expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

13 December 2008

ONE MINUTE- THINK ABOUT FUTURE

Assalamualaikum .Ohio gozaimas!! Konichiwa!! Hait!! (^_^)!! Hmm.. Boleh tahan jugak my japanese language. Boleh la kan. Sesekali we should learn others language jugak supaya senang kita nak bergerak dan berkomunikasi dengan bangsa lain. Sekaligus boleh jugak berdakwah pada non-muslim. Macam ana yang ‘dipaksa’ speaking Arabic dengan mak pak cik ana masa raya edul adha baru-baru ni. Hai.. cuak jugak sebab dah lama tinggalkan bahasa arab sejak tinggalkan sekolah. Setakat yang simple-simple tu, ana arif la jugak. But Alhamdulillah sebab sekarang ni pun ana belajar dalam bidang bahasa juga. Teaching English as a second language (TESL). Ok la tu sebab dengan mendalami bahasa Inggeris nie, dapat membantu ana untuk berkomunikasi dengan semua orang yang tak faham bahasa melayu dan InsyaAllah, dalam bulan 7 atau 8 tahun depan ana akan further study di perantauan dan di kesempatan itu ana nak tengok culture islam kat sana.

Dalam kesibukan ana dan sahabat-sahabat semua sebagai seorang pelajar, kadangkala kita perlu berhenti sekejap dan take a break for a minute. Kalau jenis orang macam ana nie, ana suka take a minute dan buat reflection pada diri sendiri. Apa yang dah ana buat dan apa lagi matlamat ana yang masih belum tercapai.Kadang-kadang, tiap kali nak masuk tahun baru, ana akan tulis apa bad habit ana sepanjang tahun sebelumnya dan macam mane nak ubah habit tue. Macam buat SWOT analisis la. Setakat nie, apa yang ana buat tue membantu kehidupan ana. Teringat waktu zaman persekolahan dulu. Ana dah set apa yang ana nak capai dan ke mane ana nak pergi after grad from school. Tapi kadang-kadang, kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Masa ana sekolah rendah dulu, ana dah aim nak masuk Sekolah Menengah Agama Pahang. Mase tu sebab nak ikut kakak punya pasal. Hehe.. Alhamdulillah, result UPSR ana cemerlang. Tapi ana tak dapat masuk ke sekolah yang ana nak. Terpaksa masuk sekolah biasa yang mana kakak sulong ana Timbalan Ketua Pengawas kat situ.Ape lagi, ana buat hal la kat sekolah tue sebab masa kecil ana agak kuat memberontak bila tak dapat apa yang ana nak. Hati batu kata orang. Biasalah tak tertarbiah lagi. Hari first masuk sekolah ana dah bergaduh dengan sorang student lelaki. Ya Allah.. bila ingat balik memang malu.Huhuh.. Bila balik sekolah ana menangis dekat parents, mengadu tak nak sekolah kat situ. So, ayah ana pun turun naik PPD buat rayuan. Ana nak pergi jugak sekolah agama dan akhirnya Alahamdulillah ana dapat masuk untuk panggilan ke tiga. Agak lewat jugak la tapi ana puas hati.


Ni surau asy-syafi'e kat SMKAP> Dulu warna biru, sekarang dah cantik lagi..

Lepas dah belajar kas SMKAP, ana ditawarkan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah dengan result PMR ana. Syukur sangat sebab memang salah satu matlamat ana nak belajar kat sana. Ana suka cabar diri ana untuk bersaing denga orang yang lagi hebat dan kutip pengalaman kat tempat baru. Mulanya ingat dah tak dapat sebab result ana sepanjang menengah rendah, tak lah maintain. Bergelora je ade la..Tapi mungkin berkat doa dan kesungguhan, Allah nak ana pergi belajar kat sana dan dapat pentarbiahan di sana. Ana pun tak sangka sebab ramai kawan-kawan yang dapat result 9A pun tak dapat KISAS tapi dapat SBPI. Ana tak nak la masuk SBPI. Tak tahu lah, ana memang suka belajar kat tempat-tempat yang islah. Sejak dari kecik lagi suka baca buku-buku agama.walaupun tak de orang suruh dan ana plak kadang-kadang berhati batu masa kecik. Hehe.. Dua karektor yang berbeza sebab ana dulu suka perkara yang lasak. Tak macam muslimah pun. Zaman kecil.. biasa la.. nasib baik tak sampai ke besar perangainya.


Nie.. Teman-teman seperjuangan masa kat KISAS. Kelan kami sket je sebab kelas akaun. Ana kat mane ye? Kat mana2 je la.. hehe.. Aina antum al'an?.. HuHu







Gazebo depan kolej yang sangat cantik bila waktu malam. Kat sini tak de dating2 ok. Kalau tak kena jawab ngan BADAR.. heheh

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

Pas ana keluar KISAS, ana dah aim nak amek law kat UIAM tak pun nak belajar syariah kat Mesir. Tu je la aim ana. Alhamdulillah, ana dapat first choice dalam borang upu ana tu. Ana ditawarkan ke Centre For Foundation Studies IIUM. Tapi seminggu je la. Tu puntaaruf week je sebab ana dapat tawaran untuk buat B.Ed TESL kat Institut Perguruan Ipoh. Entah macam mana boleh berbolak balik hati nie nak jadi cikgu sedangkan matapelajaran bahasa inggeris tu adalah mata pelajaran yang ana mostly tak minat. Itulah aturan Allah yang begitu cantik. Ada hikmahnya ana diletakkan untuk menjadi seorang guru mata pelajaran yang ana kureng nie. Ape-ape pun kite kembali pada ayat Surah al-Baqarah: 216.

Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Lepas study kat Ipoh nie, insyaAllah ana akan sambung ke United Kingdom plak untuk degree. Kat Ipoh nie ana buat foundation 2 tahun pastu kat UK 3 tahun. Lame lagi tue belajarnyer. Jika dilihat perjalanan hidup ana tue, nampak macam simple dan easy sangat ana nak dapat dan apa yang ana impikan. Alhamdulillah dan ini semua berkat doa rakan-rakan dan keluarga jugak. Tapi untuk capai tu bukan mudah sebab terlalu banayk rintangan yang ana kena tempuh. Ana citer di lain post plak pasal tue. Mungkin boleh jadikan iktibar jugak pengalaman hidup ana tu. Setakat nie, apa yang ana tempuh banyak membantu ana untuk jalani kehidupan nie. Walaupun ana perlu belajar di tempat yang boleh dikatakan kurang sedikit islahnya, tapi syukur sebab ada sebab sebenarnye Allah letak kite kat tempat macam tue. Kita ada tanggungjawab yang telah diletakkan di atas bahu kite sejak azali.Apa tanggungjwabnye? Muhasabah diri dan fikirkan kenape. Ok? Hehe.. ana suka pegang kata-kata ni kalau rase macm down je kalau berada di persekitaran yang agak sekular nie. “ Ini bumi Allah dan bumi ini ditaklifkan buat orang islam.. jadi ape tanggungjawab aku nak bendung perkara-perkara yang boleh merosakkan bumi Allah ni?” Antum fikirlah sendiri.. hehe Cam Nabil raja lawak cakap. Tapi islah sket la.

Eh, tadi ana duk citer pasal future kan? Tapi dah lari tajuk la. Hai.. macam maner nak jadi cikgu nie. Buat karangan pun boleh lari tajuk nie. Tak pe la kan. Asif la eik..Pasal future plak, ana ada matlamat sendiri. Tapi rasa macam terad sket la bila usia dah masuk 20an nie. Rasa macam tak banyak dah masa yang dapat ana peruntukkan untuk diri sendir and family sendiri. Semuanya sebab ana perempuan. Bukan nak kata ana ni ikut adat sangat. Tapi ye lah, orang-orang tua selalu cakap perempun ni jangan lame-lame membujangnye. Hai.. ana banyak benda lagi nak plan for my own future. Tapi nanti dah kena terikat ngan tanggungjawab as wife and mother. Hope my future husband tue nanti seorang yang boleh consider dengan diri ana yang suke buat something yang new dan lain dari orang lain jugak kadang-kadang. Hehe.. Terima lah ana seadanya ye.. Tapi InsyaAllah tanggungjawab tu sentiasa dibuat. Amanah tue…Ape-ape pun selagi ana boleh bergerak dan boleh berfikir ana nak bantu islam nie untuk capai mardhotillah. Itu fokus utama dan matlamat utama dalam hidup.. Macam Sheikh Yasir Arafat tu, walaupun lumpuh pun still orang gerun dengan kelantangan beliau terhadap perjuanga islam di Palestin. Fuh.. maner lagi nak cari orang yang berani macam beliau tue. Ape-ape pun buat sahabat-sahabat summer, ana harapkan antum semua manfaatkan umur antum semua dengan perkara yang boleh memberi manfaat. Berfikir jauh dan buka minda antum semua dan lakukan kebaikan untuk ibu bapa, kaum kerabat dan adik beradik dan jugak buat agama islam nie. Sayangi sahabat-sahabat kita yang masih leka dengan dunia yang sementara ini. Gunakan kepakara yang ada pada diri untuk manfaat yang baik. Allah akan sayangi hamba-hamabaNya yang melakukan kebaikan. Berlumba-lumbalah kita melakukan kebaikan kerana besar ganjarannya disisi Allah. InsyaAllah.

Gambar yang first tu cousin ana.. Mhd Aniq Baihaqi.. Pinjam gambar macho sat. Heheh




"Allah matlamatku"

No comments: