..
Aku mohon pada Allah agar diberikan kekuatan untuk aku menjadi seorang wanita yang Qawiiyun untuk menghadapi kehidupan di masa akan datang.. insyaAllah....
No comments:
Post a Comment