expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

13 January 2011

Erti Kedewasaan

Assalamualaikum...

Minggu ini adalah minggu terakhir ana berumur 21 tahun jika mengikut kepada perkiraan Masihi. Di dalam tempoh 21 tahun 11 bulan 3 minggu dan 6 hari ini, ana belajar erti kedewasaan dengan kaca mata ana sendiri. Dalam tempoh ini juga ana berhadapan dengan 1001 dugaan yang adakalanya sangat pahit untuk ditelan. Dengan didikan mama dan abah serta didikan daripada pengalaman hidup juga telah melatakkan ana sebagai seseorang yang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri tentang kehidupan. Alhamdulillah, ana boleh menyatakan bahawa kehidupan dalam tempoh ini sangat indah biarpun diuji dengan tangisan air mata. Tetapi ana berani menyatakan bahawa sepanjang tempoh itu Allah swt tidak pernah sesekali membiarkan ana bersendirian. Tarbiyah dariNya membentuk diri ana sekarang.. Alhamdulillah kerana dengan hidayahNya juga ana berani untuk menyatakan YA kepada perjuangan islam dan insyaAllah tidak akan menyatakan TIDAK kepada perjuangan islam.. Terimbas kembali saat-saat diriku "bernikah" dengan perjuangan islam. Menitis air mata ini kerana tidak menyangka diri ini yang hina terpilih menjadi pendokong agamaNya.. Allahuakbar... manisnya saat itu..


Dan di dalam tempoh ini juga ana belajar mengenai erti kedewasaan. Hidup ini bukan untuk melakukan perkara yang sia-sia dan setiap manusia yang beragama islam yang Allah ciptakan ada tanggungjawab mereka kepada islam serta tanggungjawab yang lain. Alhamdulillah juga ana panjatkan kepadaNya kerana seringkali menegur ana seandainya ada perkara yang tidak disukaiNya. Ana terdidik dengan tarbiyah dan hidayah dari Allah agar meninggalkan perkara yang sia-sia walaupun kadangkala ana alpa dengan dunia namun tidak pernah dibiarkan ana terus menerus hanyut. Terlalu banyak nikmat yang diberikan olehNya sehingga tidak terhitung oleh diri ana. Ya Allah.. andai ana tidak bersyukur dengan nikmat ini maka celakalah diri ana.

Alhamdulillah kerana Allah swt telah memberikan ana hidayah untuk memahami islam itu sendiri walaupun diri ana terlalu hina dan banyak dosanya untuk menerima ilmu dan hidayah itu.. Alhamdulillah kerana sepanjang hidup ana ini Dia telah mendekatkan hati ana kepada islam.. Tidak semua orang diberikan hidayah untuk mendekati islam dan ramai juga yang diuji dengan islam itu sendiri.. Allah.. semoga ana di jauhkan dari segala keburukan itu..


Ya Allah.. sempena ana menghabiskan sisa-sisa umur ana ini.. ana mohon agar diri ana sentiasa dipeliharaMu dan jangan pernah meninggalkan diriku walau dimana sekalipun. Terus menerus tiup semangat ruhul jadid ana untuk memperjuangkan islam.. Ya Allah ana ingin menhabiskan umur ana dengan mendapat keredhaan dariMu.. Jangan dibiarkan diri ini mengahabiskan sisa umurnya dengan perkara sia-sia.. dan jadikanlah diri ana ini bermanfaat untuk orang lain demi kepentinganMu... ameen... wallahualam

No comments: