Ahlan wasahlan 1430 Hijrah dan 2009 Masihi!! Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru lagi. Tapi jangan lah kita meniru gaya sambutan seperti di barat tue. Dengan konsertnye, gejala tak sihat, minum arak dan lain-lain lagi, Ish..Ish..Ish.. Tak bagus lah begitu jika kedatangan tahun yang baru disambut dengan kemaksiatan tetapi kita harus menyambut dengan penuh rasa kesyukuran kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan dan ‘menopup’ amalan yang banyak tertinggal. Kalau tak ‘topup’, macam mana kita nak berhubung dengan ‘KEKASIH’ kita selalu dan disayangiNya. Macam handphone, bila kehabisan kredit, mesti ‘buah hati merajuk’ sebab tak dapat msg selalu. Heheh.. (ader yang terasa tak? Gurau je and just untuk analogi). So macam tu la perumpamaannya.
Sebenarnya terdetik nak tulis post tentang azam nie lepas terdengar tentang bicara petang di ikim dalam kereta. Sambil tue ana berbincang dengan kakak and abah ana tentang azam nie. Masing-masing ada pendapat sendiri dan ader jugak antara pemanggil kat ikim tue azam die nak Pas menang di Terengganu. Heheh.. ana tergelak la sebab sempat lagi nak berkempen kat radio. Boleh la tu, tapi akhirnya dj ikim inform yang tak boleh azam untuk kempen pilihanraya. Ye lah kan, ader prosedurnye jugak. Sambil dengar tue, ana sangat tertarik dengan kata-kata seorang pemanggil kalau tak silap yang menyatakan azam ini perlu dinyatakan dengan niat kerana Allah dan bukan setakat lafaz di mulut sahaja. Ye la, majority mayarakat sekarang ini azam hanya di mulut tapi usaha untuk melaksanakan azam itu tiada. Jadi, macam mane Allah nak bagi apa yang kita azamkan itu. Contohnya azam tahun nie nak pergi haji dengan keluarga. Jadi perlulah ade perancangannya dengan doa, usaha yakni dengan kumpul duit di tabung haji dan sebagainya. Barulah Allah akan tolong sebab kita bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang kita inginkan itu. Kalau contohnya tahun depan nak mendirikan baitul muslim, jadi kena lah ada strateginya jugak. Pergi kursus kahwin, kumpul duit, susun kehidupan dengan baik dan macam-macam lagi yang perlu dilunaskan. InsyaAllah, akan termakbul juga impian itu. ( tapi yang menulis nie belum lagi la)
baitul muslim.. dah sedia ke?
Macam-macam la azam yang kita dapat dengar dari sahabat-sahabat dan masyarakat di luar sana. Tapi, adakah azam yang lepas kita dah lunaskan? Aaaa.. Hmmm… dah ke belum eik? Heheh.. antum fikirlah sendiri. Bagi diri ana sendiri, azam tahun lepas ada yang dah dilunaskan dan ade jugak yang belum.. huhu.. Tapi tahun nie azam ana yang umumnya adalah nak buat yang terbaik dalam semua perkara. Ibadah, sahsiah, pelajaran, kepimpinan dan lain-lain lagi. Banyak sangat yang perlu dibaiki sebab ana tahu ana ni tak sempurna. Jadi perlu sempurna-sempurnakan lah lagi yang mana lemah tue. Heheh.. InsyaAllah. Yang penting belajar tue kena lebih fokus dan bersungguh-sungguh dan jangan buang masa. Gunakan waktu belajar ini dengan sebaiknya untuk menimba ilmu. Fikiran kena selalu realistic dan bukan hanya angan-angan kosong semata-mata.Hoho.. Masa ni semangat la tapi insyaAllah semangat nie takkan luntur.
Buat sahabat-sahabat ana yang berada di serata dunia, ana sentiasa doakan antum semua berjaya dalam semua bidang yang antum ceburi. Enggineer ke, Teaching ke macm ana nie, or medic ke, semua akan berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah kejayaan sentiasa dalam genggaman. Bagi yang belum ada azam tu, cepat –cepat fikirkan sebab hidup ini perlu bermatlamat dan yang paling utama adalah mardhotillah yakni keredhoan Allah S.W.T. InsyaAllah.
Selamat berjuang sahabatku,
Kerna Allah hati kita bertemu,
Doaku sentiasa dikalbu,
Moga kejayaan menjadi milikmu,
Sesungguhnya kegembiraanmu adalah kegembiraan buat diriku…
Amin.. =)
p/s: azam penulis tahun lepas and yang lepas-lepas dah setle ke belum? Hehehe. Question mark??
1 comment:
assalamualaikum wbt...
ni kak atikah yer??? saya ni shamsul amin, kawan hamdan...
seronoklah baca blog akak ni, rasa macam dapat ilmu baru dan saya rasa lebih berwaspada... saya nak letak blog akak dalam blog saya, bleh??
Nanti kalau ada masa saya akan datang sini lagi... jomlah ke blog saya...
www.shamsulamin.co.cc
Post a Comment