expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

02 May 2010

Ku ingin bahagia

Assalamualaikum semua. Sejak akhir-akhir ini perasaan penulis agak bercampur-baur. Terasa kehidupan ini begitu rumit sekali. Ana Cuma inginkan bahagia tetapi sukar benar untuk mendapatkan kebahagiaan. Sukar benar ingin mendapatkan sesuatu yang kita impikan. Bila melihat sahabat-sahabat yang dapat mencapai impian masing-masing. Ana rasa sangat cemburu dan kadang-kadang bertanya pada diri sendiri “bile pulak diri ini nak dapat macam mereka dapat?”. Ana tahu ana tak boleh mempesoalkan semua yang telah tertakluk dalam perancangan Allah swt. Kenalah bersabar kan? Tapi manusia memang macam tu, selalu nak sesuatu dengan cepat sedangkan usaha untuk dapatkan sesuatu tu tak berbaloi dengan apa yang kita impikan.


Kadang-kadang tu rase sedih sebab kesedihan kite tu tak difahami oleh orang lain. Bile kite bercerita pada orang lain, dikatakan hanya bermain dengan perasaan. Kadang-kadang tu rase terase pun ade bile kite betul-betul ingin seseorang yang mendengar masalah kite tetapi kite diperlekehkan pulak. Sedihnye rase dihati ini. Lama kelamaan, hidup jadi begitu tertekan dan diri memendam rasa. Sekarang ni pun ana tak begitu stabil dalam kehidupan ana. Sukar betul untuk mendapatkan kekuatan dalam diri sendiri tanpa pertolongan dan dorongan daripada orang lain. Be independent la Atika!!.. Tak perlu nak menagih support daripada orang lain!!. Hm2 dulu ka nana seorang yang berdikari, seorang yang kuat dan tak perlukan sesiapa pun. Sampaikan ana berfikir bahawa lebih baik ana berfikir untuk diri sendiri dan tak perlu lah bergantung kepada orang lain. Pernah jugak ana fikir ana tak perlukan sahabat atau teman yang terlalu rapat disamping ana. Sebabnye? Sebabnya nanti ana akan terlalu rasa nak jaga perasaan orang sampai diri sendiri tak terjaga. Dan ana tak mahu orang lain ambil kesempatan atas diri ana. Dengan kata lainnya ana ni selfish dan tak mudah percayakan orang.


Tapi segala-galanya berubah bile ana kenal erti ukhuwah persahabatan. Tapi, sekarang ana rasa better ana sorang-sorang je. Fikir untuk diri sendiri dan buat perkara-perkara yang penting dalam hidup ana. Ukhuwwah tu perlu tapi entahlah.. susah nak jaga hati manusia ni. Haih.. jaga hati kucing lagi senang. Rase macam nak kembali hidup seperti dahulu. Kalau ape2 masalah ana tak cerita pada orang dan itu lah yang menjadikan ana kuat dan tak bergantung pada orang lain. Just mengadu pada Allah sahaja dan lagi best kalau berharap pada Allah. Lagi bahagia dan tenang sahaja. Kalau orang nak cakap hati ana keras pun tak pe. Hati keras bukan degil tapi hati keras dalam menghadapi hidup ini. Tak mudah mengalah. Orang nak cakap ape pun cakap lah dan lebih-lebih lagi kepada golongan lelaki. Ana memang tak mudah mengalah dengan mereka-mereka ini. Sampaikan orang takut nak tegur ana sebab diri ana yang tegas ni dan selalu serius. Ye lah, nak buat ape nak berlemah gemalai dengan mereka ni dan lagipun as muslimat kenelah jaga adab. Tapi ana memang anti betul la kalau dengan lelaki ni dulu. Haih.. ade je yang baik tapi macam ibarat mencari jarum dalam belukar la susahnye. Malas nak fikir. Huh.. tapi bile dah makin dewasa dan semakin matang, ana dah boleh bersikap professional bile perlu bekerjasama dengan muslimin. Muslimin dan muslimat perlu berkerjasama untuk melahirkan gerak kerja yang terbaik. Dakwah tu bukan tanggungjawab sebelah pihak sahaja. Kan? Bukan dalam skop dakwah sahaja, dalam skop belajar pun kena bercampur jugak. Tapi tetap kena berhati-hati sebab syaitan selalu memainkan peranan mereka. Dulu selalu bergaduh dengan muslimin sebab percanggahan pendapat dan waktu itu ana rase pendapat ana je yang betul dan ana teramatlah tak suke muslimin yang ego. Huh.. tak tahu nak cakap lah kan sampai ana boikot muslimin macam tu. Teruk juga sikap ana ni.. hai.. kisah lama..(tibe2 bercakap pasal masalah dengan muslimin)


Hm2.. kite tinggalkan cerita ana dengan muslimin nih.. sekarang ni ana rasa sangat tak selesa dan sedih.. tak tahu lah nak cakap macam mana sampai ana tak lalu nak makan. Ya Allah kenapa lah dengan dirku ini. Mengalami kemurungan pule… ana rasa nak cepat-cepat sambung kuliyyah balik sebab terasa begitu lama tempoh bercuti ini..huhu.. ana nak keluar dari masalah ana yang ana pun tak tahu nak cerita macam mane. Ana nak sibukkan diri ana dengan study, gerak kerja, meeting dan semua yang menyibukkan diri ana dari fikir masalah diri ana yang melibatkan dalaman ni.. penat nak fikir dan tak berpenghujung. KIPSAS!!! Kenape bagi cuti lame2 sangat? Adeih.. huhuh..

1 comment:

Anonymous said...

salam tqa

moga kuat ye sayang...
sobran jameela..
mai la dtg nz..rindu kt tqa

moga allah pandu setiap derap langkah mu dear..

wallahualam
azie

p/s: pkl 7pm ade test..sempat lg nak bce blog org...hehe