expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

22 May 2009

Kisah cinta bermula...




Assalamualaikum... (^_^)!.. hmm.. setelah berjuang dengan mata pena (final exam), akhirnya ana sudah menghabiskan foundation year selame two years nie.. Alhamdulillah.. Sepanjang foundation year nie, pelbagai ujian, pahit, manis semua ana lalui dan alhamdulillah segalanya dapat diatasi even susah jugak.. huhu.. Dan sekarang kisah cinta ana bermula untuk menyelusuri mehnah dalam perjuangan.. Bukan baru nak mule.. dah lame pun, tapi sekarang lagi manis dan makin bertambah2 kecintaan ana pada jalan ini.. huhu.. hope ana akan istiqamah.. insyaAllah..

Ana tak nak tulih panjang2 la... tak tergambar perasaan ini untuk teruskan langkah... insyaAllah langkah mujahidah... =).. sahabat2 ana, doakan ye... Kat sini nak buat satu bait kate2 yang tak la berseni pun.. sekadar peringatan


Buat hati si mujahidah...


Jadilah wanita yang mahal harganya,

Sehingga sang kumbang berkira-kira untuk mendekati dirimu,

Bimbang terkena duri yang memagarimu,


Janganlah menjadi seorang wanita yang kurang harga dirinya,

Yang ibarat berada di kaki lima,

Dipamerkan dan mudah pula dibeli,


Wahai mujahidah...

Usah bimbang siapa panglimamu..

Kerana telah tertulis segalanya...

Tanpa pengetahuanmu..


Sekarang,

matlamatmu hanya Allah,

Cintamu hanya dakwah,

Kisah cintamu penuh mehnah,

Yang menjadi kayu ukur buat bekalan ke jannah..


Ya Allah,

Kau bekukan cintaku buat manusia untuk sementara...

Sehingga engkau mencairkan ia semula..

untuk pemilik yang benar-benar Engkau redhoi...


Semoga aku dapat menjalani kisah cintaku ini penuh sabar dan istiqamah... amin...




1 comment:

ana_MUSLIMat said...

bagus la...insyAllah....medan jihad di sana lebih mencabar...doakan perjuangan kami disini...sayang antum...=)