expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

01 January 2010

Selamat tinggal 2009....Entry pertama 2010


Assalamualaikum sahabat-sahabat ana yang dikasihi Allah swt sekalian. Genap sudah 21 tahun ana hidup di bumi Allah ini walaupun tarikh lahir sebenar ana lagi 16 hari lagi (adakah ini promote?). Di bumi Allah, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ini ana meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. Ana meninggalkan tahun 2009 yang penuh dengan suka dan duka kehidupan ana, yang telah banyak mentarbiyyah diri ana untuk menempuhi realiti kehidupan yang sememangnya bukan mudah. Tahun 2009 yang banyak membuatkan ana menitiskan air mata. Tahun 2009 yang telah membuka mata ana tentang siapa itu sahabat, siapa itu musuh dan siapa itu kafirun laknatullah. Tahun 2009 yang banyak membantu ana menjadi gadis yang kuat dan tabah.


Kini tahun 2010 menjelma dan ana tidak tahu apa pula cabaran hidup ana. Tahun 2009 yang lepas berlalu dengan begitu pantas sehingga ana tidak terasa pemergiannya. Ana tidak terasa bertapa lamanya setahun itu. Semuanya singkat dan pantas. Tiada masa untuk ana memikirkan bagaimana ingin menghiburkan diri ana, bagaimana ingin mencari keseronokkan. Kerana apa? Di dalam kepala ini sarat memikirkan masalah-masalah yang membelenggu diri sehingga family ana sendiri merasai keperitannya. Subhanallah.. ujian Allah ini telah mampu ana hadapinya dengan sokongan keluarga dan sahabat-sahabat. Masih terasa hangat air mata ini tatkala menerima kekecewaan itu. Masih terasa kehangatan air mata yang bergenang di saat diri ini tahu "dia" orang yang disangka dapat membantu ana dan sahabat-sahabat telah memberikan ana racun. YOU KILL ME!! Tapi ana kuatkan hati biarpun masih terasa kesakitannya di dalam hati ini. Luka diluar memang tidak nampak, tetapi di dalam hati ini dah cedera parah dan kalau boleh di scan, rasenye dah parah sangat. Tapi secara yang tak nampak lah. Tapi ana masih mampu menguatkan diri dengan kekuatanNya. Tidak mengapalah ana dimusuhi begini kerana yang memusihi ana pun kafir. Orang kafir memang tidak mahu islam bangkit. Sunnah untuk kita umat islam berjuang, pasti ada tentangan.


Masih juga terasa bahu ini di sentuh tangan ibu yang memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk melangkah meneruskan perjuangan biarpun terpaksa bertatih dari mula. Biarkan. Ana sanggup ya Allah jika ini ketetapanMu buatku sejak azali. Ajaib benar jalan yang Allah tentukan buat ana. Ana sangka mudah, rupanya berliku-liku dan ana berpatah kembali dari asal. Dari syariah ke English kemudian kembali semula kepada syariah. Subhanallah, pelik tapi itulah kebenarannya. Jangan kita sangka apabila kita sudah hampir-hampir menggapai kejayaan, kita pasti akan dapat mengecapi apa yang kita inginkan. Adakala Allah menarik kamu kembali ke asal atau peringkat yang bawah untuk menguji keimanan kamu. Adakala Allah menguji begitu kerana itu adalah tarbiyyah buat kamu. Alangkah beruntung diri ana kerana ditarbiyyah oleh Allah swt. Alhamdulillah..


Di sini, ana mengaplikasikan apa yang ana perolehi dahulu dan disini juga akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Ana bersyukur kerana ana dapat berada dan mengenali pelbagai persekitaran di sekeliling ana. Luas pengalaman dan ilmu ini lah sangat sukar untuk kita perolehi sebenanrnya. Pengalaman itu adalah ilmu yang tidak boleh dipelajari melalui buku-buku, tidak juga boleh didapati dengan mempelajarinya dari guru. Tetapi ianya diperolehi apabila kita menghadapinya dan ilmu inilah yang mematangkan diri kita.


Jika ada ilmu tetapi tidak aplikasi, tidak membina pengalaman diri juga tidak membuatkan seseorang itu berjaya. Ibarat teori sahaja yang menari dibibir tetapi tidak ada penghayatan dan praktikalnya kosong. Sekadar pendapat ana setelah meniti kehidupan hampir 21 tahun ini.


Oleh itu, ana berharap tahun ini akan memberikan ana pelbagai pengalaman yang bermakna yang boleh menjadi bekalan buat ana untuk hadapi kehidupan dengan lebih matang. Tidak lupa juga amalan yang perlu dilipat gandakan kerana kita hidup menuju kematian dan untuk bertemu Allah. Perjuangan ana terhadap islam juga tidak akan berhenti selagi jantung ini berdegup dan ana akan tetap dengan jalan ana InsyaAllah..


Buat adik-adik ana di KIPSAS, semoga antum semua juga akan bersama-sama ana dalam perjuangan ini. Bangkit dengan semangat cintakan agama dan mempertahankan undang-undang Allah. Belajar syariah undang-undang bukan kerana gahnya course ini, pekerjaan yang hebat, tetapi kerana ingin memperbetulkan apa yang salah di muka bumi Allah ini. Uhibbukum fillah...


P/S : InsyaAllah nanti gambar classmate ana, bakal pendakwaraya(hehe).. akan menyusul..

3 comments:

Anonymous said...

Kuat. Kuat. Kuat.
Aku doakan ekau KUAT.
Doakan aku gak ye, ukhtiku MIU2.
^^~

Asyu said...

thanx atas perkongsiannya!

ucuk76 said...

Sabar la ye. Langit tak selalunya gelap. Habis hujan muncul la matahari.
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون (العنكبوت:2)و