expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 December 2010

My dear blog

Assalamualaikum...


Hari ini ana bangun pagi dan menyingkap langsir di tepi katil.. Bestnye udara segar di waktu pagi.. Kemudian... achuumm!! nampaknya encik virus influenza telah hinggap ke dalam riang rongga nose ku.. Hujan renyai-renyai di luar dan diri ana merasakan agak tak selesa dengan encik virus itu.. tekak juga rasa lain macam. Semalam ok je, kenape tibe-tibe selesema ni ye? huhu.. Ada lah tu buat salah kelmarin sampai Allah bagi sakit ni sebagai kafarrah dosa.. Maka setelah mengejutkan adik dan kakak-kakak bilik dan solat ana pun kemaskan semua barang untuk ke kelas pagi tu.. Kelas Al- Arabiyyah Li Syariah jam 8.30 pagi di Makmal Bahasa 1.. Take Bath, amek wudu', persiapkan diri, betulkan niat, mohon ampun pada Allah dan berdoa agar Allah redha dengan ilmu yang akan dipelajari hari ini.. Robbi yassir wa la tua'ssir ya Allah..


Encik Virus Influenza.. macam comel la tu..


Lalu langkah dilajukan untuk kelas.. budak2 muslimin dah sampai, dan ana ambil tempat di hadapan sekali dengan tempat lecturer.. Allah.. bilik ini sejuk jiddan.. dan akhirnya bertambah-tambah girang encik virus influenza bermain-main dalam sistem imun badanku.. huhu.. 2 jam dalam bilik berhawa dingin.. Terasa kedinginan hingga ke tulang.. dan akhirnya, selesema makin menjadi-jadi.. seusai habis kelas pergi pula ke library yang sangat sejuk untuk mencari kitab lama usul fiqh di tempat yang sangat-sangat jarang student pergi.. huhu.. selama lebih kurang setengah jam disitu dan makin menambahkan kuasa encik virus tu.. Keluar dari library dan ke bahagian akademik untuk bertanyakan result checking ana.. masih belum ada keputusan..



Dengan wajah yang semakin merah dan batuk yang sedikit demi sedikit menjadi-jadi berjalan pulang ke asrama.. bertembung dengan Ustazah Hasiah.. waktu tu terbatuk-batuk kecil.. dari jauh ustazah tersenyum pada ana.. huhu.. malunya... membalas senyuman ustazah.. ustazah tanya, tak sihat ke? Ana balas dengan senyuman.. huhu.. kurang sihat sket ustazah.. dan ustazah pun berlalu selepas ana memberi salam kepadanya...


Muka dia ni kuning.. tapi mukaku jadi merah.. huhu


Sebenarnya nak highlightkan kat sini yang Cik Nurul Atika Binti Rosli telah diserang oleh Encik VIRUS INFLUENZA yang membuatkan dia nampak tak bermaya, muka kemerahan, dan orang perasan dengan ketidak sihatannya itu.. huhu... dengan situasi yang sejuk dan kelas yang juga sejuk menambahkan lagi kekuatan kepada virus untuk menyerang.. huhu.. maka sahabat2 yang dikasihi sekalian doakanlah beliau agar sihat kembali.. T_T...



p/s : Cik yang tak sihat ni juga rasa kurang selera makan.. huhu..

4 comments:

nucleus said...

mane anda tau gender si influenza tu? pandai2 je kata dia tu encik, ntah2 madam ke, datin seri ke ape ke. walau pape pun jantina virus itu, semoga disembuhkan dari penyakit itu. kuatkan semangat dan makan ubat! wallahua'lam

Nurul_Islam said...

to nucleus

Biasenye kalau jantina dia xy tu akan tertarik pada xx.. jadinya ana buat kesimpulan gender si influenza tu adalah encik influenza.. insyAllah.. syukran ailaika..ubat? insyaAllah2..

nucleus said...

gitu plak ye? hm2, logik jugak kan. tapi masalahnya virus ni tak memerlukan jantina untuk membiak ye saudari, dia main belah je badan dia jadi dua.

ubat? ubat yang paling baik adalah pencegahan daripada dijangkiti selesema dan sebagainya, contohnya kuat bersenam. sekian...

Nurul_Islam said...

to nucleus

Belah2 badan ye? macam tu.. almaklumlah ana tak amek biology waktu spm dulu.. Takpa la, ana buat analogi and fact sendiri..

Bersenam? Senaman jari yakni mengetuk papan kekunci di laptop.. Terbaik..