Assalamualaikum sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah taala…
Alhamdulillah sudah seminggu ana memulakan sesi lembaran yang baru bagi pengajian ana di bumi KIPSAS yang penuh barakah ini. Sepanjang minggu ini, masih belum bermula sesi pengajaran dan kuliyah. Just sesi pengenalan sahaja dengan beberapa lecturer baru yang mana pada semester lepas tidak mengajar kami. Hm2.. betul ke ayat ana tu??? Agak lame meninggalkan penulisan di blog ni kerana sebab-sebab yang tertentu dan kadangkala tu disebabkan perasaan malas ana sendiri jugak. Jadi kena lah rajin-rajinkan diri plak selepas ini insyaAllah.
Minggu pertama sesi semester kedua ni tak lah sibuk mane dan ana sendiri lebih banyak menghabiskan masa di bilik bersama akak-akak Sabahan ni. Alhamdulillah pada semester kali ini ana punya roommates kedua-dua nya berasal dari negeri di bawah bayu. Kak dila dan kak leny. Jadinya ana merupakan adik merangkap budak paling muda dalam bilik tu walaupun usia sudah 21 dan tak lame lagi dah nak masuk 22 pun. Ok la kan jadi adik sat. huhu.. Akak-akak ni belajar dalam jurusan Dakwah dan Pengrusan (PEDAP) dan mereka juga merangkap kepada tempat ana mengadu masalah dan mendapat khidmat nasihat secara percuma. Almaklum lah, mereka lebih dahulu “makan gula” dari ana. Sedikit sebanyak pengalaman dan teguran dari mereka mematangkan diri ana jugak. Dan sememangnya ana ni sejak dari sekolah dulu pun memang jenis suka berkawan dengan akak-akak yang lebih berusia daripada ana. Kenape ye??? Huhuh.. entah lah… mungkin sebab ana lagi selesa dengan orang yang lagi matang kot. Ape-ape pun sebilik dengan akak-akak ni memang seronok. =)..
Dalam masa seminggu ni jugak ana banyak menghitung, mencongak dan membuat calculation tentang diri ana sendiri. Hm… sememangnya ana adalah gadis yang lemah dan banyak kekurangan dalam diri ini. Kadangkala ana terasa takut pula untuk hadapi dunia yang semakin penuh dengan kemaksiatan ni. Terasa sangat sesak nafas ini berenang di dalam lautan dunia yang penuh dengan kedustaan. Kadang-kadang tu terasa nak jadi macam ashabul kahfi tu je. Melarikan diri ke sebuah gua kerana ingin menyelamatkan iman dan sudah tentu ana juga ingin menyelamatkan iman ana yang tersangatlah rapuh dan nipis ini. Bimbang dan takut seandainya iman yang tipis ini terus-menerus terhakis dalam jiwa akibat kerakusan dunia yang semakin hari semakin menggoda ana yang sememangya selemeha-lemah makhluk. Benarlah bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin. Di dunia ini terlalu banyak dengan nikmat yang boleh melalaikan manusia dan melupakan sang pelupa seperti kita. Jika kita tidak punya iman, maka terhapuslah kita bersama-sama nikmat dunia yang menyesatkan itu. Nauzubillah..
Ana mengharapkan masih ada lagi suatu ruang buat ana untuk memelihara iman ana yang tipis ini. masih ada waktu untuk ana mengembeling tenaga untuk kembalikan zaman islam yang telah semakin hilang ditelan masa. Mengembalikan kegemilangan islam seperti dahulu. Agar diri ana dan juga sahabat-sahabat muslim ana, terpelihara iman mereka dan mendapat ganjaran daripada Allah swt. Dan ana juga pinta kepadaNya agar diampunkan dosa-dosa ana dan sahabat-sahabat ana yang kadangkala alpa dengan nikmat yang diberikan. Yang kadangkala hanyut dengan kemaksiatan.
Sahabat-sahabat ana semua, marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan memohon keampunan kepadaNya dan moga-moga iman kita terpelihara sehingga kita bertemu denganNya kelak. Jangan biarkan diri kita hanyut dengan gelombang arus dunia. Kuatkan dayungan imanmu untuk ke “pulau akhirat” dan mendapat keredhoanNya. insyaAllah..
No comments:
Post a Comment