Assalamualaikum…
Salam ukhwah, salam perjuangan, salam satu ummah buat sahabat-sahabatku sekalian. Alhamdulillah bersyukur kita kepada hadrat ilahi kerana dengan nikmatNya kita masih diberi peluang untuk mentadabbur alam ini dan mempertingkatkan amalan kita dari ke hari.. Fabiha wa ni’mah. Walaupun penulis ni tak berapa sihat ditambah pula dengan redahan hujan untuk ke kelas pagi tadi. Hm2.. memang mencabar diri dalam tempoh nak menuntut ilmu ni. Tapi takpe la, bak kata Ustaz Fakharuddin, air je pun… betul2… tapi kena lah juga jaga kesihatan tu kan… Kita jangan menzalimi diri sendiri. Berdoa semoga Allah permudahkan kehidupan kita setiap hari.
Hujan yang turun bagaikan mutiara.. hm2..
InsyaAllah pada hari ni, ustazah atika (amiin) akan berbicara tentang pembinaan Baitul Muslim. Walaupun ana sendiri masih belum bernikah tetapi insyaAllah jika diberikan umur yang panjang, akan bernikah juga suatu hari nanti kan? InsyaAllah. Pembinaan Baitul Muslim adalah merupakan satu tingkatan dalam kehidupan manusia dalam usaha untuk memperkembangkan islam dan juga melahirkan umat islam yang bertaqwa. InsyaAllah.
Maratib Amal.. =).. Kita ditahap mana??
Dari segi pembinaan Baitul Muslim ini, ana cuma ingin cuba mengupas mengenai tanggungjawab seorang isteri kepada seorang suami yang jiwanya adalah seorang pejuang islam. Bagaimana ya untuk menjadi seorang isteri disisi seorang mujahidin ni? Tertanya-tanya di dalam hati kita sebagai seorang wanita, kita ini mampukah menjadi seorang isteri yang tabah menjadi pembantu kepada suaminya dalam perjuangan islam? Susah tu. Kalau secara teorinya, semua orang boleh memperdebatkan tentangnya. Tetapi jika secara praktikalnya adakah kita mampu? Untuk menguji kemampuan kita itu, cuba check balik adakah kita ini seorang yang bermalas-malasan dalam menegakkan islam sedangkan kita tahu bahawa itu wajib ke atas diri kita. Adakah kita ini seorang yang selalu merenjatkan gerak kerja islam disaat orang lain bertungkus lumus dalam membawa dan mendokong islam? Adakah kita ini seorang yang sangat suke bermanja-manjaan dengan dugaan yang datang? Adakah kita seorang yang masih lena dibuai kesenangan dengan nikmat masa yang lapang sedangkan kita tahu bahawa sunnah dalam berjuang itu banyak sekali pancarobanya. Tiada masa untuk bersenang lenang. Jadi fikirkanlah diri kita bagaimana.
Mahukah kita sebagai muslimah, mujahidah islam menjadi isteri kedua disisi seorang mujahidin islam? Jangan kita menjadi seorang yang membuatkan terganggunya perjuangan seorang lelaki yang berjiwa kental untuk perjuangkan islam. Jangan kita menjadi batu api yang membuatkan berlakunya perceraian antara si suami dengan isterinya yang pertama yakni perjuangan islam. Terimalah hakikat bahawa dirinya telah terlebih dahulu mengikat janji dengan perjuanganannya yang disaksikan oleh Allah swt. Diri kita datang di dalam hidupnya untuk bersama-sama membantu dalam membawa kembali roh-roh islam yang kian pudar di akhir zaman. Contohilah Saidatina Khadijah yang menjadi sayap kiri perjuangan Nabi Muhammad saw dan menjadi penyejuk mata buat baginda.
Pernah ana mendengar dalam satu kuliyah dimana ustaz berseloroh mengenai isteri yang merenjatkan dan mematikan semangat juang suaminya ini. Bulan pertama pernikahan, suaminya masih berkobar-kobar dengan semangat juang islam. Usrah dan pelbagai program dapat diikuti tanpa mengabaikan tanggungjawabnya as suami. Entah macam mana, akibat ketiadaan tarbiyyah dan kefahaman di dalam jiwa isterinya menyebabkan bulan berganti bulan, pergerakkan si suami menjadi lesu. Terpaku dengan kemanjaan belaian si isteri di rumah, terpesona dengan pujuk rayu si isteri yang tidak mahu si suami sibuk dengan program islam dan usrah. Akhirnya, mati perjuangan si suami di tengah jalan. Moga kita semua tidak menjadi seperti itu. Ingatlah wanita itu mampu menjadi senjata syaitan walaupun sebagai seorang isteri. Tipu daya syaitan itu beribu-ribu dan sukar sekali dapat dikesan. Semoga kita semua terhindar dari menjadi salah satu pembantu syaitan dan iblis laknatullah.
Akhirnya, marilah kita didik hati dan jiwa kita sepertimana serikandi islam terdahulu. Usah cepat mengeluh seandainya diuji Allah swt kerana sesungguhnya ubrah disebalik ujian itu adalah untuk menguatkan hati-hati kita dalam medan perjuangan. Ayuh kita bina Baitul Muslim ideal yang berlandaskan islam, yang bermatlamatkan untuk membantuk generasi yang soleh dan solehah. Generasi yang akan membentuk masyarakat muslim dan berkembang biak dan memperkembangkan islam keseleuruhannya.. Wallahulam..
p/s : maaf andai penulisan kali ini terdapat kekurangan padanya. Moga kita manfaat daripada apa yang ana cuba kongsikan bersama.
No comments:
Post a Comment