expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 December 2008

LAFAZ YANG TERSIMPAN


Sebuah penceritaan yang mungkin pengalaman benar seorang insan yang teruji dengan kisah cintanya yang tidak pernah dipinta.. dan akhirnya dia ketemu bahagianya..

******
Sofea mencapai buku Sejarah di atas mejanya. Matapelajaran itu sememangnya menjadi kesukaannya sejak di tingkatan 1 lagi. Sofea sangat komited dengan pelajarannya dan tidak suka membuang masa. Bagi Sofea, waktu di sekolah adalah waktu untuk menimba ilmu dan tidak boleh ada gangguan yang lain. Sofea tidak seperti gadis-gadis remaja yang sebaya dengannya yang lebih suka membincangkan perkara yang dirasakan menyeronokkan mereka. Fesyen, lelaki, hiburan dan pelbagai perkara lagi yang dibincangkan oleh mereka. Sofea tidak endahkan semua yang berlaku disekelilingnya itu kerana begitu asyik dengan buku dan notanya. Sesekali Sofea menyanyikan lagu nasyid kesukaannya secara perlahan untuk menghilangkan rasa penat membaca. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 9.30 malam. Waktu prep akan tamat pada pukul 10.30 malam. Sofea berehat dan memerhatikan sahabat-sahabatnya. Keadaan di kelas agak bising dengan suara pelajar-pelajar yang asyik leka dengan dunia mereka. Sofea hanya memandang mereka dengan pandangan yang kosong. Keadaan itu adalah situasi biasa pada setiap kali waktu prep tetapi akan berubah sekiranya minggu tersebut adalah minggu peperiksaan. Sofea tersenyum sahaja melihat karenah sahabat-sahabatnya itu. Sofea menyambung kembali bacaannya. Tangannya sesekali menari-nari diatas kertas. Dahinya kadangkala berkerut apabila apa yang dibacanya kurang difahami.

”…hmm.. Tok Janggut pahlawan Melayu yang ingin memperjuangkan Tanah Melayu… Tanah Melayu?.. Benar ke Tok Janggut hanya memperjuangkan Tanah Melayu, sedangkan dia merupakan seorang ulama’ islam? Mungkin dia memperjuangkan agama islam pada waktu itu. Tapi, pihak British yang sememangnye menentang islam ni cuba untuk jatuhkan Tok Janggut sampai siksa beliau dengan siksaan yang mengaibkan. Huh. Kejam betul..”

sejenak kerana dia pernah membaca artikel tentang pejuang agama di Mesir. Ikhwanul Muslimin memperjuangkan agama islam di Mesir yang diketuai oleh Asy-syahid Imam Hassan Al Banna.Mungkin Tok Janggut ada kaitan dengan jemaah yang digeruni golongan penentang islam tu. Sofea tersenyuSofea berfikir m sendirian memikirkan hal itu. Dia juga ada menyimpan cita-cita untuk memperjuangkan agama seperti mereka. “Eh Sofea, Amir kirim salam” Sofea terkejut dari lamunannya apabila Hasyim menyergahnya dengan tiba-tiba. Sofea hanya menjeling tajam dan tidak menghiraukan sapaan Hasyim. Dia meneruskan pembacaannya. Hasyim geram melihat kelakuan Sofea yang tidak menghiraukan dirinya. Tapi, Amir memang betul-betul berkirim salam pada Sofea. Amir merupakan sahabat Hasyim yang merupakan pelajar terbaik di sekolah itu. Sofea tidak pernah bertegur sapa dengan Amir namun Sofea sangat mencemburui kepandaian Amir dalam pelajaran. Di dalam diam, dia menyimpan hasrat ingin menyaingi Amir dalam pelajaran. Namun dia tidak pernah menyuarakan kerana baginya tidak penting dan biarlah hanya dia yang menyimpan hasrat itu tanpa diketahui oleh Amir. “Sofea!! Kau dengar tak ape aku cakap tadi? Amir kirim salam lah. Jawablah…” Hasyim masih tak berpuas hati dengan sikap Sofea yang kadangkala pelik daripada orang lain. Sofea tidak menjawab namun hanya menjeling tajam kerana tidak tahan dengan karenah Hasyim yang asyik mengganggunya, Sofea menjawab. ”Hasyim.. perlu ke ana jawab? Ana rasa tak perlu kan? Jadi ana nak sambung balik ulangkaji ana. Syukran”. Sofea meneruskan pembacaan dan sesekali tangannya menulis sesuatu di atas kertas. Hasyim masih lagi tidak berpuas hati. Tiba-tiba Amir masuk ke kelas dengan wajah yang selamba. Amir datang lewat ke kelas kerana sibuk dengan tanggungjwabnya sebagai ketua pengawas di sekolah. Sofea tidak mempedulikan Amir dan Hasyim yang masih tidak berpuas hati dengan dirinya. Sofea lebih berminat untuk meneruskan pembacaannya yang terganggu tadi. Amir berbisik sesuatu dengan Hasyim sambil matanya mengerling ke arah Sofea tetapi tidak diperasan oleh Sofea. Ada sesuatu yang menarik perhatian Amir melalui gadis itu. Dia tidak seperti gadis yang lain. “Kenape die tak macam gadis lain? Pelik dan ada sesuatu yang tersembunyi dalam dirinya “ Amir bermonolog sendirian sambil membuka bukunya. Dia juga tidak menghiraukan keriuhan suara pelajar lain yang membuat bising. Peperiksaan tinggal beberapa minggu sahaja lagi dan dia perlu mengulangkaji pelajarannya kerana sejak kebelakangan ini dia sering sibuk menguruskan program di sekolahnya. Tambahan pula dia merupakan peserta debat di sekolahnya yang memerlukan latihan pada setiap hujung minggu. Amir merasakan dirinya agak pandai bersosial sejak aktif di sekolah kerana sebelum ini dia merasakan dirinya sangat sukar untuk berbicara dengan pelajar perempuan kerana faktor latar belakang adik-beradik yang kesemuanya lelaki. Namun itu semua tidak menyekat dirinya untuk bergiat aktif dan sentiasa menempa kejayaan di dalam akademik. Mungkin hasil didikan kedua ibu bapanya yang agak bertegas terhadapnya dalam pelajaran menyebabkan dirinya menjadi seorang yang sangat menjaga prestasi dalam pelajaran. Tambahan pula dia merupakan anak sulong dalam adik-beradiknya dan bertanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik terhadap adik-adiknya. Jam didinding telah menunjukkan jam 10.25 malam. Tinggal 5 minit sahaja lagi, waktu prep akan tamat tetapi kelas hampir lengang dengan pelajarnya kerana masing-masing sudah mula pulang ke asrama. Sofea mengemaskan buku-buku dan alat tulisnya. Begitu cepat masa berlalu dan dia berniat ingin menyambung pembacaannya di asrama pula. Amir juga mengemaskan barang-barangnya dan tanpa diduga novel kesukaannya jatuh dihadapan Sofea. Jarak kedudukan meja mereka agak dekat menyebabkan novelnya terjatuh di hadapan Sofea semasa Sofea ingin melangkah pulang. Sofea memandang novel itu yang berada dihujung kakinya. Amir berasa serba salah dan gelisah kerana dia malu untuk bersuara di hadapan Sofea yang masih terkejut pada waktu itu. Dengan berhati-hati, Sofea mengambil novel tersebut dan meletakkan ia di atas meja Amir tanpa memandang wajah Amir dan akhirnya terus berlalu dari situ. Amir masih lagi kaget dan malu dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Namun dibiarkan peristiwa itu luput dari ingatannya. Sofea langsung tidak memandang dirinya dan dalam pemerhatiannya, Sofea juga tidak suka bercakap kosong dan menjaga pandangannya. “Pelik” Bisik hati Amir. Amir melangkah pulang ke asrama bersama sahabatnya Hasyim sambil fikirannya masih lagi memikirkan peristiwa yang berlaku antara dirinya dan Sofea tadi.

Sofea pula melangkah ke surau bersama sahabat-sahabat yang amat disayangi olehnya. Salwa, Nurul dan Hayati merupakan sahabat baik Sofea walaupun mereka berlainan aliran. Sofea beraliran sains manakala sahabat-sahabatnya yang lain mengambil aliran agama. Sofea sangat bahagia menjalinkan ukhwah bersama mereka kerana sikap mereka yang sangat sopan dan mencerminkan peribadi muslimah yang sejati. Tiga mawar berduri yang sangat dikagumi Sofea kerana ketegasan dan ilmu agama yang bukan sahaja diamalkan, malahan juga dihayati. Sofea sering mengikuti mereka berusrah bersama Ustazah Rumaizah yang dipanggil umi. Sofea tenang apabila berada di dalam usrah umi. Kata-kata umi penuh hikmah dan menusuk ke kalbu Sofea. Umi selalu menekankan tentang ikatan ukhwah dan di samping itu juga diselitkan tentang rantai-rantai perjuangan yang perlu diteruskan oleh umat islam yang dipilih Allah. Sejak itulah Sofea mengenali siapa Zainab Al Ghazali dan siapa Asy-Syahid Imam Hassan Al- Banna. Walaupun Sofea masih belum mengerti tentang kewajipan untuk memperjuangkan islam, namun di hatinya terselit satu harapan dan azam untuk menjadi penerus rantai perjuangan yang dimulai oleh Nabi Muhammad yang dikasihi. Umi sering memanggil Sofea dan sahabat-sahabatnya dengan panggilan mawar berduri. Sofea senang mendengar dia dipanggil begitu dan adakalanya dia suka menggelarkan dirinya sesuatu yang rahsia. Kata umi, rahsia dalam bahasa arab adalah ‘asrar’. Apabila ditanya oleh sahabatnya kenapa asrar, Sofea tersenyum sambil memandang sahabat-sahabatnya dengan penuh kasih sayang.

Sofea nak jadi bunga yang tersembunyi, yang orang tak nampak tetapi bunga tu sangat misteri dan tersimpan suatu rahsia didalamnya. Tatkala ia kembang, ia mampu memberi keindahan yang tiada tolok bandingnya dan kecantikan serta kesegarannya memberi manfaat kepada orang lain. Bunga tue, susah nak dimiliki oleh orang yang tak dapat menilai sebab orang tu tak nampak bunga tue. Hehehe..”

Sofea ketawa kecil sambil diperhatikan sahabatnya yang juga tergelak apabila mendengar kata-kata Sofea. “Eii.. romantik betul sahabat ana sorang nie” Kata Hayati sambil mencubit pipi gebu Sofea. Sofea tergelak kegelian sambil memeluk Hayati. Gelak tawa empat muslimah itu mengisi ruang tamu di rumah umi mereka. Umi hanya memandang gelagat anak-anaknya yang sangat akrab ukhwah antara mereka. “Semoga antunna semua akan berukhwah sehingga ke syurga wahai mujahidah-mujahidah islam” Bisik hati umi. Sofea sangat suka bernasyid dan sering mendengdangkan lagu-lagu yang menyentuh hati sahabat-sahabatnya. Adakalanya mereka akan bernasyid lagu kesukaan mereka sambil memegang tangan antara mereka dengan penuh kasih sayang.

Disaat diriku ketandusan kata-kata
Kau datang menjelma membawa cahaya
Kau memberi sinar untuk kuteruskan
Kehidupan yang penuh dugaan cabaran…


************

Peperiksaan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sofea dan sahabat-sahabat seperjuangannya semakin gigih mengulangkaji pelajaran pada setiap hari. Masa mereka penuh terisi dengan sesi perbincangan soalan-soalan yang diberikan oleh guru-guru mereka. Salwa merupakan salah seorang pelajar pintar di sekolah mereka. Sofea sangat mengagumi kegigihan Salwa dalam menuntut ilmu walaupun dia merupakan peljar beraliran agama, namun dia telah membuktikan bahawa pelajar beraliran agama juga mampu memberi saingan yang hebat dalam akademik berbanding pelajar aliran sains. Salwa seorang pelajar yang sangat pintar dalam mata pelajaran Matametik Tambahan dan sering menjadi tempat rujukan bagi Sofea, Hayati dan Nurul. Salwa juga seorang pengawas di sekolah mereka, namun tanggungjawab itu tidak membebankan dirinya untuk terus gigih belajar. Nurul dan Hayati pula merupakan ahali majlis tertinggi dalam badan kerohanian di sekolah mereka dan hanya Sofea tidak memegang apa-apa jawatan di sekolah kerana bimbang dia tidak dapat memegang amanah yang diberikan dengan baik. Baginya, dia bukanlah seorang yang boleh mengawal emosinya sendiri dan tidak mampu menyelesaikan masalah yanpa bantuan orang lain. Namun begitu, Sofea tidak menganggap itu semua sebagai satu kelemahan dalam dirinya dan dia berusaha untuk memperbaiki dirinya dari hari ke sehari.Lagipun Sofea tidak suka menonjolkan diri di sekolah dan lebih senang jika dirinya tidak dikenali. Oleh sebab itu dia lebih suka menggelarkan dirinya sebagai seorang bunga yang tersembunyi. Namun, setelah dinasihati oleh umi tentang kewajipan sebagai seorang islam itu sebagai seorang da’i, Sofea menerima jawatan sebagai seorang naqibah di sekolahnya. Sofea tenang dan suka bila berusrah begitu dan berasa bertanggungjawab untuk memegang taklifan sebagi naqibah walaupun dia sendiri kebimbangan jika dia tidak dapat melaksanakan amanah itu. Sofea bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sering mambantunya kerana Sofea mengakui bahawa dia tidaklah sepandai mereka semua tetapi dia teringat hadith Nabi Muhammad yang menyatakan bahawa ‘Sampaiakanlah olehku walaupun satu ayat’. Kadangkala Sofea sengaja mengaktifkan diri dalam sukan permainan kerana itu sudah menjadi minatnya sejak kecil tetapi sejak sibuk dengan peperiksaan, Sofea tidak terlibat lagi dalam sukan dan permainan. Dia lebih menumpukan diri pada pelajaran.
Sofea berjalan ke kelasnya dengan langkah yang berhati-hati dengan buku penuh di tangan kerana dia baru sahaja meminjam beberapa buah buku dari perpustakaan. Puan Latifah, guru mata pelajaran Bahasa Inggeris tidak masuk ke kelas tadi. Sofea mengisi mas terluang itu dengan mengulangkaji pelajaran di perpustakaan kerana dia inginkan waktu untuk belajar bersendirian di saat-saat akhir sebelum peperiksaan tiba. Tambahan pula jika berada di perpustakaan, keadaan lebih tenang dan mudah untuk dia membuat apa-apa rujukan. Sofea sempat bertanya kepada penolong kelasnya, Rohaya sama ada Encik Saiful akan masuk atau tidak pada waktu kelas Biologi nanti. Nampaknya, kebanyakan guru ttidak akan masuk ke kelas kerana ada mesyuarat tergempar di bilik guru. Mungkin perbincangan mengenai peperiksaan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sofea meneruskan niatnya untuk ke mejanya. Sesekali dia membetulkan buku-buku didalam gengamannya, Sofea ingin berehat sebentarkerana otaknya agak penat disumbat dengan pelbagai maklumat. Dalam istilah sahabat-sahabatnya dipanggil ‘tepu’.” Dah tepu ke kepala Sofea ni? Hehe..” Sofea berbisik kepada dirinya sendiri sambil tersenyum. Tanpa diduga, Hasyim menyergahnya. “Sofea!!” Buku-buku di dalam genggaman Sofea terlepas dari tangannya. Sofea terkasima. “Subhanallah.. Hasyim, enta ni kenape? Ada apa-apa yang boleh ana bantu? Sofea memarahi Hasyim dalam nada yang tenang sambil mengutip buku-bukunya yang terjatuh. Dia sudah biasa dengan sikap Hasyim yang sememangnya suka bergurau dengan rakan-rakan sekelasnya. Cuma kadangkala kenakalannya itu membuat Sofea geram. “ Aku minta maaf la Sofea.Aku tak sengaje. Ingatkan kau tak terkejut sebab kau kan lain dari budak-budak kelas ni. Tiap kali aku buat lawak, kau buat tak endah je. Maaf la. Lagipun aku sebenarnye nak bagi buku kau nie. Puan Latifah bagi tadi” Hasyim merasa serba salah dengan tindakannya tadi. “ La baksa…” sofea menjawab pendek dan teruskan langkah ke mejanya. Sofea kelihatan tidak kisah dengan sikap Hasyim kerana baginya mungkin Hasyim tidak sengaja. Sofea memngemas mejanya sambil membelek-belek kesemua buku-bukunya. “Eh, mane Sofea letak buku Sejarah Sofea tadi?” Sofea mencari-cari bukunya di dalam beg sekolah dan di bawahnya. Sofea masih ingat bahawa dia membawa buku itu tadi bersamanya. Sofea beristighfar panjang sambil mengingat kembali di mana dia letakkan buku itu tadi. Tiba-tiba Amir meletakkan sesuatu diatas meja Sofea tanpa memandang Sofea. Sofea terpana melihat tindakan Amir itu dan mengamati buku yang diletakkan diatas mejanya.”Eh, nie buku Sofea. Macam mane….Erm.. Mungkin waktu buku-bukunya terjatuh tadi, Sofea tidak sedar buku Sejarah itu tercicir. Alhamdulillah..” Sofea bersyukur kerana bukunya telah dijumpai namun dia segan untuk mengucapkan terima kasih kepada Amir. Mungkin kerana Amir merupakan pelajar terbaik di sekolahnya dan Sofea pula seorang yang sukar untuk bercakap dengan pelajar lelaki di kelasnya jika tidak perlu, lagikan pula untuk bercakap dengan Amir yang dirasakan kadangkala tidak wujud di kelasnya kerana kesibukkan dan sikap Amir sendiri yang sangat fokus tatkala di dalam kelas. Sofea langsung tidak ambil tahu tentang pelajar yang bernama Amir itu walaupun dia sendiri mengagumi kepandaian Amir. Sofea meneruskan kerjanya tanpa memikirkan tindakan Amir tadi seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Mungkin juga Amir tidak kisah”. Fikirnya. Tangan Sofea kembali menari diatas kertas. Dia ingin membuat perancangan jadual usrahnya bersama sahabat-sahabat yang lain. Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan sahabatnya. Begitu juga dengan umi. “ Umi, Sofea rindu nak jumpa umi.. Hmm.. minggu depan Sofea nak ajak Yati, Sal dan Nurul ke rumah umi. InsyaAllah..” Sofea merancang sambil menulis peringatan di dalam diarinya..

********

Peperiksaan SPM telah berlalu dan kini para pelajar sedang menanti keputusan peperiksaan dengan penuh debaran. Alhamdulillah Sofea mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak sabar rasanya untuk berkongsi kegembiraan bersama insan-insan tersayang.Tiba-tiba kedengaran bunyi bising sahabat sekelas Sofea. Kedengaran mereka menyebut-nyebut nama Amir." Amir.. tahniah dapat best student!" Sofea hanya memandang dan mendengar sepintas lalu. Alhamdulillah. tahniah buatnya. Bisik hati kecil Sofea. Sofea berjumpa dengan sahabat handai dan juga guru-gurunya. Usai itu, Sofea bersama ibu bapanya menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba.."Tet..tet..tet.." Bunyi deringan tanda SMS masuk. Sofea melihat satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali. "Assalamualaikum Sofea.. tahniah atas keputusan enti.. Moga Allah jaga enti.. Amir'. Sofea terdiam. Kepalanya berputar memikirkan dari mana Amir perolehi nombor telefonnya. Sofea hanya membalas pendek. "Syukran". Semasa ingin masuk ke dalam kereta, kelihatan Amir memandangnya dari jauh. Sofea hanya memandang sekilas dan tidak menoleh lagi.


P/s: masih mencari idea untuk sambung lagi. ^^

3 comments:

Hijau yang damai said...

Karya yang menarik.. mngkin plot tu kena teratur sikit.. pembaca cerpen biasanya taboo pada plot yang drag (meleret).. TAPI karya anda sangat menarik..

wslm

akhi sharif said...

tukar la kaler tulisan tu..xleh nak bace la...buleh??

Akhi sharif said...

teknik penceritaan yang bagus..berdasarkan latar cerita yang islamik..plot cerita yang mudah..not bad..keep it up!!boleh ganti fatimah sharha dah ni...:)