Penantian Yang Berakhir..
“Kak Nur.. pengantin lelaki dah sampai…” Aku tersentak dari lamunan yang panjang mengenangkan kenangan pahit manis yang ku telan sebelum bakal terpatrinya ikatan dua hati setelah hampir 8 tahun berpisah tanpa bertemu jasad. Tidak pernah sepanjang hidupku bertembung empat mata dengannya yang bakal bergelar suamiku dalam beberapa minit lagi. Jantungku berdegup kencang, tanganku kesejukkan. Menanti detik terpenting dalam hidupku. Ya Allah.. permudahkan semuanya. Aku menatap wajahku di cermin. Lengkap berbusana pengantin muslimah. Berjubah krim dan bertudung labuh kain satin. Allah.. tidak ku sangka akan kutempuhi saat itu setelah Engkau uji aku dengan pelbagai ujian. Terlupa aku kepada kesakitan dan tangisan yang pernah ku adu kepadaNya dahulu. Alhamdulillah.. Ku betulkan tudungku dan kulihat jari jemariku yang kemerahan dihias inai. Aku tersenyum. Tiba-tiba datang si kecil ke arahku sambil tersenyum. Anak saudaraku yang berusia setahun lebih memandangku. “Mak Ucu antek..” aku tersenyum mendengar pertuturannya yang pelat itu. “ Ain pun cantik juge…” Lalu aku menghadiahkan satu ciuman di pipi manisnya yang bulat itu. Bahagia..
“Nur… dah siap dah? Ustaz dah sedia tu. Rombongan pihak lelaki pun dah sampai” Aku tersenyum kepada ummi dan mengangguk. Terasa sebak juga mahu berpisah dengan ummi yang kusayangi. Aku mencapai tafsir biruku, temanku yang setia disisi. Aku membaca dan mentadabbur surah Ar- Rum ayat ke 21 dengan tenang. Allahuakbar.. Terima kasih ya Allah. Lalu kedua kakakku yang sudah pun berumah tangga menyingkap langsir kamarku yang tersergam indah. Aku sendiri yang menghiasnya kerana aku mahu menyambut bakal imamku sebaik mungkin. Aku menyoroti kak ina dan kak ita ke ruang tamu, tempat dimana dua hati bakal disatukan. Ayah memanggilku keluar untuk berada di tempat akad nikah dijalankan. Aku tertunduk malu melihat sekujur tubuh di hadapanku yang duduk berhadapan dengan ustaz dan ayahku. Lengkap berbaju melayu berkopiah putih. Semerbak bau minyak wangi darinya. Ya Allah betulkan niatku.. Ameen.. Lalu bermulalah sejarahnya. Hatiku semakin berdegup kencang, namun aku bertasbih dan berzikir di dalam hati semoga Allah tenangkan hatiku ini. Ayah meminta aku menandatangan dokumen pernikahan. Seusai proses tandatangan dokumen, aku mendengar khutbah nikah dari ustaz yang bakal menikahkan dua jiwa ini. Terasa panas mataku menahan air mata mendengar khutbah nikah itu. Allah.. amanah dan tanggungjawab. Semoga Kau permudahkan kami berdua.
Selesai bacaan khutbah nikah, aku masih menunduk sambil menenangkan diri. Tafsir al quran ditanganku digenggam kemas. “ Mohammad Hariz bin Ramli..” Ustaz memulakan lalu dijawab oleh si dia dengan baik. “ Saya”.. Ustaz menyambung dengan satu lafaz .. “Aku nikahkan akan dikau dengan Nurul Safiah Binti Asri dengan mas kahwinya RM 22.50 tunai”.. Lantas si dia terus menjawab.. “ Aku terima nikahnya Nurul Safiah Binti Asri dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai.” Ustaz bertanya kepada saksi dan ayahku. Dan dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku yang tercinta. Berakhirnya penantian kami.. berakhirnya kerinduan kami yang terpendam sekian lama. Aku menunduk syukur yang tak terhingga. Manik-manik jernih mula membasahi pipi. Ummi, kak ina dan kak ita memelukku. Aku bersyukur tak terhingga dengan nikmat kurniaan Allah. Sebelum saat disarungkan cincin, kami memohon untuk solat sunat pengantin sebentar. Tiba saat yang mendebarkan diriku. Kali pertama jari ini disentuh oleh seorang lelaki yang kini bergelar suamiku. Aku tertunduk malu. Dia mengangkat daguku. Katanya “ senyumlah.. jangan menangis” Pipiku kemerahan menahan malu.. terus tak jadi nangis. Aku tersenyum dan memandang ke arahnya. Lalu kuhulurkan tanganku untuk dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Allah.. terasa seperti satu tenaga elektrik mengalir di tubuhku. Sejuk tangannya.. mungkin juga gementar sepertiku. Aku menyarung cincin ke jarinya yang kasar tetapi sejuk dengan berhati-hati. Sejuk.. mungkin gementar akad nikah tak habis lagi. Aku tertawa kecil di dalam hati. Tangannya ku sambut dan ku cium dengan taat. Bunyi flash camera tak henti-henti. Malu yang teramat aku sembunyikan walaupun terasa seperti mahu menyorok di dalam bilik. Dia angkat daguku dan terasa hangat bibirnya mengucup ubun-ubunku. Allahuakbar.. tenangnya aku di dalam hubungan yang sah sebagai suami isteri. Mahu menangis lagi tetapi ditegah oleh suamiku. “Nur.. jangan menangis ye.. nanti orang ingat Nur nikah dengan ana sebab terpaksa pulak” Ake tersenyum mendengar usikannya. Tapi masih ber “ana, enta” lagi nampaknye.
Malam itu, aku tunggu dia di penjuru katil yang tersergam indah. Masih belum hilang sifat Maluku terhadapnya. Aku tertunduk sambil memeluk tafsir dengan erat. Aku terdengar pintu dikuak dengan perlahan. Kedengaran suaranya “ Assalamualaikum sayang..” Aku tertunduk malu dengan gelaran barunya itu untukku. Mahu panggil abang kah ni?? Malunya.. fikirku.. “ Waalaikumussalam enta..eh..aaa..bang..” aku tertunduk lagi.. Mahu saja aku sorok mukaku dibawah bantal. Perlahan-lahan dia mengambil temapt di sebelahku. Aku cuba buang perasaan Maluku.. itu suamiku. Mengapa harus malu kepadanya sedangkan aku miliknya dan dia milikku. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahku ke arahnya. Jari jemariku digenggam erat. Aku lihat senyuman bahagianya. Kami berdua tersenyum dan lantas dia mengucup tangan mulusku. “Abang cintakan sayang.. penantian kita sudah berakhir.. Alhamdulillah”.. Sekali lagi aku rasa mahu menangis tetapi tangisan kerinduan dan kegembiraan di atas nikmat Allah buat kami berdua. Ku kucupi tangan kasarnya denga penuh kasih sayang. “ Ana.. eh.. sayang cintakan abang kerana Allah.. moga baitul dakwah yang kita bina ini akan terus ke syurga..” Air mataku tidak dapat tertahan lagi dan mencurah membasahi pipi. Terasa kehangatan jarinya menyapu air mata murahku. Dia tersenyum melihat ku. Tidak semena-mena pipiku dicubit. Aku terkejut. “ udah la tu.. jangan nangis ye sayang..” Aku tersenyum malu. Dan malam itu menjadi titk permulaan kami melayari bahtera bersama. Ya Allah aku bahagia bersamanya. Semoga kami bercinta lagi hingga ke syurga..=)..
1 comment:
cerpen yang mampu buat semua orang tersenyum bila membacanya..thumbs up!!
Teruskan usaha enti untuk tatapan sahabat2 sekalian..!!
Post a Comment