expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

11 December 2008

Tentang Cinta.. ~~<@ L.O.V.E




Ehem.. biar betul post ana kali ini. Takde la saje je nak bercerita Tentang Cinta. Tengok gambar kat atas tue. Cinta pada keluarga, pada islama dan yang paling penting cinta pada Allah.Syukur Alhamdulillah sebab dilahirkan sebagai seorang islam dan merasai nikmat cinta allah yang maha agung. Kadangkala Allah cintakan kita dengan memberikan kita ujian yang setimpal dengan diri kita nie. Tahu tak kenape? Sebabnyer bila kita chek balik dan muhasabah diri, kenape kita diuji? Sebabnya Allah rindukan tangisan hambanya. Dia belai kita dengan ujianNya dan bersyukurlah hamba-hamba yang diuji kerana itu tandanya Allah mengasihi diri kite yang selalu jer buat dosa nie. Kita selalu kufur nikmat yang diberi Allah. Bila diuji, kita membentak. Hai.. jahatnyer diri kite nie. tak tahu nak bersyukur kan? Huhu.. insaf diri.
Ok la. hari tu, ana ikut ayah pergi ambil adik ana kat sek lama. Hmm.. macam2 dah berubah. surau kat asrama tu pun dah warna lain. rindu kat zaman sekolah la. Ana ader amik sket gambar-gambar kat situ. Tapi tak sempat nak transfer dalam laptop ana. Biar la dulu. nanti ana akan masukkan.Ana cintakan zaman sekolah ana. Sebab waktu zaman sekolah la ana dapat belajar dan ditarbiah dengan baik. Waktu zaman sekolah ader undang-undang. Biarla orang cakap ana skima, tapi itu semua membantu diri ana sekarang. Hidup perlu ader undang-undang. Betul tak?. Kalau tak, celaru la perjalanan hidup kite nie.
Raya haji baru nie, memang sangat seronok. Ayah ana buat ibadah korban. Sekali dengan Mak cik ana. Tengok lembu tu memang sangat ganas. macam tahu-tahu je die akan dikorbankan, tapi tak leh kesian, nanti tak lalu makan. hehe.. Tp alhamdulillah, semua selamat. Uncle Rosdi ana ade bawak mak die datang umah tok ana. Mak die orang arab. cantik, tapi tak reti cakap melayu. Ayah Ngah ana plak duk panggil2 ana dan kakak ana suruh pergi speaking arabic dengan die. Adui, my arabic now dah broken. hancus. huhu.. kena asah balik la. But alhamdulillah, tak jadi. fuh. selamat. Rumah tok ana penuh dengan cucu, and sedare mare ana. Penat jugak duk layan yan kecik-kecik tue. berlari-kari macam kat padang. nasib la umah tok tak runtuh.Hehe.. Bila ana tengok semua saudara mara berkumpul, rasa sayang sangat dekat hati ni kat semua. Alhamdulillah, ana dikurniakan family. Harap 3 tahun ana kat perantauan nanti,ana masih dapat rasai nikmat ni semula bila dah balik nanti. Sedih.. I love my family..
Sebenarnye, sepanjang duduk kat umah nie, ana cepat bosan jugak. But terisi dengan adenyer family. Kadang-kadang pening dengan pertanyaan mak pada kakak-kakak ana nie. Ye la semua dah besar. soalan cepumas kat dorang, pasal jodoh. wawa.. ana hanya menyenyapkan diri sambil mendengar. Tak pe, kita serah pada Allah.Hai, agak-agaknye nanti, kalau ana dah nak habis belajar mesti mak tanyer. huhu.. Tak pe la. Itu normal. Ok la.. rase mcm dah penat nak berceloteh panjang. Ana tak sabar nak tunggu buka sem. i love to learn. rindu nak belajar. I love my family, and i love My LORD ALLAH s.w.t."Allah matlamatku"

No comments: