expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

18 December 2010

Demi Masa...=)

Time as like as sword... Al waqtu ka al saif..

Assalamualaiakum…

Ya Allah.. sukarnya mencari masa untuk menulis sejak akhir-akhir ni.. Bila dah tulis separuh, mesti terhenti bila dah siap satu perenggan.. Mana tidaknya, baru je nak menaip datang msg untuk hadir meeting, masalah budak, terfikir kertas kerja, homework.. ya Allah.. banyak nye kena fikir.. huhu.. Kadang-kadang tak menyempat-nyempat nak setlekan satu kerja..


Sejak memegang amanah sebagai Exco Akademik Majlis Perwakilan pelajar ni, ana jadi tak tentu arah sedikit. Bukanlah tak dapat berfikir dengan baik tapi masalah tak tentu arah dengan sekejap ke kelas, lepas kelas nak kena settle masalah kat akademik. Jumpe lecturer.. nak2 sekarang ni sesi lembaran baru dibuka. Jadi banyak masalah berkaitan dengan akademik diadu oleh para pelajar. Masalah MPP ni sendiri pun tak terselesai.. huhu.. Tapi INGAT!! Amanah ni diberikan oleh Allah swt untuk dipikul dan jangan sesekali mengeluh.. hm2..


Amanah itu berat... (sesi tandatangan sijil watikah perlantikan)


Alhamdulillah kali ni ana ambil sedikit masa yang ada di petang jumaat ni untuk menulis. Berseorangan di bilik lebih memudahkan diri untuk mendapatkan private time untuk diri sendiri. Sahabat ana, Kak Af ada kelas dan adik bilik ana pun mungkin ada kelas. Ana pun tak pasti sebab dari tadi xnampak die. Huhu.. Alhamdulillah juga sebab pada waktu Zuhur tadi telah diadakan kuliyah nisa untuk kali pertama bagi semester ni.. Dan tadi ana dan beberapa orang sahabat ada membuat persembahan nasyid bagi mempelbagaikan sesi perjumpaan semua pelajar muslimat kipsas ni walaupun tak semua yang hadir. Agak tergesa-gesa juga persembahan tu sebab ana dapat tahu kena buat persembahan tu pun semalam sewaktu meeting bersama MPP di bilik yang sejuk amaaaaaaattt… huhu… Alhamdulillah persembahan last minute tadi berjaya juga..


Hari ini jugak ana agak tergesa-gesa mengejar waktu kuliyah dari jam 9 sehinggalah 12.30 tanpa henti. Pagi tadi waktu bersiap, beberapa kali ana kilas melihat jam di hp. Cepatnya masa berlalu.. pantas sungguh.. pada mulanya baru pukul 8.30 pagi, baru je kite sarung tudung dah jam 8.35 pagi.. pantas kan? Huhu.. masa itu ibarat pedang.. sangat pantas dan bila-bila sahaja boleh memancung kepala kita. Ana hampir-hampir berlari nak mengejar kelas yang berada di tingkat 3 pada jam 9.. Sampai je di kelas pada jam 8.48 pagi, ana tergamam melihat sekumpulan manusia yang ana tak kenali. Eh? Salah kelas ke? Tapi dalam jadual betul lah. Ana terus call sahabat ana kak ira untuk mengesahkan.. betul la kelas tu.. tapi kak ira ckp kelas pada jam 9.30 pagi. Ana pun tak kesah sangat dan terus berlalu ke library untuk siapkan sedikit kerja.. dalam beberapa minit kemudian dapat panggilan dari kak ira yang kelas bermula jam 9. Ketua ana silap inform kat semua orang.. Huhu.. rase nak marah pun ade sebab kena panjat balik tingkat 3 dan sebab KITE DAH LEWAT!! Huhu.. masuk je kelas, ana tengok semua kawan-kawan ana dah ada dalam kelas dengan lecturer di hadapan. Dalam hati sedih memang tak terkatanya.. Ana berusaha untuk datang awal tetapi menjadi tragedi pula.. Ustaz bertanya.. “Atika, kenapa kamu lambat?” ana menjawab dengan nada yang sangat kecewa dan sedih “ Ustaz.. saya dah datang awal tadi.. tapi ade orang lain gune kelas ni.. saya diberitahu kelas bermula 9.30.. jadi saya ke library..” dengan nada nak menangis pun ada waktu tu.. sedih sebab guru terlebih dahulu sampai dari anak murid.. Ustaz cakap tidak ada alasan pun sebenarnye tapi xpelah.. awak jangan nangis pulak.. Huhu.. masa tu dah nak keluar juga air mata.. tapi kena lah kuat.. xpelah.. pengalaman mengajar kita..


Based on pengalaman ana tadi tu ana nak tekankan disini tentang kehadiran kita ke majlis ilmu. Adab kita dalam menuntut ilmu yakni datang awal ke kelas. Tak bagus la kalau guru yang mendahului kita sebab kita yang nak berguru dengan guru tersebut. Harap semua rakan-rakan menjaga adab-adab kita dalam menuntut ilmu.. InsyaAllah..


Ok lahh.. rase macam dah panjang je membebel kat sini.. ana nak berhenti dulu dan kepala pun tengah pening ni.. Alhamdulillah kelas petang xde jadi ana boleh lah rehat.. malam ni ade meeting AMAN club pula.. baru je dapat msg tadi.. ape2 pun ana harapkan doa dari sahabat-sahabat agar mendoakan kesejahteraan dan kejayaan ana selalu di dunia dan akhirat insyaAllah.. daaaaaaaaa… salam


p/s : Post ini ditulis semalam tapi baru publish kat blog hari ni.. huhu…

No comments: