expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

25 January 2011

Ulama' Dunia vs Ulama Akhirat

Assalamualaikum...
Sudah lama ana tak post entry yang agak berat untuk dikongsikan bersama. Mungkin juga disebabkan faktor "SIBUK" yang menyebabkan otak ana tidak mampu berfikir untuk membina ayat yang sesuai di blog ni.. Semuanya kata-kata yang terucap hanya akan mengalir keluar tatkala adanya sesi perbincangan atau brainstorming. Tapi bile mahu menulis, terasa berat untuk memuntahkannya kembali.




Ulama' dunia vs Ulama' akhirat.

Sipakah mereka ini? Kenapa digelar Ulama' dunia dan Ulama' akhirat? Ulama' itu merupakan jama' daripada perkataan alim. Makna katanya, Ulama' ini merupakan golongan yang berilmu. Siapa yang berilmu?? Kita lah yang berilmu itu secara umumnya. Kita adalah golongan mahasiswa yang alim dengan ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan, ilmu agama dan lain-lain lagi.. itulah Ulama' dan siapa ulama'? Tok Guru Nik Abdul Azizi? Ya.. beliau seseorang yang alim dalam bidang agama dan juga leadership. Dan kita ulama' dalam bidang kita sendiri.



Ulama' Dunia

Namun begitu, bagaimana ingin membezakan antara ulama' dunia dengan ulama' akhirat ni? Hm2.. hasil perbincangan ilmiah ana dan sahabat-sahabat di dalam bulatan, dapat kita ketahui, ulama dunia ini secara umumunya adalah seseorang yang melakukan sesuatu yang dia tahu tentangnya kerana inginkan keduniaan. Sebagai contoh, seorang doktor didatangi 2 orang pesakit yakni A dan B. Pesakit A merupakan seorang yang jutawan dan manakala pesakit B adalah seorang yang sederhana. Doktor tersebut memilih pesakit A kerana memikirkan pesakit B tidak mampu membayar kos rawatan yang akan dikenakan. Bimbang nanti tak terbayar, doktor pula yang rugi. Apabila dikaji, pesakit B ini sememangnya memerlukan rawatan kerana jika tidak, dia tidak dapat bekerja untuk mencari rezeki buat keluarganya. Manakala pesakit A ni plak dia mampu untuk berubat di luar negara dengan duit yang dia ada. Hasil wangnya juga tidak jelas halal haramnya. Tetapi kerana doktor itu mempunyai penyakit ulama' dunia yakni orang yang berilmu tetapi digunakan untuk kepentingan diri sendiri, maka itulah tindakannya.




Ulama' Akhirat



Bagaimana pula dengan ulama' akhirat? Ulama' akhirat adalah seseorang yang sentiasa meletakkan Allah di hadapannya. Tingkah lakunya merupakan akhlak daripada pentarbiahan islam berdasarkan al quran dan sunnah. Tidak terburu-buru dalam menghukum seseorang. Analoginya cukup mudah. Seandainya anda seorang mufti yang berpengatahuan tentang ilmu agama dan hukum hakam islam. Kemudian datang seorang pemerintah atau pemimpin yang menyuruh anda mengeluarkan fatwa halalkan arak dan anda akan diberikan ganjaran dengan nilaian yang sangat tinggi jika tidak anda akan dilucutkan jawatan. Yang mana anda pilih? Disinilah menentukan sama ada anda ulama' dunia atau ulama' akhirat. Jika anda ulama' dunia maka anda akan gunakan segala kepakaran anda untuk memutar belitkan hukum hakam islam dan anda akan dapat menikmati ganjaran daripada pemerintah dan tidak akan dilucutkan jawatan. NAMUN... jika anda seseorang yang meletakkan Allah di hadapan, maka anda sanggup untuk dilucutkan jawatan daripada anda menggadaikan prinsip hukum hakam islam yang Allah tetapkan. Anda akan memikirkan amanah yang terbeban di bahu anda yang bakal ditanya di padang masyar kelak. Situasi di atas berlaku juga kepada salah seorang imam yang digelar sebagai seorang pemelihara sunnah yakni Imam Ahmad Bin Hanbal yang sanggup dipenjara oleh pemerintah yang zalim yakni Khalifah Ma'mun daripada mengakui bahawa al quran itu adalah makhluk sepertimana yang dikatakan oleh para pengikut Mu'tazillah yang sesat. Beliau di siksa kerana tidak mengikut kehendak pemerintah. Walaupun di libas dengan cemeti, beliau tetap mempertahankan sunnah dengan menyatakan bahawa Al Quran itu bukan makhluk. Jadi?? Sanggupkah kalian menggadaikan keduniaan demi Allah atau sebaliknya?? Tepuk dada dan tanya iman masing2..





Jika dibincangkan dengan lebih lanjut lagi, terdapat banyak lagi ciri-ciri ulama' dunia dan ulama' akhirat yang dapat dibincangkan. Namun untuk post kali ni ana cume membawakan satu aspek sahaja iaitu dari keutamaan kedua2 ulama tersebut dimana ulama' dunia mementingkan keduniaan dan ulama' akhirat meletakkan Allah sebagai matlamat utama. InsyaAllah kita akan bincangkan mengenai Ulama' pemimpin tindakan untuk post yang seterusnya.. Moga perkongsian ana ini mendapat manfaat semua dan segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga dari Allah tetapi disandarkan kepada diri ana makhluknya yang tidak sempurna.. Wallahualam.. salam.. =)

No comments: