expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

10 July 2010

Jadual oh jadual..

Assalamualaikum…

InsyaAllah mulai minggu hadapan bermulalah perjalanan hidup ana as student dengan seriusnye. Hm? Selama ni tak serius ke? Serius je, tapi untuk sesi semester kedua ni perlu lah lagi fokus dan serius dalam pelajaran tu. Semakin bertambah semester semakin bertambah subjek dan semakin bertambah juga kadar kesusahan untuk menguasai sesuatu subjek. Alhamdulillah semester pertama yang lepas dapat ana tempuhi dengan baik walaupun dalam keadaan ana masih terkial-kial membiasakan diri dengan situasi tempat study yang baru. Dan untuk semester kali ni, ana harap ana dapat memperbaiki lagi tahap usaha ana. Bukan sahaja dari segi akademik tetapi diri ana pun perlu diperbaiki jugak. T_T.. sesungguhnya ana insan biasa yang mudah alpa dan terlalu banyak kekurangan makhluk.

Bermula minggu hadapan juga, pihak akademik telah memaklumkan tentang pertukaran jadual. Tadi, ana pun pergi la dengan sahabat ana Cik adik Hanim ni pergi salin jadual kat depan HEP. Huhu.. jadualnya dah bertukar kepada warna pink. Erk bukan lag jadual tu tibe-tibe bertukar warna tapi jadual jadual yang sebelum ni warnanya putih dan untuk membezakan dengan jadula yang baru, mereka print out dengan kertas warna pink.(perlukah di terangkan disini?). Makanya mataku yang rabun ini semakin berpinar-pinar lah melihat tulisan-tulisan yang kecil lagi banyak dalam satu jadual yang agak besar. Mencari-cari perkataan SUU Tahun 1 Sem 2 dalam banyak-banyak perkataan kat situ ibarat mencari kacang walnut dalam beras (mengarut betul. Tapi itulah gambarannye).

Alkisahnya adalah antara subjek-subjek yang jadual kuliyyahnye bertindih dan ada jugak subjek yang tidak diletak dalam jadual tu. Tapi ana tak tahu lah kot ana yang salah tengok tadi. Dari atas kebawah mata ana ni meneliti jadual tu bersama pensil dan kertas ditangan. Orang di kiri kanan pun tidak diendahkanye bila dah sibuk mentelaah jadual tu. Sampai terduduk pun ade bila nak kaji jadual tu. Rasenye after this kena bawak kanta pembesar bila nak tengok jadula tu. Adeih.. huhu.. Selepas dah salin semua jadual tu, ana edit lah dalam laptop sebabnye nak letak dalam blog batch ana sebagai information budak2 lain. Tapi bile dah buat, ana bertambah pening dengan jadual yang ana salin. Alamak.. nampaknye ana memerlukan Kak Ira untuk membantu ana dalam menyalin jadual ni. Tadi dah text kat Kak Ira nak suruh dia tengokkan sekali lagi jadual tu. Ana pun mungkin kena turun balik dari tingkat 3 ni untuk semakan balik jadual tu. Turun dan naik membuatkan nafas ana seperti nyawa-nyawa ikan sahaja. Tapi tak pe, nak belajar kena bersusah payah. Kan??? Jangan mengeluh nanti usaha kita tu sia-sia sahaja di sisi Allah Taala.. astaghfirullahazim..

Hm2.. jadinye mungkin petang ini ana akan mulakan ekspidisi turun tangga dan mengkaji jadual pin tu lagi sekali. Semoga mata ana ni tajam untuk mengenal pasti jadual kelas ana sendiri. Huhu. Ya Allah permudahkanlah… amin…

Salam..

No comments: