“Keputusan final exam sudah pun keluar. Argh..aku gagal? Kenapa? Aku dah belajar betul-betul. Kenapa masih gagal? Kenapa? Argh!! Kenapaaaaaaaaaaaaaaaa!!”
Situasi di atas mungkin pernah berlaku dikalangan kita dan mungkin pada ana sendiri. Hm..memang pernah berlaku pada ana sendiri. Sudah berusaha siang dan malam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam exam, tapi hasilnya hanya ciput dan kadang-kadang makin menurun pulak tu. Perasaan kecewa dan putus asa memang bercampur baur sahaja. Mula lah hati berprasangka itu dan ini. Syaitan berbisik di telinga. “Kau kena memberontak! Tak payah belajar sebabnya keputusannya tetap sama!!” Ana pernah hadapi situasi itu di waktu alam persekolahan dahulu. Bila belajar di sekolah yang majority pelajarnya yang bijaksana dan bijaksini membuatkan diri ini rasa kerdil dan patah semangat untuk terus belajar. Rasa rendah diri dan selalu keseorangan. Kadang-kadang habis basah bantal tu jadi peneman di kala “kehujanan”.. Argh..tension betul!!.. Bila call mak di kampong, pasti berjujuran air mata ni. “mama, ika tension dan penat..huhu.. dah buat betul-betul tapi gagal jugak” sehinggalah duit syiling habis didermakan kepada Telekom Malaysia. Huhu. Telefon awam menjadi saksi babak yang menghayat hati itu. Kalau telefon tu dapat bercakap, pasti banyak ragam students yang akan diceritakannya. Tapi nasib baik dia tak boleh cakap.Huhu..
Tetapi, cuba kita muhasabah diri dan memikirkan kembali kenapa Allah memberikan dan menghadiahkan sebuah kegagalan kepada kita yang dah berusaha sampai tak tidur malam untuk berjaya? Kenapa? Hanya satu perkara yang bermain di fikiran ana yakni kerana Allah sayang. Ya! Kerana Allah sayang dan mahu kita menjadikan Dia sebagai tempat mengadu dan meningkatkan pergantungan kita kepadaNya. Kenapa perlu bersedih hati sedangkan kita ada Allah? Bukankah kejayaan itu milik Allah dan kegagalan itu juga datang dari Allah? Adakah kita tidak bersyukur atas kurniaanya? Dan kita juga perlu berfikir bahawa setiap apa yang Allah berikan dan jadikan itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita bersedih hati bermakna kita tidak redha dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Memang kita sudah berusaha dan kita mahukan sesuatu hasil yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. What you give you get back. Right? Tapi apabila berurusan dengan Allah, maka kita akan diuji untuk menilai sama ada kita adalah hambaNya yang redha dan sabar atau sebaliknya. Bukankah Allah ada berfirman dalam kitabNya:
“Jangan kamu mengaku kamu beriman selagi kamu tidak diuji”
Jadi kenapa harus malu dengan kegagalan. Kenapa harus malu dengan kekecewaan kerana itu adalah lumrah kehidupan. Kegagalan datang mungkin sebagai balasan jika kita fikirkan secara surface sahaja tetapi jika kita kaji dengan mata hati dan memikirkan kasih sayang Allah, kegagalan itu adalah suatu teguran dan peringatan dari Allah supaya hambaNya itu kembali mengingatiNya yang telah lama dilupakan. Allah memberi peluang kepada hambaNya untuk muhasabah diri dan kembali kepadaNya. Apabila ditimpa musibah, kita menyebut innalillahi wainna ilaihi raji’un kerana segalanya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Masakan kita dibiar terus bersedih oleh Allah sedangkan Allah itu bersifat pemurah. Tidak dibiar hambaNya hidup menderita dan melupakan hambaNya. Hanya kita sahaja yang melupakan Dia bila senang dan mengingatiNya di waktu susah. Tetapi ada juga langsung tak ingat padaNya dikala susah atau senang dan orang seperti inilah orang yang rugi.
Usah bersedih andai diri mendapat kegagalan kerana orang yang gagal setelah berusaha itu adalah tinggi darjatnya andai dia bersabar dan redha dengan ujian Allah. Jika gagal mendapat keputusan yang bagus, maka cuba lagi dan berusaha yang disertai dengan doa. Usaha itu milik kita tetapi kejayaan itu milik Allah. Jika kita berjaya, maka bersyukurlah dengan menjadikan diri hambaNya yang terbaik. Jangan terlupa tentang siapa yang memberikan kejayaan itu. Sebuah kejayaan itu perlu diuji dengan sebuah kegagalan. Wallahua’alam..
Wahai hati…
Bila engkau memandang segalanya dari Allah…
Yang mempercepatkan segalanya…
Yang menimpakan ujian…
Yang menyebabkan sakitnya hatimu…
Membuatkan keinginanmu terhalang…
Pastinya damailah hatimu…
Kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia…
Bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu…
Pecahnya hatimu…
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu…
Kerana Dia tahu…
Hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya…
p/s : kepada sahabat-sahabatku di UK, IPGM KAMPUS IPOH, maattaufiq wannajah fi al imtihan..=)
No comments:
Post a Comment