Assalamualaikum…
Di pagi yang hening dengan sayup-sayup bunyi hujan diluar tingkap, ana bertemankan kesejukkan di pagi hari berbicara dengan hati sendiri. Ya Allah, manusia ini pelbagai latar belakang ya. Pelbagai karenah dan kadangkala meruntun hati ana ini sendiri dengan sikap-sikap sahabat yang makin hari makin hilang arah dan panduan. Dan diri ana pula bagaimana? Ya Allah banyak sekali kesilapan yang ana lakukan. Semalam ana terlihat sesuatu fenomena yang sememangnya sebelum ini ana nak tengok dan dibuktikan Allah di depan mata ana sendiri. Ya Allah.. mataku telah menjadi saksi atas segala perkara yang anda-anda semua katakana fitnah itu. Kalian sudah dinasihati dan sudah ditegur, namun kalian menyatakan itu semua fitnah dan sebagainya. Kalian ada telinga tetapi kalian tak mendengar, kalian ada hati tetapi kalian tidak gunakan hati untuk menjaga segala tindak tanduk kalian. Kalian ada akal tetapi tidak menggunakannya dengan waras sekali. Ya Allah, pesan buat diri ini yang hina juga.
Di dalam kesuraman mendung di pagi hari ini juga entah kenapa meniti di pipi manik- manik jernih di pipi. Hm2.. mungkin terasa dengan sikap seorang sahabat yang tersayang. Tak mengapalah, ana juga penuh dosa dan terlalu banyak khilaf yang telah dilakukan. Mungkin inilah masanya Allah nak menguji ukhuwah yang terbina. Astaghfirullah.. kita tinggalkan babak sedih ana tu ye. Nak berjuang tidak boleh terlalu memikirkan hal-hal yang boleh membuatkan hati menjadi lemah, hati menjadi tidak kuat dan emosi tidak terkawal sehingga boleh membuatkan kita patah hati. Wanita harus kuat emosinya. InsyaAllah.. kata-kata semangat untuk diri Nurul Islam sendiri pada pagi ini.
Berbalik kepada isu yang ana bangkitkan tadi, ana tersangat sedih melihat sahabat seperjuangan yang telah teruji dengan Allah swt. Ana doakan suatu hari nanti Allah memimpin dirimu dan diriku ke jalan yang benar wahai sahabat-sahabatku. Dan seterusnya disini juga ana ingin menceritakan perkara yang berkaitan dengan aktiviti tahun baru yang disambut oleh majoriti umat islam di dunia ini. Ana berpeluang mengikuti sahabat-sahabat untuk bersama-sama dengan pihak JAIP untuk mencegah kemaksiatan di waktu malam tahun baru baru-baru ini. Kami hanya mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dengan aurat wanita dan sebagainya. Kami ditempatkan ke kawasan yang terkenal juga di sini yang juga menjadi tempat yang boleh ana katakan setaraf dan sehebat Pantai di Bali mungkin atau kurang sedikit. Malam itu begitu ramai yang berkumpul di tepi pantai itu untuk menantikan detik jam 12 malam. Kami terus membolosi mereka-mereka yang sedang asyik bergembira dengan kedatangan tahun 2011. Di waktu itu kelihatan sepasang kupu-kupu malam yang bertenggek ditepi pantai yang sedap sekali melentok ke kanan dan ke kiri. Lantas apabila diberi salam, mereka menjawab dengan baik. Hm2.. islam rupanya dan Alhamdulillah masih ingat bagaimana untuk menjawab salam.
Kemudian ramai lagi yang lalu lalang di kawasan itu tanpa sebarang tujuan. Dengan hiruk pikuk dan hilai tawa mereka yang begitu gembira sekali bergurau senda. Serentak dengan itu buih-buih disembur ke sana- ke mari. Ya Allah.. Apabila diberi salam, semuanya menjawab dengan baik sekali. Apakah maksudnya? Ya!! Ramai sekali pemuda-pemuda dan termasuk juga ibu bapa kepada pemuda-pemudi di situ adalah umat islam!!! Umat islam yang semakin hilang arah dan panduan. Ya Allah.. Ana dan seorang kakak melihat ke pantai yang aktif saja pergerakan ombaknya. Sekali ia menghempas pantai seolah-olah menyatakan kegeramannya terhadap manusia yang melakukan maksiat di pantainya. Teringat pula kejadian tsunami di kawasan peranginan yang terkenal di Indonesia. Kerana kemaksiatan yang berleluasa, Allah telah “membersihkan” segalanya. SEGALANYA!! Dan ana terfikir, suatu hari nanti mungkin tempat ini ini bakal menjadi destinasi seterusnya. Hm2.. ditambah pula pada waktu sekarang adalah musim hujan. Wahai saudaraku, mengapakah kamu tidak mahu berfikir setelah kamu melihat kejadian yang Allah timpakan kepada mereka yang mengalami tsunami itu? Ana bayangkan, kalaulah tiba-tiba Allah takdirkan berlakunya tsunami pada malam itu, memang menyedihkan sekali kerana ramai dikalangan yang berada disitu adalah umat islam yang tenggelam dengan keasyikan dunia. Dan pada malam itu juga, ana dan sahabat-sahabat lain juga mungkin akan terkorban.
Itulah realiti masyarakat kita pada masa ini sahabatku. Ada juga antara mereka yang apabila diberi risalah, dijadikan alas tempat duduk!! Ya Allah, semakin teruk hambaMu.. Sedihnya baginda Muhammad saw melihatkan umatnya begini sedangkan baginda sangat-sangat menyayangi umatnya. Inilah tindakan mereka yang melampaui batas. Diberikan mata tidak mahu melihat, diberikan telinga tidak mahu mendengar, diberikan mulut tidak mahu bercakap perkara kebaikan, diberi AKAL tidak mahu BERFIKIR!!.. Benarlah kata-kata Allah mereka ini bahkan lebih teruk daripada haiwan ternakan. BALHUM ADHAL!!
Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.
(surah al - a'raf : 179 )
Ya Allah, ana memohon kekuatan dariMu buatku dan juga sahabat-sahabat ana untuk tetap meneruskan tanggungjawab dan amanahMu dalam menegakkan agamaMu. Kami tidak mahu umat islam semakin hanyut Ya Allah. Perelokkanlah akhlak kami dan peliharlah kami daripada kemaksiatan yang hanya menghancurkan diri kami. Sesungguhnya kami berharap kepadaMu dan Engkau tidaklah berharap kepada kami. Kami juga tidak lari dari melakukan kesilapan, namun dengan hidayahMu ini, kuatkanlah hati-hati kami ya Allah.. ameen..
No comments:
Post a Comment