expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

28 December 2010

ADAB MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum..

Kaifa hal sahabat-sahabat sekelian? Sejak akhir –akhir ini penulis agak jarang mengupdate blog nya sendiri. Sibukkah? Atau malaskah? Mungkin juga gabungan kedua-duanya sekali. Tapi yang paling tepatnya adalah kesibukkan dan ketidak sempatan untuk memikirkan idea-idea yang bernas yang boleh dicoretkan disini. Fikiran sekarang hanya tertumpu kepada kelas, assignment, masalah pelajar, MPP, gerak kerja islam disini dan pelbagai cabang masalah lagi. Dan tentang penulisan di blog ni pula terletak di level yang terakhir sekali memandangkan masa yang diperuntukkan untuk berada di hadapan laptop adalah amat jarang sekali. Facebook menjadi tempat meluahkan idea-idea yang tidak sempat diolah di blog. Itu sahaja lah jalan paling pantas dan mudah bagi diri ana yang kekurangan masa. Tidak mampu untuk statik berada di hadapan laptop untuk fokus kepada penulisan di blog ini. waduh-waduh, panjang lebar pula celotehnya ye.


Baiklah, setelah melalui kehidupan as syariah and law’s student kat sini untuk hampir 3 semester ni, ingin ana kongsikan beberapa tip dan adab-adab dalam menuntut ilmu yang ana amalkan. Ana tidak akan menceritakan apa yang ana tidak buat sebabnya bagi ana action speak louder than voice which mean kite kena laksanakan sesuatu perkara tu lebih daripada sekadar bercakap tapi tak buat ape pun. Ibarat tin kosong yang diisi dengan batu. Bunyi aje lebih tetapi nothing pun yang diamalkan. Huhu.. So, jangan jadi tin kosong ye. Apa yang kita cakapkan tu hendaklah kita berusaha untuk amalkan juga walaupun sedikit. Jangan hanya menjadi orang yang bersemangat dengan kata-kata. Samalah jugak dari segi aspek memperjuangkan islam. Bercakap tentang islam hebat tetapi tidak dilaksanakan apa yang diperjuangkan. Nauzubillah.. Kita boleh rujuk surah as-saf ayat 3 kat bawah ni untuk rujukan kita as mahasiswa islam.


Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


Baiklah jom kite masuk part adab dalam menuntut ilmu ni. Ana minta maaf kalau ada penulisan ana ni yang mungkin ada kekurangan tetapi ana sedaya upaya sampaikan apa yang ana amalkan dan tahu mengenainya. Pertama sekali sebagai seorang student, kita perlulah menghormati orang yang memberikan ilmu kepada kita walhal yang memberikan ilmu kepada kita tu adalah seorang budak kecil. Tapi dari segi konteks kita as student yang belajar di kampus dengan pensyarah, kita wajib menghormati pensyarah yang mengajar kita tu. Macam mana nak hormat? Datang awal ke kelas dan tidak melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang diajar di dalam kelas. Nanti kalau kita buat perkara lain, kita juga yang ketinggalan dalam kelas sebab tak tidak memberikan tumpuan kepada lecture tu. So, kalau tak faham tu jangan salahkan orang yang mengajar tu sedangkan orang lain faham. Check balik apa yang kita dah buat dalam kelas. Lagi satu kita mahu menjaga keberkatan ilmu yang kita perolehi daripada guru kita. Jika kita berjaya sekalipun tetapi tidak hormati guru dan guru terasa hati dengan kita, tidak ada gunanya kejayaan itu tanpa keberkatan seorang guru. Dulu, waktu ana di KiSAS, kami langsung tidak pernah duduk di tempat guru kami mengajar sewenang-wenangnya. Sampai begitu sekali menjaga dan menyanjungi orang yang memberikan ilmu kepada kita. Bukan maksudnya kita terlalu mengagungkan guru kita tetapi itulah antara adab-adab yang diterapkan kepada kami dahulu. (rindu tarbiyyah di KISAS). Dan ana dah terapkan nilai-nilai itu kepada sahabat-sahabat ana juga. Apa yang kita dapat kita perlu kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain. Ingat tu..=). SAMPAIKANLAH DARIKU WALAUPUN SATU AYAT (hadis daripada Nabi Muhammad saw)


Selain daripada itu, antara adab kita dengan guru ni adalah jangan kita menyampuk dengan tiba-tiba apabila guru sedang mengajar. Tunggu sehingga guru kita memberikan ruang untuk kita bertanya. Selalu lecture akan tanya ada ape2 soalan? Jadi waktu itu bertanyalah apa yang kita tak faham dan INGAT jangan bertanya soalan yang mengarut2 sebab nya ada juga dikalangan pelajar yang mungkin bosan dengan cara lecturer tu mengajar, di soalnya soalan tricky pada lecturer tu. Sengaja mengutarakan soalan yang pelik-pelik untuk menguji pensyarah tu. Ini berdasarkan pemerhatian ana ye. Kadang-kadang tu rase cam nak je belasah orang macam tu. Can? Huhu.. sebab dah mengganggu orang lain yang nak belajar ni. Tapi ana tengok lecturer ana tu senyum je layan perangai budak-budak macam tu. Ya Allah ana ni xlayak lagi nampaknya nak jadi lecturer. Tak dapat menahan kesabaran dengan kerenah student yang dah macam bapak kepada budak2. T_T.


Seterusnya apa yang ana selalu amalkan dalam menuntut ilmu ni adalah sentiasa memperbetulkan niat untu mendapatkan ilmu-ilmu Allah yang tak ternilai harganya. Ye lah, ilmu Allah ni kalau digunakan dakwat seluas lautan pun tidak akan habis. Kan? Jadi sebelum ke kelas tu betulkan niat kita, bukan menuntut ilmu sebab nak dapat 4flat atau sebab nak dipandang mulia. Tidak sama sekali ye. Kemudian ana syorkan sahabat-sahabat sekalian mengambil wudu’ sebelum ke kelas tu. Biar kita belajar dalam keadaan suci dan rasa tenang bila belajar. Ha.. niatkan belajar tu kerana Allah dan kita akan dapat pahala ibadah kerananya. Subahanallah, bestnye belajar ni. Dapat pahala free2 je. Kan2? Bagi ana perkara yang paling ana suka dalam hidup ana ni adalah menuntut ilmu dan dengan menuntut ilmu juga lah membuatkan diri ana rasa dekat dengan Allah swt. Bila kita menuntut ilmu, kita dapat sempurnakan ibadah kita sebab apabila kita pelajari ilmu tentang ibadah kita seharian, kita akan tahu perkara yang baru dan semakin hari semakin kita terasa yang kita ni masih kurang ilmunya. Subhanallah, indahnya ilmuMu Ya Allah..


Seterusnya bagaimana nak beradab dengan ilmu itu sendiri? Hm2.. ana cukup sensatif kalau orang jual buku-buku yang mereka gunakan waktu belajar ni. Seolah-olah mereka tak kisah pun dengan ilmu yang mereka belajar. Setakat dah lulus exam ok la tu kan? Ya Allah, bukan begitu adab kita dengan ilmu itu. Biarlah kalau kita tak baca sekalipun buku yang kita guna tu selepas habis belajar, tapi sekurang-kurangnya kita simpan dan jaga kandungan buku-buku tu. Kita ni manusia yang sifatnya lemah dan pelupa, dan sudah semestinya apa yang belajar tu ada manfaat untuk kita di kemudian hari. Andaikata kita mengalami sesuatu masalah yang melibatkan ilmu yang kita dah belajar dulu, kita nak merujuk kepada siapa kalau bukan buku-buku yang kita beli dahulu tu? Huhu.. gambar buaya friend, anda boleh simpan elok2.. surat cinta dari dia kamu boleh simpan elok2 dalam almari tetapi buku-buku ilmu anda dimana? Letaknya di dalam tong sampah dan apabila habis semester,dijual kepada junior sebab untung2 dapat lah duit lebih nak beli topup msg buaya friend anda. Huhu.. ana menulis berdasarkan realiti yang ana lihat ye. Bukan berdasarkan hipotesis yang masih belum dibuktikan dengan fakta kes. Ok dah keluar ayat undang-undang ana. Huhu.. jadinya peliharalah setiap ilmu yang kita perolehi tu. Jangan dibuang nota kita tu merata-rata tempat. Susun elok2 dan gunakan untuk masa akan datang.


Rasanya cukup dahulu sampai disini penulisan ana yang tak seberapa ni dan maafkan ana sekiranya terdapat kekurangan dalam menulis. Ana hanya mahu menyampaikan apa yang baik dan semoga dapat member manfaat kepada semua. Segala kebaikan itu datang dari Allah dan kekurangan itu datang daripada ana sendiri. Moga kita lebih menghayati ilmu yang dipelajari walaupun ilmu itu macam mana sekalipun asalkan ianya bermanfaat untuk kita dan tidak bercanggah dengan syariat islam. Oleh itu, sampai disini dahulu dan selamat menuntut ilmu buat sahabat-sahabat ana semua. Semoga Allah merahmati kalian insyaAllah.. wassalam.. =)

No comments: