Mata melihat dan tertangkap kepada sesuatu yang cantik/buruk.
Lalu ia diproses di minda untuk memperoses data.
Dalam masa yang sama hati turut mempengaruhi setiap pemikiran itu.
Jika hati yang bersih akan terucaplah kata-kata yang indah lagi menenangkan.
Namun jika hati kotor, maka terucaplah kata-kata yang penuh keaiban lagi menyakitkan.
Dan mata juga satu amanah yang sukar sekali untuk dijaga di zaman serba canggih ini. Semua perkara yang diinginkan hanyalah dihujung jari malahan jika ingin melihat sesuatu yang menyeronokkan nafsu juga bersepah-sepah di merata-rata tempat. Tak kiralah di televisyen sehinggalah kepada system yang tercanggih di abad ini sekalipun. Semuanya mudah dengan hanya satu klik.Bila sudah melihat perkara yang sebegitu walaupun dengan sekadar mencuba-cuba, akhirnya ia akan meratah iman kita satu persatu. Tidak kiralah sesiapapun sama ada berilmu agama tinggi atau yang berstatus naqib atau naqibah sekalipun. Semuanya mempunyai peratus yang sama untu terjerat dengan maksiat mata yang mampu membuatkan seseorang itu terjerumus kearah yang lebih mengaibkan. Semuanya kerana “dari mata turun ke hati”
Mata itu satu amanah
Amanah adalah sesuatu yang paling berat untuk dipikul seprtimana yang dikatakan oleh Imam Al Ghazali. Kenapa berat? Kerana ianya sukar sekali untuk dijaga dan dijalankan. Allah swt mengurniakan nikmat penglihatan kepada manusia agar kita melihat kekuasaanNya dengan melihat kejadian langit dan bumi yang diciptaNya. Open your eyes your heart and mind to see it.
Ainun,
Gunanya untuk menangis di saat kita takut azab Allah
Ainun,
Gunanya untuk membuat jiwa ini lembut tatkala menatap surat cinta dariNya
Ainun,
Gunanya sebagai petunjuk jalan untuk ke tempat yang member manfaat kepada kita dunia dan akhirat yang terutama
Ainun,
Gunanya untuk membaca buku dalam menimba ilmu pengetahuan
Tapi akibat dugaan dan godaan dunia yang sangat dasyat zaman kini, mata itu digunakan untuk memuaskan nafsu diri, memuaskan akal kotor manusia yang semakin hari semakin jahil dan jauh dari agama.
Mata,
digunakan untuk melihat tarian perempuan-perempuan yang menggiurkan.
Mata,
Digunakan untuk melihat adegan-adegan yang tidak senonoh di televisyen dan internet.
Mata,
Digunakan untuk menonton konsert-konsert artis pujaan yang membuatkan seseorang itu gila bayang hingga lupa Tuhan
Mata,
Digunakan untuk melihat segala-galanya pada perempuan murahan.
Oh, sukar benar untuk menjaga mata ini. kadangkala terasa bahawa orang yang buta itu sangat bertuah kerana dia tidak melihat segala kemaksiatan yang berlaku di dunia ini. Membuatkan mereka celik hati dan lebih mengenali Allah dan dekat denganNya.
Ya Allah pelihara mataku daripada kemaksiatan yang meragut imanku.. amen..
Mata..ainun.. eyes… Amanah yang perlu dijaga kerana dia saksi buatku akhirat kelak.. Astagfirullahalazim…
No comments:
Post a Comment